Baju kurung bercorak batik kupadankan. Selendang ekslusif Ariani aku lilitkan. Jam tangan dipakai di pergelangan tangan.
Kenyang pula perut aku lepas makan KFC yang diberi oleh Nazrin semalam. Huhu.
Tinggal dua minggu lagi peperiksaan akhir akan menjelang. Persiapan cuma 60%. Hmm.
Agak-agak aku boleh tak maju terus ke semester depan?
Bas sudah sampai.
Dewan kuliah ditujui.
...
Sebulan kemudian..
Diam. Bisu. Tiada khabar.
Sudah berapa kali aku menghantarkan pesanan kepada Nazrin. Tetapi, hampa. Hanya tanda biru yang diberi.
Harapan?
Punah.
Aku redha dengan apa yang berlaku. Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Aku mula move on dengan semua yang berlaku. Fokus aku sekarang, hanya pada pelajaran. Kejar cita-cita.
Cinta?
Biarkan ia datang mengejar.
Aku membelek wang di dalam dompet Alain Delonku. Ada tiga keping duit berwarna merah. Hmm. Aku rasa nak makan kat kafe lah hari ni.
Kafe Bonda ditujui.
Aku memilih meja makan yang berada di paling hujung. Lauk-pauk yang menyelerakan itu membuatkan kelaparan makin terasa.
Lauk wajib aku ialah telur dadar dan sambal belacan.
Sedang leka menjamah makanan, kerusi hadapanku ditarik.
Alangkah terkejutnya aku melihat Sharimi di depan mataku. Dia melontarkan senyuman manis lalu duduk.
"Amboi, makan tak ajak pun," ejek Sharimi.
Aku masih dengan wajah selambaku.
Biarlah. Perkara lama tu jangan dikenang. Manusia tidak lari daripada membuat kesilapan.
Aku tersenyum.
"Dah habis kelas?" tanyaku series.
"Dah habis. Tulah nak dating dengan awak ni. Hihi." Aku tahu dia bergurau.
Aku hanya senyum tepi dan berkata, "Eleh, ye lah tu."
"Dira, saya ada nak cakap ni," kata Sharimi.
"Apa dia? Cakap jelah."
Sharimi menghela nafas panjang.
"Errr. Emm."
Mukanya pucat.
"Awak okey ke tak ni?" tanyaku runsing.
"Oh, okey, okey. Tak adalah. Tak ada apa-apa."
"Cakap je lah."
Tanpa menghiraukan kata-kataku, Sharimi mengangkat kaki meninggalkan tempat itu.
Aku kehairanan.
Apa jadi dengan mamat ni? Pelik je aku tengok.
Aku meneruskan sesi makanku dan beredar dari tempat itu setelah membuat bayaran.
Perpustakaan aku tujui untuk meminjam beberapa buah buku islamiah.
Sedang ralit aku memilih buku, aku ternampak Nazrin dan seorang gadis sedang berbual khusyuk di sebuah meja.
Nazrin memandangku. Aku tersenyum. Namun, dia pantas mengalihkan pandangan ke arah lain. Seolah-olah dia tidak pernah mengenaliku.
YOU ARE READING
TIKAM
Short Story360 darjah kehidupannya telah berubah semenjak dia menetap di kampus itu. Dira, gadis malang itu menjadi seorang yang berani dan tabah menghadapi tikaman dari manusia sekeliling. Hanya orang tuanya sahaja yang sentiasa memberi kekuatan untuk dia kek...