Part 5: LUAHAN ARJUNA

72 6 0
                                    

ARJUNA mencapai gitar yang disandarkan di kaki kerusi seraya duduk di atas kerusi yang disediakan oleh pekerjanya. Kelihatan suasana kafe begitu meriah malam itu memandangkan hari ini hujung minggu. Masing-masing menghabiskan masa bersama pasangan dan keluarga. Sememangnya, kafe Caranella terkenal di mata pelanggan kerana konsep yang kelihatan unik pada mereka. Semuanya disebabkan reka bentuk English klasik dan Vintage hasil tangan Arjuna sendiri.

            Petikan gitar mula kedengaran. Sesekali dia melilau mencari seseorang yang sudah tiga bulan menjadi penghuni hatinya. Dengan harapan, gadis itu mengerti lagu yang ingin disampaikannya saat ini. Saat mata mereka saling bertaut, senyuman terus terbit daripada bibirnya. Suka melihat keberadaan Dian yang sedang bersandar di hujung sudut. Jauh daripada pelanggan.

Bukan untuk yang pertama

Ku rasakan cinta yang berbunga

Bukan untuk yang pertama

Ku rasakan rindu yang menggebu


Dan ku berharap

Semua ini tak akan berakhir lagi


Aku akan selalu berada dekatmu

Takkan pernah ku jauh

Dan semoga selalu bersemi di hati

Cinta yang terakhir


Semalam ku memimpikan

Berdua mengarungi samudera

Saling berbagi bahagia

Dan berjanji untuk setia


Dan ku berharap

Semua ini tak akan berakhir lagi


Aku akan selalu berada dekatmu

Takkan pernah ku jauh

Dan semoga selalu bersemi di hati

Cinta yang terakhir

            Dian terkesima. Entah kenapa hatinya terasa berdebar tika pemuda itu mendendangkan sebuah lagu yang bertajuk tak pernah jauh. Bait liriknya seakan-akan menceritakan kisah dia dan Arjuna sepanjang tiga bulan dia mengenali lelaki itu. Ya, Arjuna selalu ada buat dia. Menghiburkan hatinya yang masih perlu diubati setelah dikecewakan oleh Shazwan. Tangannya terus melekap di dadanya. Tambah kuat debaran itu saat Arjuna sudah menghampirinya.

           Tepukan gemuruh daripada pelanggan seakan-akan masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja. Dian berada di dunianya. Hanya dia dan Arjuna... mungkin? Dia terus tertunduk saat Arjuna sudah berdiri bertentangan dengannya. Dia tahu, Arjuna meluahkan lagi perasaannya melalui lagu yang didendangkan sebentar tadi.

           Daripada riak wajah Arjuna saja dia tahu lelaki itu sedang meluahkan perasaan padanya. Tapi kenapa? Kenapa hatinya sukar untuk menerima huluran cinta lelaki ini? Apakah dia trauma setelah melihat arwah ayahnya curang pada ibunya? Trauma apabila bekas kekasihnya juga curang? Mungkin, itulah sebab yang utama.

          "Terima... terima kasih sebab gantikan aku malam ni," ujar Dian. Pandangannya terus dialih memandang beberapa orang pelanggan yang kembali menikmati hidangan mereka. Suaranya kedengaran serak.

           "Takkanlah aku nak suruh kau perform bila kau demam. Ni kenapa kau datang sini? Bukan kau tak sihat lagi ke?" soal Arjuna. Wajahnya kelihatan resah melihat riak wajah Dian yang pucat tak berdarah itu.

LAGU BUAT DIANWhere stories live. Discover now