BAB 19

1.3K 105 1
                                    

Melihat darah yang begitu banyak. membuat saya panik dan tidak tahu mahu buat apa untuk seketika. saya angkat Abby bawa masuk bilik air. saya rendam dia dalam tub mandian air panas. saya panggil room service.

lepas tu saya pakaikan abby baju saya. tanpa mandi. saya terus  kemas barang dan cakap dengan staff room service bini saya bleeding. minta tolong basuhkan darah di atas katil.. saya bagi lah tips sebab sudi tolong saya.

Saya dukung abby bawa masuk lift turun sampai lobby. saya terus pergi parking..masukkan abby dalam kereta.. saya lari pergi lobby hotel. urus check out. lepas tu saya bergegas lari pergi di kereta dan terus  saya start enjin kereta dan jalan meninggalkan kawasan hotel..abby diam dan masih membengkok menekan bahagian perut dia. saya masih tertanya. kenapa boleh ada darah keluar sampai banyak macam tu?

Sampai di hospital. abby terus di masukan di unit rawatan rapi. saya uruskan pendaftaran dan selepas itu saya berdiri semula di depan pintu bilik rawatan rapi. saya cepat mendail nombor kevin. meminta mereka untuk datang di hospital. sempat memberitahu tentang keadaan abby.. saya takut akan kehilangan baby kami yang baru berusia 2 bulan lebih. tapi apa yang menyebabkan abby berdarah sampai macam tu sekali?

lebih kurang dalam 30 minit..kevin dengan sarah pun sampai di hospital.. saya terus memeluk kevin..mana kala sarah terus bertanya tentang keadaan abby..saya mampu tunjuk di dalam bilik rawatan rapi.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" bilang sarah
"Saya tidak tahu..semalam abby makan burger sama dia banyak minum air Gas." saya bilang
"Apa andy??air gas!! Adui" bilang sarah..

Saya blur. bukan saya tahu orang mengandung tidak boleh minum air gas. saya duduk di lantai menyandar di dinding. harap baby kami selamat. lebih kurang dalam 1 jam lebih baru kami kena panggil. si abby kena admit ward. yang paling menyedihkan. Baby tiada sudah.  abby keguguran. saya tidak tahu apa punca. tapi saya salahkan diri saya. sebab perkara itu berlaku masa abby dengan saya.

Di ward kan. abby masih lagi tidur.  bilang doktor, abby perlukan rehat yang cukup. sebab badan terlalu lemah. doktor ada bagitau yang rahim abby sudah kena cuci. sudah kena kasi keluar sisa darah yang sepatutnya membesar menjadi baby kami. macam mana lah kalau si abby tahu yang dia keguguran? saya ada tanya doktor punca abby gugur. doktor cakap salah satu faktor mungkin sebab rahim abby lemah. dan mungkin juga abby terlalu penat dan stress. atau ada makan atau minum apa benda yang sepatutnya tidak boleh di makan oleh bakal ibu.

macam abby kandungan masih terlalu berada di peringkat awal. tapi anggap lah baby itu di pinjamkan hanya untuk sementara. bilang tu doktor. saya angguk. kesian abby. rest in peace my baby. bila waktu rehat sudah habis. Abby masih lagi tidur. saya meminta sarah untuk menjaga abby.. sebab di dalam ward tu semua perempuan. saya dengan kevin keluar dari ward. sementara menunggu waktu melawat pada sebelah petang.

"Sabaron nopo lah andy .(banyak kan bersabar andy)" bilang kevin.

Saya angguk. fikiran saya lebih pada abby..mesti abby sedih gila ni kalau tahu baby tiada sudah..saya tunduk.. kalau saya larang si abby minum itu air gas mesti tidak jadi macam ni..tapi bukan juga saya tahu orang mengandung tidak boleh minum air gas.. sebab banyak juga saya nampak perempuan mengandung minum air gas.. kakak saya pun relex saja minum itu 100 plus..tapi ok saja..mmm mungkin si abby ni peranakan dia lemah.

Saya sama kevin duduk di kantin itu hospital. saya mesej mama suruh bagitau keluarga abby yang saya sudah jumpa abby. Saya bagitau juga yang abby keguguran..ada di hospital sekarang tapi dalam keadaan yang baik saja. saya tidak mahu orang tua di kampung risau. saya pun terus cakap yang saya akan jaga abby. apa pun nanti saya bagitau juga.

Sempat lagi mama cakap pasal kahwin. tapi saya cakap. nanti baru bincang balik. mahu tunggu abby betul sihat. jadi mama pun ok saja. Jadi petang tu pukul 4.30. saya sama si kevin naik balik pergi di ward si abby. saya nampak si abby sedar sudah. bersandar sudah si abby di kepala katil. saya dekat si abby..saya cium dahi dia..saya peluk kejap si abby.

ANDY HARISSON (✔)Where stories live. Discover now