Sedikit demi sedikit mataku tercelik memandang dunia. Aku dimana?
Ubat-ubatan bersama segelas air yang berada di atas meja menghantar isyarat kepadaku bahawa aku berada di hospital sekarang.
Sunyi. Tiada siapa yang menemaniku disaat ini. Orang yang aku cintai.. mustahil akan merujukku kembali.
Sahabat yang kusayangi.. kini tiada lagi ertinya.
Ummi, Abah, kakak sakit ni..
Joyce, Fazilah, aku perlukan korang disaat ini..
Pintu wad dikuak dari luar. Dari situ, aku dapat melihat dua pasang mata orang yang aku cintai, iaitu Ummi dan Abah.
"Ummi, Abah.." Aku tersenyum lemah.
Ummi dan Abah segera menuju ke arahku.
"Kakak, kenapa tak bagitahu Ummi dengan Abah awal-awal yang kakak sakit?" soal Ummi menahan sebak.
"Abah dengan Ummi runsing sangat dengan kakak," kata Abah.
Aku menyalami Ummi dan Abah. Terus aku membawa Ummi ke dalam pelukan.
"Maafkan kakak, Ummi.. Abah. Kakak cuma tak nak risaukan Ummi dengan Abah.." Mutiara jernih mula mengalir ke pipi.
"Kalau kakak tak bagitahu awal-awal, dah jadi macam ni, lagilah Ummi dengan Abah risau," kata Ummi.
"Sharimi mana, kak?" tanya Abah.
"Sharimi dah tak perlukan kakak lagi, Abah, Ummi," keluhku.
Air mata yang jatuh, kuseka.
Pintu bilik dibuka. Sharimi segera masuk ke dalam dengan wajah yang penuh sayu.
"Kakak, Ummi dengan Abah keluar dulu ya," kata Ummi.
Aku mengangguk perlahan.
Ummi dan Abah pun keluar dari wad.
Sharimi segera menuju ke arahku. Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya di situ.
Aku tersenyum lemah.
"Sayang, kenapa tak bagitahu awal-awal yang sayang ada kanser?" tanya Sharimi. Ada iras kebimbangan pada wajahnya buat masa ini.
"Cukup. Orang yang berpenyakit macam saya ni tak layak dipanggil 'sayang' lagi." Ada unsur sindiran disebalik kata-kataku itu.
Dia tersentak sedikit mendengar kata-kataku itu.
"Maksud awak?" tanya Sharimi.
"Bukan ke Salwa awak tu bagitahu awak yang saya ni ada kanser?" tanyaku.
Sharimi tergamam.
Sekali lagi daun pintu dibuka.
"Dira...." Salwa menuju ke arahku.
"Salwa, stop. Bagi aku masa," kataku.
Salwa mengangguk lalu mengundur keluar dari wad.
YOU ARE READING
TIKAM
Short Story360 darjah kehidupannya telah berubah semenjak dia menetap di kampus itu. Dira, gadis malang itu menjadi seorang yang berani dan tabah menghadapi tikaman dari manusia sekeliling. Hanya orang tuanya sahaja yang sentiasa memberi kekuatan untuk dia kek...