BAB 3

1.3K 89 2
                                    

"Andy," bilang Abby. Saya tengok dia. kesian, ada luka sikit di hidung si Abby.

"Sakit kah??" Saya bilang.
"Nda, kasadapan aku." bilang Abby.

Berabis Kevin sama si Sarah kasi ketawa saya. kimbet! saya tengok Abby yang masih letak itu ais di hidung dia. saya tengok si Thimora yang main lambung-lambung bola sama kawan-kawan dia. saya bangun pergi jumpa si Thimora.

"Mora! Sini kau." saya bilang. Mora datang dekat sama saya.

"Ya Andy, nokuro?(kenapa)." bilang Mora.
"Kau sengaja kan buat Abby macam tu?" saya bilang.
"Mana ada, kau tidak dengar kah saya sudah minta maaf? siap saya cakap tidak sengaja lagi." bilang Mora.
"Hidung si Abby berdarah sudah, kau tahu kah?" Saya bilang.
"Aik Andy, sejak bila pula kau ambil berat betul sama si Abby ni?" Bilang Mora.
"Apa kau peduli?" saya bilang.
"Kau lupa sudah yang kau suka saya?" Bilang Mora.
"Ya. saya lupa sudah, tapi saya tidak lupa macam mana kau kasi malu saya." saya bilang. Saya jalan kasi tinggal Mora di padang.

"Andy." bilang Mora. Tapi saya jalan saja, malas saya mahu layan.

"Andy, jangan kau tembirang (berlagak) sana." bilang Mora.

Saya buat tidak dengar tu jeritan si Mora. memang kalau gila, begitulah. saya duduk di sebelah si Abby. saya tengok hidung dia, kami bertentangan mata, terasa dup dap di hati. yai, macam yang orang bercinta bah itu perasaan saya. makin lama, makin mahu dekat muka saya dengan Abby. macam muncung sudah tu mulut saya, tiba-tiba. pak! Kena tampar kepala saya.

"Jangan kasi ketara itu gete (gatal)." bilang Sarah.

Saya gosok kepala yang si Sarah tampar. si Abby ketawa, si Kevin letak tangan di bahu saya.

"Mari lah balik, mahu gelap sudah." bilang Abby.
"Kau boleh jalan?" Saya bilang.
"Kenapa pula tidak?bukan kaki patah." bilang Abby.
"Ishh mulut ni." saya bilang.

Tidak sedar saya pergi cubit tu mulut dia. merah muka si Abby ar, deii malu lah tu. Sarah sama Kevin sudah balik  naik basikal. tidak sangka jadian pula itu dua orang pada hal bergaduh saja pun tapi gembira untuk diaorang juga lah.

"Saya hantar arr naik motor." saya bilang.

Waduh! Saya kah ni yang bercakap? Kenapa lembut betul ni suara saya?
Si Abby dekat sama saya dengan satu senyuman. bah tambah kuat itu denyutan jantung saya.

"Kenapa tiba-tiba ambil berat betul ni?" Bilang Abby.

Jatuh arr tu kasut bola yang saya pegang gara-gara itu suara si Abby yang menggoda betul. tiba-tiba Abby ketawa berabis ni. saya jadi hairan. lepas tu saya tariklah rambut dia.

"Aww." bilang Abby.
"Saya ambil berat sebab..."saya bilang.

sekali lagi kami bertentang mata. uii ni part saya paling suka. mata si Abby ni rupanya cantik.

"Andy." Saya sama Abby berpaling ke arah suara yang menegur. ok baiklah. Thimora Gabriel yang panggil saya. Saya tarik Abby dekat sama saya, tangan saya letak di bahu dia.

"Andy ada kamataan di sebelah bisuk. datang tengok arr. saya ikut ngunduk ngadau(ratu cantik)." bilang Thimora.

Saya diam saja. tapi terlintas di fikiran saya mahu si Abby ikut itu Ngunduk ngadau. (ratu cantik)
Saya senyum dan pandang muka Mora.

"Ya, saya memang datang sebab Abby pun ikut." saya bilang.

Besar mata si Abby tengok saya. saya buat tidak nampak. Mora pula lain sudah tu muka tengok Abby sama saya.

"Oo ya kah?? Bah. jumpa sana lah." bilang Mora.

Saya angguk. lepas tu Mora jalanlah dengan kawan dia.

ANDY HARISSON (✔)Where stories live. Discover now