DIAN terpempan. Volume dikuatkan lagi saat Arjuna menghantar video kepadanya. Bibirnya menggeletar menahan sebak. Terasa payah untuk dia tersenyum ketika itu. Pandangannya sudah kabur. Sungguh, dia bersalah pada Arjuna. Sebulan lebih dia menyeksa dua hati. Ya, dia menyeksa hati sendiri. Hati yang turut menyayangi pemuda itu.
As I look into your eyes
I see all the reasons why
My life worth a thousand skies
You're the simplest person that I've known
And the purest one I'll known
Know you'll never be alone
My baby you
Are the reason I could fly
and cause of you
I don't have to wonder why
baby you
there's no more just getting by
you're the reason I feel so alive
though these words I say are true
they still fail to capture you
as mere words can only do
how do I explain that smile
and how it turns my world around
keeping my feet on the ground
I will soothe you if you fall
I'll be right there if you call
You're my greatest love of all
Dian Elina... I love you
Video tamat. Dian tersenyum simpul dengan luahan hati Arjuna. Dia faham lagu yang disampaikan oleh Arjuna buat dirinya. Lagu yang ditulis dan dinyanyikan oleh Marc Anthony benar-benar menyentak tangkai hatinya. Nafas panjang ditarik lalu dihembuskan perlahan-lahan. Air mata yang mengalir ke pipi dikesat lembut.
"Kau ok tak ni?" soal Taufik sambil meletakkan tangannya di atas bahu Dian. Risau dia melihat mendung di wajah si adik.
"Err... kita kat mana ni?" Dian sudah terkebil-kebil memandang sebuah rumah anak yatim di hadapannya. Soalan Taufik dibiarkan tak berjawab. Segera ditepisnya rasa sebak dan bersalah yang bermukim di dinding hati.
"Oh. Aku nak tolong Arjuna sekejap. Kau tunggu dekat sini tau. Ke kau nak masuk? Nak lepaskan kerinduan buat Arjuna?" Tak semena-mena, Dian menumbuk bahu abangnya. Kuat. Dia melepaskan semua kemarahan pada diri yang terlalu ego dan kesedihan yang kembali menjadi peneman.
Taufik menjerit kesakitan. Penangan Dian memang terlalu kuat. Apa tidaknya, gadis itu merupakan seorang atlet karate ketika berada di zaman sekolah dulu. "Kau ni kan... memang dah lama sangat tak makan penumbuk aku! Dahlah pergi cepat. Aku nak rehat," tegas Dian seraya keluar dari kereta. Dia mahu udara segar. Berada di sisi Taufik yang sering mengusiknya membuatkan dadanya terasa sempit.
Taufik ketawa kecil. Diusapnya lembut bahunya yang terasa sengal. Sempat lagi dicuitnya hidung Dian sebelum masuk ke dalam perkarangan rumah anak yatim itu. Dian hanya mengeluh sambil bersandar di belakang kereta. Tanpa sedar, dia tersenyum sendiri. Terasa mahu bertemu empat mata dengan Arjuna saja ketika ini. Terasa bunga baru tumbuh dalam hati setelah pemuda itu meluahkan perasaan melalui lagu.
Sesekali, dia memandang dua orang pekerja kafe yang sedang mengeluarkan barang dari van lalu kembali masuk ke dalam rumah anak yatim tersebut. Kakinya terus melangkah menghampiri pekerja kafe. Namun melihat kesibukan mereka membuatkan Dian membatalkan niatnya untuk mengajukan soalan.
YOU ARE READING
LAGU BUAT DIAN
Cerita PendekLapan tahun mereka membawa hati yang lara setelah dikecewakan. Lapan tahun berlalu mereka ditemukan dengan ketentuan takdir apabila si sengal tiba-tiba muncul di kafe yang sering menjadi tempat persembahan si dingin. Tanpa mereka sedar, takdir yang...