BAB 22

1.3K 97 2
                                    

"Dy! Cepatlah!!" Bilang abby.

Saya dengar si abby teriak, cepat saya keluar. yes ! Hari ni kami balik sabah. kami cuti kahwin sudah! saya masukkan semua barang yang perlu kami bawa. saya double check rumah. satu rumah saya round. bila saya rasa rumah semua sudah selamat untuk di tinggalkan. saya pun keluar dari rumah. kunci pintu dan grill.

Saya masuk dalam kereta. dengan hati yang tenang saya memandu perlahan menuju ke rumah kevin dengan sarah. kevin sama sarah pun cuti. sampai saya di rumah kevin. saya nampak beg pakaian saja di luar rumah. tapi orangnya tiada. saya tengok abby. abby angkat bahu. kami parking depan rumah kevin. tanpa matikan enjin kereta saya sama abby turun menuju ke dalam rumah kevin.

"By..tunggu sini..tu kereta tidak mati enjin" saya bilang
"Bah ok" bilang abby..

Abby berdiri di pintu rumah. saya pula masuk dalam rumah sambil memanggil nama kevin dan sarah. dari arah dapur saya mendengar seperti suara orang yang muntah. aik siapa sakit? laju saya jalan masuk di dapur rumah kevin. saya nampak kevin sedang sapu belakang sarah yang muntah di sinki. saya datang dekat dengan sarah dan kevin.

"Sumakit oi?(sakit kah?)" Saya bilang
"Amu lah..kisuang (tidak lah..ada isi)" bilang kevin

Wahhhh sarah mengandung !!!

"Piro tulan no??(berapa bulan sudah?)"saya bilang
"Sumuang nogi 3 ulan (baru masuk 3 bulan)" bilang kevin

Saya angguk. akhirnya si sarah berhenti muntah..si sarah lap tu mulut dia.. lepas tu senyum sama saya..

"Obulih ko mamanau tosodu?(boleh juga jalan jauh?)" Saya bilang
"Maan nopo lah..tiuli oku sabah tiakan oku tonsom (boleh lagi ni...lagi pun saya mahu balik sabah..saya mahu makan sudah pekasam)" bilang sarah

Kami keluar dari rumah kevin sama sarah. kami terus masuk dalam kereta. saya tunggu dalam kereta bersama abby dengan sarah sementara kevin double check rumah diaorang. ingatlah kawan kalau tinggal rumah lama-lama pastikan semua dalam keadaan yang baik. pesanan penaja ni. kuhhh!!

Saya suruh abby duduk di seat belakang bersama sarah. kevin duduk di depan bersama saya. sebelum kami bergerak menuju ke KLIA saya singgah petronas untuk isi minyak dan kevin masuk kedai beli air. masuk saja kevin dalam kereta berabis saya ketawa. punyalah banyak beli asam. saya tengok abby. saya angkat kening..signal lepas kahwin saya pun mahu baby..merah muka si abby..aduhai cantik bakal bini saya ni.

"Bah..jalan..janganlah senyum lagi" bilang kevin

Saya ketawa. saya tengok si abby pun join si sarah makan itu asam. tapi mustahillah pregnant sebab waktu ni abby mengibarkan bendera jepun. hahaha sot kau Andy! saya puasalah ni 1 minggu, tidak apa. Janji dapat kahwin. kami sampai di KLIA lagi 2 jam mahu boarding sudah. Saya urus parking kereta. selesai semua kami berempat pun pergi check in.
Lepas check in. kami masuk di dalam tunggu panggilan untuk terbang. tidak lama kemudian kami pun selamat terbang balik sabah.

Masa kami sudah sampai di sabah. bapa sama uncle Ford yang datang ambil kami. pada mulanya takut si abby nampak uncle Ford. ya lah sejak abby lari masa mengandung hari tu belum pernah lagi abby balik..call pun abby call si jirah saja..tapi terharu jugalah sebab bila uncle Ford nampak abby..terus uncle Ford peluk abby..abby?? Menangislah.. biasa lah..kamukan perempuan.

Air mata dan perempuan tidak boleh di pisahkan walaupun saya pernah menangis masa fikir abby tunang sama si alfred. sekarang saya jiwa kental sudah..lembut tu pun tiada sudah. saya nampak bapa. saya peluklah. nampak sudah urat di tangan bapa. tersentuh hati saya. sudah saya cakap jangan lagi momutung tapi bapa mahu juga momutung. walau pun kami adik beradik bulan-bulan bagi duit belanja. masih juga momutung (potong getah).

ANDY HARISSON (✔)Where stories live. Discover now