BAB 5

1K 90 8
                                    

"Andy, andy posik (bangun)." saya buka mata, saya nampak Kevin duduk di sebelah saya. saya pun terus duduk.

"Kenapa Vin?" Saya bilang.
"Kenapa kau buat begitu semalam?" Bilang kevin
"Buat apa?" Saya bilang.

"Sudah lah kau biarkan si Mora bergate sama kau. kau balik semalam pun kau tidak kasi bangun si Abby kan? kesian bah Andy." bilang Kevin.
"Tu saja kau mahu cakap?" Saya bilang.
"Ongoi pogi duato e Abby, nunu nokito nu koniab (pergi bah tanya si abby..pasal apa yang kau nampak semalam)" bilang Kevin.
"Simoyon nopolah (kasi biar saja lah)."saya bilang.
"Om begini lah konon kau sayang si Abby ni?"bilang Kevin.
"Odoi..kada mogkoliputok siti (aduh..jangan membebel di sini)."saya bilang.

Kevin geleng kepala, saya sambung tidur. tapi, saya kena kasi bangun lagi. mahu mengamuk sudah saya. mana tidak. sudahlah saya balik lambat. tidak cukup tidur. lepas tu pagi-pagi kena ceramah.

"Apa bah ni??" Saya bilang.

Saya tengking saja si Kevin. tapi bila saya buka mata, saya nampak si Abby yang ada di depan saya..si Kevin sana pintu bilik berdiri sambil tengok kami. muka si Abby macam mahu menangis sudah. yalah mana pernah saya marah dia.

"Dy, kau kenapa?" Bilang Abby.
"Kenapa apa?" Saya bilang.
"Marah-marah? semalam pun nda kasi bangun saya." bilang Abby.
"Pandai juga kau bangun sendiri kan?" Saya bilang.

Si Abby diam? lama dia tengok saya. saya tunduk.

"Dy, kalau saya ada salah, cakap bah. Jangan buat macam ni, sakit hati saya." bilang Abby.
"Mahu saya yang cakap?" Saya bilang.

Si Abby angguk. saya signal si Kevin suruh keluar. minta sedikit privacy. si Kevin pun keluar dari bilik.

"Semalam tengah hari kau pergi mana?" Saya bilang.
"Makan di kedai.." bilang Abby.
"Sama siapa?" Saya bilang.
"Si Alfred." bilang Abby.
"Kau tahu kah? saya cari kau semalam sana. ingat mahu makan sama, tapi kau tiada. saya call kau pun kau tidak jawab. tahu-tahu kau bergate pula sama si Fred di kedai makan. bukan main lagi kau ketawa sama dia. macam tu pasangan kekasih." saya bilang.

Saya kasi keluar semua yang saya rasa dan yang saya simpan dari semalam.

"telefon dalam beg bah Dy. saya kasi silent. si Fred datang jumpa saya sebab dia ngam-ngam ada sini kk." bilang Abby.
"Jadi nda kau boleh kasi tahu saya? kenapa kau nda call saya lepas kau jumpa si Alfred?" Saya bilang.
"Sebab saya terus sambung kerja.. lambat sudah saya kan." bilang Abby.
"Ya..lambat sebab bergate sama si Fred" saya bilang.

Si Abby menangis, saya panik tapi tidak mahu memujuk.

"Saya ingat kau percaya saya Dy. saya sayang kau. saya tidak akan sekali-kali curang sama kau." bilang Abby.

saya diam. si Abby peluk saya, tapi saya kaku saja. si Abby lepaskan pelukan dan pandang muka saya.

"Dy, kalau saya yang salah dalam hal ni. saya minta maaf. saya janji tidak lagi buat macam tu. " bilang Abby.

Saya masih diam. saya terus ambil tuala dan masuk bilik air. saya tinggalkan si Abby yang masih menangis di dalam bilik. si Kevin yang nampak saya pun geleng kepala. tapi salahkah saya sakit hati?? Pang !! Saya tutup tu pintu bilik air.

Selesai mandi, saya masuk pergi bilik. Abby tiada sudah dalam bilik. saya pakai seluar pendek, lepas tu keluar duduk di ruang tamu. si Kevin langsung tidak tegur saya. team si Abby lah tu. kalau senang saya kasi maaf si Abby..besok dia akan buat lagi nanti.

saya nampak si Abby keluar dari bilik. pakai baju biasa tapi aik kenapa cantik tu penampilan dia? Saya mahu tegur sudah. tapi saya tahan saja hati.

ANDY HARISSON (✔)Where stories live. Discover now