BAB 6

1K 98 14
                                    

Sejak si Abby sudah jadi tunangan si Alfred. saya langsung tiada cari dia. 1 minggu di kampung, saya dalam bilik saja. nombor telefon pun sudah aaya tukar. Cuma gambar saya sama Abby, saja tidak sampai hati saya mahu buang. saya masih sayang sama si Abby.

Bila saya balik kk, benda pertama yang saya buat ialah packing semua barang di rumah sewa kami. saya tidak mahu jumpa Abby lagi, kalau saya masih tinggal sini rumah. saya tidak boleh bayangkan kalau nampak si Alfred datang sini rumah jumpa Abby confirm berdarah hati saya. Bagus saya pindah awal-awal.

saya keluar dari tu rumah dan duduk di hostel. si Mora pun saya tidak layan sudah. cukuplah dengan kebodohan saya selama ni. kalau lah malam tu saya tidak setuju ikut si Mora pergi di pub, mesti tidak jadi macam ni. tapi apa boleh buat, nasi sudah jadi bubur. setiap perbuatan akan ada akibatnya, ni lah akibat yang perlu saya tanggung. susah mahu kasi lupa si Abby. Ngah kuroyon podi aiso jodoh dagai. (mahu buat macam mana kalau tiada jodoh kami.)

3 bulan saya punya hidup balik kerja tidur. kadang saya keluar juga sama si Kevin pergi minum dan begitulah hari-hari. satu hari tu saya sama si Kevin pergi temu duga askar. sebenarnya niat main-main saja. dalam hati tidak juga berharap sebab saya pernah mohon kan tapi tiada jawaban. Tapi rezeki kami sebab  terpilih arr jadi katak hijau. kena training kami di negeri sembilan PD selama 6 bulan.

"Bah, ada sudah kerja tetap." bilang Kevin.
"Mental mahu tahanlah." saya bilang.
"Kita kasi bukti bah pada orang yang biar pun kita pendek tagap. tapi kuat." bilang Kevin.

Saya ketawa. tiba-tiba saya ingat si Abby. bila teringatkan pasal dia, mula lah saya ingat perangai sial yang saya pernah buat sama si Mora. walaupun saya tidak layan sudah si Mora. Tapi rasa bersalah dalam hati saya tu masih lagi kuat. kalaulah kan waktu tu saya berterus terang, bersikap lebih matang sama Abby.. saya rasa sekarang ni kami masih bersama.

Tapi, tulah menyesal di kemudian tidak berguna. haruslah belajar dari kesilapan, mungkin ada hikmah juga ni semua. Kevin peluk bahu saya.

"Langadon ko di Abby?(kau rindu si Abby?)" Bilang Kevin.
"Tikid tadau, tikid tuong, langadon oku. (setiap hari, setiap malam, saya rindu.) "saya bilang.
"Sabaron nopolah Andy. aw kuroyon ong aiso jodoh dikoo.(sabar saja lah andy. tidak boleh buat apa kalau tiada sudah jodoh kamu)." bilang Kevin.

Saya senyum tawar dari. sebenarnya jauh di lubuk hati saya, saya berharap masih boleh bersama dengan Abby. walaupun hanya dalam mimpi. kihoii! lain macam jiwang saya ni hurm broken heart saya.

"Bah, mahu hantar surat resign ni." bilang Kevin.
"Ya, kita pergi cc lah minta print sana." saya bilang.
"Bah.." bilang Kevin.

saya sama kevin pun pergi lah di cp. siapkan document yang perlu di bawa nanti. senang sikit kalau semua sudah sedia. masa saya temankan Kevin pergi di 1b mahu jumpa si Sarah.  saya masuk di satu kedai makan, langkah kaki terhenti, hati saya  berdegup dengan pantas. Saya nampak Abby duduk dengan Sarah. 3 bulan saya tidak jumpa dia, sekarang lagi beberapa langkah saya berdepan dengan dia. saya senyum, terniat di hati mahu tegur, tapi tiba-tiba saya ingat yang si Abby tu sudah tunang. Maka niat itu saya batalkan.

"Kayo (mari)." bilang Kevin.
"Nda apa lah Vin. saya ada hal." saya bilang.
"Ikaw diti (kau ni)." bilang Kevin. Saya tepuk bahu si Kevin.
"Kirim salam sama Sarah." saya bilang.
"Mari saja bah. buat tidak tahu saja." bilang Kevin.
"Jangan lah Vin. nanti berdarah kembali luka di hati." saya bilang.
"Dei, di gea(aik.begitu pula.)" bilang Kevin.

Saya terus jalan keluar dari tu 1b. saya pergi di upstar. hantar surat resign. bukan lagi notis tapi 24 hours saya berhenti. saya mahu balik kampung. luangkan masa dengan orang tua. sebab lepas ni. Lambat lagi baru balik sabah. saya balik hostel, packing barang dan saya terus balik kampung.

ANDY HARISSON (✔)Where stories live. Discover now