BAB 11

1.1K 98 2
                                    

Dalam kereta saya dengan kevin melayan perasaan. sakit oo kena buat macam ni. macam tiada nilai kasih sayang yang di beri. ya, saya mengaku pernah buat Abby kecewa dan terluka semuanya kerana sifat saya yang suka berfikiran buruk dan cepat membuat keputusan.

saya sudah pun minta maaf. saya juga berusaha untuk berubah! adilkah bagi saya apa yang dia buat ni?

Saya berjaya kawal kemarahan. saya berjaya buang sifat buruk. semua sebab saya mahu hubungan dengan Abby terjalin dan akan melangkah ke satu tahap yang lagi serius. tapi ini yang terjadi. patutlah Abby tolak masa saya bawa dia balik kampung mahu ikat dia.

Kevin berhentikan kereta di bahu jalan. dia keluar dari kereta, saya pun keluar ikut Kevin. saya dengar kevin menjerit.

"Argh!!" Bilang kevin.

Saya tepuk bahu dia, kevin tengok saya. saya tunduk bila nampak airmata dia mengalir. ya, saya boleh rasa kesakitan yang si kevin rasa. cuma, saya tidak mampu mahu mengalirkan air mata. mungkin kerana luka yang saya dapat terlalu dalam. kevin lap air mata dia. lepas tu dia bakar rokok.

"Separuh mati saya sayang si sarah. ini yang saya dapat." bilang kevin.
"Sabarlah Vin. au kuoyon (tidak boleh buat apa)" saya bilang.
"Poinguro oku mongoling Andy??mantad po sikul misinta okoi..oruol Andy..oruol ginawo ku.. (macam mana saya mahu kasi lupa andy??dari sekolah lagi kami bercinta..sakit andy..sakit hati saya)" bilang kevin.
"Yoku ngah orualan e ginawo kevin.. ngah au kuroyon..ti no kinotutukon ti piupusan (saya pun sakit hati juga kevin..tapi apa boleh buat..percintaan ini sudah berakhir)"saya bilang.

Kevin diam.

"Apa kita mahu buat sama dua ikur itu arr??mana saya senang-senang kasi lepas si sarah tu."bilang kevin
"Tau noti kevin..nojem tutok ku (tidak tahu lah kevin..tidak boleh berfikir otak saya)"saya bilang.
"Saya rasa diaorang sayang juga kita bah tu..tapi terpengaruh kali sama kawan-kawan" bilang kevin.
"Mangkali lah." saya bilang.

Tiba-tiba bunyi telefon, si kevin keluarkan phone dari poket dia. lepas tu kevin bagi saya tengok nama pemanggil.."my love" saya tengok kevin. Kevin tidak jawab itu panggilan dari sarah..tapi sarah call lagi..banyak kali. Last-last si kevin jawab juga..tapi kevin kasi loudspeaker.

- apa lagi kau mahu?
- tolong kami.
- tolong apa? pergilah bah kamu lompat-lompat sana.
- Vin, kami kena bawa pergi hotel ni.
- bah, bagus-bagus layan tu lelaki. puaskan nafsu kamu.

Kami dengar si sarah menangis. lepas tu saya dengar suara abby.

- Andy, tolong saya.

Tiba-tiba sedih hati saya dengar suara si Abby, tapi saya sama si kevin masih diam. ya ego masih menguasai.

- Andy.

Saya dengar abby panggil. suara macam takut dan menangis jangan cakaplah. memang menangis sudah.
Saya siku si kevin.signal suruh tanya hotel mana diaorang kena bawa.

- hotel mana kamu?
- saya send location.
- bah. main dulu kamu 2, 3 round. kami dalam perjalanan.

Kevin matikan talian dan kami terus masuk dalam kereta. location dari sarah kami dapat. kami pasang waze taip nama tu hotel. kami pusing balik pergi di hotel mahu ambil sarah dengan abby. lucu juga saya dengar kevin cakap main lah dulu 2, 3 round. saya tengok kevin yang focus memandu dan boleh tahan laju bawa tu kereta.

"Kevin, sudahlah kita ni katak hijau. takkan mati pun mahu mati katak juga." saya bilang.
"Kesian anak orang nanti kena rogol." bilang kevin.
"Kau pernah sudah sama sarah?"saya bilang.
"Belum, makeout pernahlah. mana saya berani tu dulu. budak lagi, tiada jaminan hidup. sekarang kalau ikut hati saya rogol saja si sarah tu." bilang kevin.

ANDY HARISSON (✔)Where stories live. Discover now