Semester dua pun bermula. Hanya sebulan sahaja diberi cuti semester. Haih, tak puas nak luangkan masa sengan sahabat-sahabat aku iaitu Joyce dan Fazilah.
Hari ini merupakan sesi pendaftaran bagi semester 2. Syukurlah pointer aku bagi semester 1 agak memuaskan. Alhamdulillah.
Hari tu..
Aku dan Salwa memutuskan untuk tinggal sebilik. Tapi malangnya, Salwa tidak berjaya untuk memasuki asrama. Oleh itu, aku menunggunya untuk membuat rayuan.
Sebelum kami tinggal bersama, kami menumpang bilik mak cik Salwa berdekatan dengan kampus ini. Syukurlah ada mak cik dia.
...
Kuliah berjalan seperti biasa.
Sejak aku tinggal sebilik dengan Salwa, di mana sahaja aku pergi, dia pasti akan mengekoriku. Agak terbatas jugaklah pergerakanku. Maklumlah, aku ni suka berseorangan.
Nazrin? Sudah lama lupus dalam ingatanku. Aku sudah tidak mencintainya walaupun sedikit.
Aku tahu, kehadiran Nazrin di dalam hidupku hanyalah untuk memberikan aku sebuah mimpi yang tiada zahirnya.
Aku pasrah setelah menerima jemputan pertunangannya bersama kekasih hatinya.
Sudahlah, tak ada gunanya aku berduka lara lagi. Semuanya sudah berlaku.
Walau bagaimanapun, aku takkan bisa melupakan detik pahit yang pernah tercoret di dalam kamus hidupku.
Itu baru cinta.
Kawan?
Aku masih pejam.
Belum lagi tersedar.
...
Alhamdulillah. Keputusan rayuan asrama telah keluar. Syukur, aku dan Salwa akhirnya sebilik. Kitorang pun mengangkat barang untuk pindah ke dorm yang ditetapkan.
Haih, banyaknya barang aku ni. Macam nak pindah rumah pula.
Sedang ralit aku mengangkat barang, aku mulai letih. Aku melihat Salwa masih kuat lagi mengangkat barang.
Pergerakanku mulai perlahan dan perlahan. Setitik darah menitis ke salah satu anak tangga diikuti dengan anak tangga kedua.
Aku segera menyapu hidungku menggunakan lengan baju. Nasib baiklah baju aku gelap. Tak jugak terserlah kemerahan darahnya.
Mujurlah Salwa tidak sempat melihat hidungku berdarah.
Sesampainya di dorm, kami mula menyusun barang-barangan kami.
"Dira, kenapa muka kau pucat semacam je?" tanya Salwa.
Aku terus tergamam.
"Aduh, masa ni jugaklah kau nak pucat.."
"Ya ke? Aku letih agaknya."
"Okey, tak apa. Kau rehat dekat sini. Barang kau yang selebihnya, biar aku angkat," ujar Salwa.
"Terima kasih, Salwa," ucapku dalam nada lemah.
YOU ARE READING
TIKAM
Short Story360 darjah kehidupannya telah berubah semenjak dia menetap di kampus itu. Dira, gadis malang itu menjadi seorang yang berani dan tabah menghadapi tikaman dari manusia sekeliling. Hanya orang tuanya sahaja yang sentiasa memberi kekuatan untuk dia kek...