Part 1: Asal kau bahagia, Shazwan

169 12 3
                                    


LANGKAH diatur perlahan mendekati sebuah piano yang disediakan untuk acara resepsi dua mempelai yang sedang menikmati makan malam mereka. Jelas, terbias kebahagiaan di laman wajah pengantin baru itu. Dia hanya tersenyum hambar tatkala matanya tertancap pada bibir yang sedang mengulum senyum bahagia pada si isteri yang kelihatan seperti seorang permaisuri. Ya, mereka kelihatan bahagia.

"Acara selanjutnya, terimalah persembahan daripada sahabat kepada mempelai lelaki. Berikan tepukan yang gemuruh kepada Dian!"

Dian mengangguk pada pengacara majlis. Tanda dia sudah bersedia dengan persembahan yang tak dirancang itu. Tetamu yang hadir sudah memberikan tepukan buat gadis berambut ikal yang dibiar lepas itu. Nafas panjang ditarik lalu dihembuskan. Jari jemarinya sudah bermain di atas papan piano. Serentak dengan itu, suasana dewan berubah sepi. Semuanya fokus pada Dian yang sedang bermain dengan piano.


Yang kemarin ku melihatmu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yang kemarin ku melihatmu

Kau bertemu dengannya

Ku rasa sekarang kau masih

Memikirkan tentang dia

Apa kurangnya aku di dalam hidupmu

Hingga kau curangi aku

Katakanlah sekarang bahawa kau tak bahagia

Aku punya ragamu tapi tidak hatimu

Kau tak perlu berbohong

Kau masih menginginkannya

Ku rela kau dengannya

Asalkan kau bahagia

Seketika, nafas panjang ditarik. Terasa sempit dadanya saat memori itu tiba-tiba berlayar di kotak fikirannya. Memori indah yang pernah tercipta di antara dia dan Shazwan. Dia angkat muka. Mencari wajah yang pernah menjadi raja di hatinya ini. Ternyata, lelaki itu sudah memandangnya dengan pandangan yang tajam. Jelas, ada kejutan terbias pada wajah itu. Kenapa gadis itu berani datang ke majlisnya setelah dia membuang gadis itu daripada hidupnya?

Takut?

Entah. Dia cuma tak mahu keriuhan berlaku di majlis bahagianya ini.

Dian masih memandang wajah bekas kekasihya itu. Lapan tahun dia membawa lara di bumi Eropah dan sudah masanya untuk dia kembali ke tanah air. Terpaksa. Kematian ayahnya membuatkan dia terpaksa membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia. Meskipun sudah lapan tahun berlalu namun bukan mudah untuk Dian melupakan lelaki itu. Shazwan cinta pertamanya!

Yang ku rasa sekarang kau masih

Memikirkan tentang dia

Apa kurangnya aku didalam hidupmu

Hingga kau curangi aku

Katakanlah sekarang bahawa kau tak bahagia

Aku punya ragamu tapi tidak hatimu

Dian jeda. Bibirnya sudah menggeletar. Sebaik mungkin dia cuba menahan gelodak jiwanya yang sudah dibanjiri dengan kesedihan. Terasa wajahnya sudah membahang panas. Pandangannya sudah kabur bersama dengan mata yang sudah terasa panas.

Kau tak perlu berbohong

Kau masih menginginkannya

Ku rela kau dengannya

Asalkan kau bahagia

Nafas panjang ditarik lalu dihembuskan perlahan-lahan. Perlahan-lahan dia angkat muka. Sekali lagi pandangannya bersatu dengan Shazwan yang duduk bertentangan dengannya. Biarpun jarak mereka terlalu jauh namun pandangan itu sudah cukup menyentak hati Dian. Hanya mata mereka yang berbicara ketika itu. Tiada lagi pandangan kasih terbias di tubir mata lelaki itu. Kosong.

Sungguh, hanya tuhan saja yang tahu betapa seksanya jiwanya merindui lelaki itu. Meskipun dia dibuang dan cintanya dikhinati, namun dia tak pernah membenci. Kerana cintanya pada lelaki itu terlalu dalam.

Asalkan kau bahagia, Shazwan. Gumamnya sebelum dia bangun dari duduk.

Dia sedikit menunduk pada tetamu yang sudah tergamam melihat persembahannya malam itu. Mahu tak mahu dia harus pergi dari dewan secepatnya. Jiwanya terasa sesak melihat kebahagiaan lelaki yang pernah menyentuh tangkai hatinya ini. Hani terus mengenggam tangan suaminya tatkala pandangannya bersatu dengan Dian.

Dia tercabar! Walau apa pun, Dian itu tetap cinta pertama Shazwan. Mana mungkin dia tak tercabar melihat keberadaan gadis itu. Dia tak mahu kehilangan Shazwan. Cukup dia memendam rasa pada seniornya itu sewaktu berada di zaman Universiti dulu. Cukup, dia cemburu pada gadis yang pernah menjadi sahabatnya itu sewaktu Shazwan dan Dian menjalinkan ikatan sebagai sepasang kekasih.

LAGU BUAT DIANWhere stories live. Discover now