Bab 8

129 15 0
                                    

Aku masuk ke dalam dorm dengan hati yang diselubungi sayu. Patutkah aku memberitahu orang tuaku mengenai penyakitku?

Bagaimana pula dengan Joyce dan Fazilah? Salwa? Sharimi?

Perlukah aku merahsiakan hal ini daripada mereka?

Aku buntu.

Dira, kau kena kuat. Kau boleh tangani semua ni.

Doktor Hafiz telah menyuruhku untuk menjalani beberapa rawatan kanser. Aku hanya akur.

Buat masa ini, apa yang kumahu ialah untuk meluangkan masa bersama orang yang tersayang. Mampukah nafasku bertahan pada waktu itu?

Bertahan? Setahun? Sebulan? Seminggu? Mahupun.. sehari?

Wallahua'lam. Hanya Allah sahaja yang tahu.

...

Kuliah berjalan seperti biasa. Mujurlah hari ini penyakitku tidak buat hal. Tapi muka akulah, agak pucat sedikit. Ramai juga yang menegurku begitu.

Salwa memesanku agar tidak menghadiri kelas pada hari itu, tetapi egoku keras melarang. Aku tetap jua pergi ke kelas pada hari itu.

Mengenai penyakitku, nantilah aku beritahu orang tuaku. Tak mahu pula mereka risau akan kesihatanku di sini.

Aku terpaksa bohong Joyce dan Fazilah
dengan mengatakan yang aku hanya mengalami demam panas. Mereka amat runsing apabila aku berkata begitu. Maaf, sahabat.

Mujurlah kami bertiga sudah banyak meluangkan masa bersama sewaktu cuti yang lepas. Syukur, Alhamdulillah.

Haih, rindu pula aku dengan si Sharimi. Dia juga risau akan kesihatanku. Selalu juga dia menelefonku untuk menanyakan khabar.

Salwa pula jarang dah ada dekat dalam dorm. 12 jam keluar, 12 jam tidur. Haih. Sibuk dengan boyfriend dialah tu. Hihi.

Rakan-rakan lain dekat kampus ni semuanya hampeh.

Telefon pintarku berdering meminta diangkat. Terpapar nama 'Sharimi' pada skrin telefonku. Laju aku mengangkat panggilannya.

"Assalamualaikum," ucapku di awal panggilan.

"Waalaikumsalam. Dira, macam mana dengan keadaan awak?" tanya Sharimi khuatir.

"Alhamdulillah, makin sembuh," jawabku bohong.

"Syukur. Esok, saya nak bawa pergi makan. Jam 11 pagi, awak tunggu dekat bawah. Saya ambil awak," kata Sharimi series.

"Okey."

"I miss you, sayang," ucap Sharimi.

"I miss you too," balasku.

Panggilan kami berakhir di situ.

Walau bagaimanapun, rinduku kepadanya masih belum terubat sepenuhnya. Sudah berapa hari aku tidak menyapa mata dengan Sharimi.

Orang tuaku sudah mengetahui tentang hubunganku dengan Sharimi. Alhamdulillah, mereka merestui kami berdua.

Tetapi, adakah penyakitku ini merestuinya?

TIKAMWhere stories live. Discover now