Bab 4

132 14 0
                                    

Pijaran cahaya jelas menusuk mataku, membuatkan aku tersedar dari kegelapan.

"Dira?! Dira?!" Sharimi runsing.

''Kenapalah muka dia ni yang mula-mula aku nampak. Kalaulah Nazrin. Semangat juga aku nak bangun."

"Saya dekat mana ni?"

"Dekat dewan berkumpul."

"Macam mana saya boleh ada dekat sini?"

"Rakan sekumpulan angkat awak masa awak pengsan," katanya.

Aku hanya mendiamkan diri. Perasaan malu muncul pada diriku.

Kelihatan semua gadis sedang berbisik antara satu sama lain. Boleh tahu dah yang mereka sedang mengumpat tentang aku.

"Kaulah penyebab kumpulan ni kalah."

"Kalau kau tak pengsan tadi, mesti kumpulan kita dah menang."

"Aku mula benci kau."

"Buat-buat pengsanlah tu. Attention seeker."

"Ramai dah yang benci kau, Dira. Termasuk aku."

"Lepas ni kau siap sedialah dicemuh."

Setiap sindiran membuatkan amarahku membara. Bukannya aku sengaja buat macam ni. Benda dah nak jadi. Kita kena berdamai dengan takdir Allah.

Bagi memudarkan perasaan marah, perlahan aku mengangkat kaki menuju ke arah Sharimi. Aku melabuhkan punggung dihadapannya.

"Ketua, maafkan saya. Saya memang tak sangka semua ni akan terjadi. Disebabkan saya, kumpulan kita kalah."

Aku menundukkan kepala. Sedih. Mataku berkaca.

"Tak apa, Dira. Benda dah nak jadi. Awak tak salah pun. Lagipun, kita sudah tahu yang awak ni ada sakit kan." Sharimi tersenyum nipis.

"Terima kasih sebab faham." Aku mengangkat kaki, beredar dari sana lalu menuju ke tempatku tadi.

Selepas mendengar taklimat akhir dari seorang pelatih, aku pun menuju ke perhentian bas. Aku tak keseorangan. Aku dibantu oleh seorang rakan sekumpulan aku. Dia memang memahami aku.

Sedang berjalan, aku terdengar suara Sharimi berbual dengan rakan-rakannya.

"Weh, macam mana larian tadi?" tanya rakannya itu.

"Teruk. Ada sorang perempuan rosakkan."

"Ya ke? Siapa dia?"

"Yang aku selalu cerita kat kau."

Usai mendengar perbualan pendek itu, aku terasa kecewa dengan jawapan Sharimi. Seolah-olah dia tidak dapat menerima apa yang telah terjadi.

Kenapa depan aku, kata-katanya manis? Tetapi bila di belakang aku..

Beginikah seorang kawan? Seorang ketua?

Sepanjang malam tu, aku hiasinya dengan kepiluan. Kepiluan yang tak dirancang.

Sesampainya di bilik, aku terus rebah di katil.

Kuhamburkan segala tangisan di situ. Sedih. Kecewa. Sakit hati.

"Kau kenapa, Dira? Sampai kat bilik je menangis," ujar Qila.

Aku pun menceritakannya dari A hingga Z.

Setelah mendengar ceritaku, Qila pun memujukku untuk terus bersabar.

...

Semasa dalam perjalanan meuju ke bilik air, aku terserempak dengan Maria.

"Maria, aku minta maaf tau sebab tadi."

TIKAMWhere stories live. Discover now