BAB 13

1.3K 105 2
                                    

Shit! Kenapa ada si abby sini?mogimbaba (gelabah) sudah saya. kaninah si kevin. Ni mesti plan dia ni. saya bangun dari tu meja pergi cari tisu. apa tidak, bertempiaran bah itu wine di mulut saya.

Sengaja saya lama-lama di meja tempat ambil minuman. sana saya berdiri. pura-pura saya tengok phone. silaka betul! mongkikip (bergegar) itu tangan saya. sepatutnya saya kena lebih tenang bah. kau andy. banyak kali saya tarik nafas. bila saya rasa  sudah ok. Saya join si Kevin balik.

Dari jauh saya nampak si abby ni. amboi bukan main lagi pakai long dress black colour arr. ikut body lagi tu. tengok tu. itu buntut..tertongek lagi astaga. menggoda betul. kau sengaja pakai macam tu mahu menggoda saya kah ni abby? saya minum itu wine di dalam cawan.

"Hi Andy." Si Sarah tegur saya. saya senyum. saya pergi bisik si kevin.

"Kanu aiso e abby?(kau bilang si abby tiada?)"saya bilang
"Deii memang aiso. okon ko noilan ku ong tiba-tiba waro (aik..memang2 tiada..saya tidak tahu kenapa tiba2 ada)"bilang kevin.

Saya diam. saya silik si abby. astaga paling saya sukakan itu rambut si abby bah. panjang lurus, macam saya mahu belai. mahu cium itu rambut dia.

'apakah masih bau rejoice?' Saya bilang dalam hati.

"Ehem, Dear, saya mahu pergi toilet. "bilang sarah.
"Bah marilah.."bilang Kevin.

Kevin pegang tangan sarah lepas tu jalan pergi di toilet. ok tinggal saya sama si abby lagi. Sumbang (kaku) saya di sini. si abby pula tenang saja. dia boleh buat macam saya tiada di depan mata. Ni memang sudah move on kah? si abby tunduk kasi betul itu kasut dia. aik gila! saya nampak tu lurah boobs si abby. kimbet! darah naik pergi atas kepala. sengaja bah kau ni kan abby?

Saya kasi habis itu wine. saya jalan pergi ambil lagi wine..macam haus betul saya nampak si abby di sini..di depan saya. mahu tumbuh itu bunga di hati saya..lepas saya tuang itu wine di gelas. saya pusing tengok si abby. ok ada yang mahu mengurat sama dia, saya tengok saja dari jauh..aik bersalam kunun, saya nampak si abby tengok saya. tapi saya pura-pura membelakang.  mata saya silik juga sama si abby.

Saya nampak si kevin dengan sarah duduk di meja sudah..si abby masih lagi berbual sama tu prebet..saya pula berabis minum itu wine..tidak tahu kenapa, saya sakit hati nampak si abby mesra berbual sama itu prebet.. gilatan (gatal) juga si abby ni. saya tuang lagi itu wine..ok panas sudah muka saya. saya bawa lagi tu wine pergi di meja di mana si abby sedang berbual mesra dengan tu lelaki.

Pak! Saya ampai (letak) itu cawan si atas meja. tu lelaki tengok saya. abby pula buat bodoh.eii kau ni abby. bukan mahu tegur saya..buat tidak kenal sama saya lagi..kau mahu saya kiss kau di sini? kevin senyum tengok saya. saya ketap itu gigi saya sampai keluar bunyi. tiba-tiba tu lelaki bawa si abby menari.

'kau mahu terbalik ni meja. kau ikut lah abby tu lelaki.' saya bilang dalam hati.

Sekali tu besar mata saya nampak si abby tunduk lepas tu ikut tu lelaki menari. dance!! Saya genggam sudah penumbuk. Silaka. saya dengar si kevin ketawa. Saya tengok si kevin..si sarah pun senyum sudah.

"Cemburu kah bro?"bilang si kevin

Terus si kevin kasi ketawa saya..saya minum lagi itu wine. saya tengok si abby sama tu lelaki menari. menari yang slow dance bah. ni lelaki pun gentel betul. memang berani bawa abby saya menari. aik apa?? Abby saya?? No lah. kami sudah putus juga. saya tuang lagi tu wine.

"Aiso gam tinuman suai ti?(tiada minuman lain kah?)"saya bilang
"Mauk ko k (mabuk nanti kau)"bilang kevin

Saya diam. saya tengok memang banyak wine saja tu minuman. argh. wine pun winelah. saya rasa baru 2 jam sini di party 2 botol wine sudah habis. saya nampak si abby habis sudah menari sama tu lelaki. Si abby sama tu lelaki sama-sama tunduk macam yang ucap terima kasih. saya yang panas sudah tu muka.atau lebih kepada ada cas sudah. saya tengok saja si abby jalan pergi di meja kami.

ANDY HARISSON (✔)Where stories live. Discover now