"Andy, Kau kalau jalan tu keras sikit boleh kah?" Bilang Abby. Saya tengok si Abby.
"Macam mana juga kalau beginilah saya jalan?" saya bilang.
"Macam pundan gia tu." bilang Abby.
"Aik aik puaka bei mulut kau ni." saya bilang.
"Hahahahahaha." bilang Abby.Saya sama bby jalan sama-sama pergi astaka di padang sekolah.
memandangkan last paper SPM kami hari tu, saya mahu si Abby tolong saya mahu purpose si Thimora Gabriel jadi sumandak saya.walaupun saya ni lembut sikit. tapi saya bukan gay dan bukan pondan okay. hati saya tetap suka sama perempuan. Itu pedang pun pandai bangun kalau bersentuhan sama sumandak. jangan kama main-main.
"Kau yakin kah ni mahu buat macam ni? " bilang Abby.
"Yakinlah bah." saya bilang.
"Kau sedia sudah kena ulu-ulu (ejek-ejek)?" Bilang Abby.
"Ya. kental juga hati saya ni." saya bilang.
"Bah. aturrr." bilang Abby.Saya senyum. Abby Stanford kawan baik saya sejak tingkatan satu. walau pun kena ejek-ejek kami berdua, tapi tetap juga kami gila-gila berdua. biar lah apa pun yang orang mahu cakap. bukan saya kisah pun tu. saya spray perfume di baju sekolah. balik-balik saya tanya sama Abby okay atau pun tidak penampilan saya, sampai si Abby malas sudah mahu layan.
"Dy. tu si Mora." bilang Abby.
Saya pusing tengok Thimora jalan sama geng dia. bila si Mora nampak saya yang lambai Dia, dia datang pergi tempat saya di astaka. semua tu geng dia pun ikut datang.
"Hai Mora?" saya bilang. Saya berabis kasi hensem ni senyuman.
"Hai Andy. kenapa?" Bilang Mora.
"Macam ni Mora, saya ada benda mahu cakap." saya bilang.
"Bah cakaplah." bilang Mora.Saya pegang tangan si Mora. bunyi sudah suara budak-budak lain mengulu. tapi saya tetap juga mahu buat dan terus cakap.
"Mora i love you." saya bilang.
"What?? " Bilang Mora.Mora tarik tangan dia lepas tu ketawa. semua tu pelajar yang datang tengok kami pun ketawa berabis. muka saya merah sudah tapi saya cuba untuk bertenang.
" Kau? suka saya? " Bilang Mora.
ketawa lagi si Mora itu geng dia pun ikut ketawa. pelajar yang berkumpul di astaka pun ikut ketawa. jujur saya malu juga. Tapi saya bertahan saja.
"Andy dengar sini. terima kasih arr kau suka sama saya. Tapi kan Andy,
kau bukan selera saya bah. lembut bah kau ni." bilang Mora. Sambung lagi semua itu pelajar ketawa.
"Lagi pun Andy. saya kawan sama kau ni pun sebab kau pintar bah. tu saja. bukan sebab saya suka kau." bilang Mora.
"Jadi selama ni kau pergunakan saya?" Saya bilang.
"Bukan pergunakan Andy. tapi menumpang kebijaksanaan kau." bilang Mora.
"Mora." saya bilang. Belum habis saya cakap Mora potong sudah.
"Saya tidak suka lelaki pondan. siou (maaf) Andy." bilang Mora.saya tidak tunggu lama, saya ambil beg sekolah terus pergi di basikal. saya tidak tengok di belakang. sebab hati saya sakit dengar suara pelajar dan si Mora galak ketawakan saya.
"An, Andy." bilang Abby. Saya jalan tanpa berhenti.
"Andy!!" Bilang Abby.Saya pusing. Abby berhenti berlari.
macam tiada sudah nafas si Abby."Kau ni. kasi tinggal saya di sana." bilang Abby.
"Siou (maaf)." saya bilang.Saya buka kunci tu basikal. Abby pun buka kunci basikal dia. lepas tu kami sama-sama sorong itu basikal keluar dari kawasan tempat letak basikal. masa kami lalu di astaka, saya dengar si Mora cakap.
"Sudahlah lembut. tiba-tiba lagi cakap i love you." bilang Mora.
"Nasib kau tidak terima oo Mora." bilang Ernie kawan Mora.
"Sotong bah tu er." bilang Mora.
YOU ARE READING
ANDY HARISSON (✔)
Romance"DIA BUKAN CINTA PERTAMA SAYA, TAPI KAU! KAU ADA LAH CINTA PERTAMA SAYA! - ANDY HARRISON- "KAU PASTI AKAN BALIK SAMA SAYA. SEBAB DULU KAU TERGILA-GILA SAMA SAYA. KAU HARUS TUNDUK SAMA SAYA." - THIMORA GABRIEL- "BUAT APA KAU TUNGGU ORANG YANG TIDAK P...