Kai POV
Aku melangkah keluar dari kelas. Aku menuju ke belakang bilik stor.
"Hah sampai pun. Ingatkan tak nak datang dah" rajuk Krystal
"Mestilah kena datang. Nanti ada orang merajuk" sakat ku.
Dada ku dipukulnya perlahan. Aku menarik badannya ke dalam pelukan.
"I miss you" ucapnya
Aku hanya senyum. Pipinya ku kucup sekilas.
"Malam nanti kita keluar. Nak-" kata-kata Krystal putus ketika telefon ku berbunyi
Awak kat mana ? Tak nak lunch ? - Jihyo
"Siapa ?" Tanya Krystal
"You tahu siapa. Dia ajak lunch" balas ku
"You tinggalkan I lagi sebab perempuan tu ?" Tanya Krystal lagi. Suaranya kedengaran kecewa
"I terpaksa. Lagi pula ni semua idea you kan. You yang suruh I dekat dengan budak tu"
"Tapi you lebihkan dia dari I"
"Sorry sayang. I kena pergi" pujuk ku
Krystal menggeleng. Haih...apa aku nak buat ni ?
"I kena juga. Sorry" pipinya ku kucup sekilas dan melangkah pergi. Tetapi tangan ku ditahannya. Aku menoleh..
Krystal maju ke arah ku. Pipi ku dipegangnya dengan kedua tangan. Bibirnya bertemu dengan bibir milik ku. Dia mengucup ku dengan lembut dan perlahan.
Oh god !
Dia memang tahu cara nak goda aku. Sorry Jihyo. Nampaknya you lunch sendiri hari ni. Sad.
Skip
Jihyo POV
Memandangkan kelas aku tamat awal hari ni, aku membawa diri ke cafe yang ada berdekatan dengan kolej.
Aku memesan satu Ice Americano lalu duduk di satu sudut meja. Assignment Mr. Kim aku keluarkan. Sikit je lagi nak siap.
Entah group aku ke mana. Sebab ni lah aku tak suka kerja berkumpulan.
Aku fokus pada kerja ku. Tak payah fikir pasal benda lain. Cepat aku siap, cepat aku balik.
Drrtt~ Drrtt~
Telefon milik ku bergetar. Satu panggilan masuk lalu aku mengangkat panggilan itu.
"Hmm..appa outstation ? Berapa hari ? Alaa...nanti Hyo rindu kat appa macam mana ? Ok..ye Hyo tahu...hati-hati"
Aku mengemas barang-barang ku. Nak balik sebab dah petang.
Sampai sahaja di rumah aku terkejut melihat keadaan rumah bagaikan kapal pecah.
Oh my god.
Apa dah jadi ni ? Ramainya orang.
"Krys..ada apa ni ?" Tanya ku bila terlihat kelibat Krystal
"Party" jawabnya pendek dan berlalu pergi.
Tak boleh jadi ni. Kalau appa tau, mesti appa marah. Aku kena cari omma Krystal. Aku berlalu ke dapur dan terjumpa dengannya.
Tangannya ku tarik.
"Omma. Apa semua ni ? Ni kalau appa tahu nahas kita. Omma tahukan appa tak suka kita buat acara waktu dia tak ada"
"Eh kau jangan nak sibuk boleh tak ?"
Rambut ku ditariknya. Mulutnya berbau alkohol.
"Omma...sakit..lepaskan..."
"Kalau appa kau tahu pasal ni. Kau yang aku cari" kata omma tiriku
"Kenapa omma macam ni ? Mana omma yang saya kenal ?"
"Huh ! Kalau kau nak tahu, omma yang kau kenal sebelum ni fake je ! Aku dah penatlah nak berlakon depan kau"
Aku terkaku.
"Sampai hati omma buat appa dan saya macam ni. Omma tak sayang kami ke ?"
"Aku sayang harta kau je. Aku tahu kau pewaris harta appa kau. Lagipun aku suka appa kau je. Aku langsung tak sukakan kau sebab muka kau ingatkan aku dengan perempuan tak guna tu !"
Dahi ku berkerut. Perempuan mana ?
"Mendiang omma kaulah" kata omma tanpa sempat aku bertanya.
Mata ku terbeliak. Bahu omma ku tolak tanpa sedar.
"Kau siapa nak cakap pasal mendiang omma ?! Kau siapa ?!" Tengking ku. Pantang bila orang berkata tentang omma kandung ku.
"Eh tak guna ! Kenapa kau kasar sangat dengan omma aku ni ?!" Sampuk Krystal. Dia lalu berdiri di hadapan ku
Aku diam. Mata ku berkaca-kaca. Aku lari naik ke bilik ku. Badan ku rebahkan di atas tilam. Air mata turun perlahan-lahan dari tubir mata.
No one POV
Tepat pukul 12 malam, Jihyo keluar dari biliknya kerana berasa lapar. Dia turun ke tingkat bawah dan bau alkohol yang kuat masuk ke dalam hidungnya.
Dia menggeleng kepala melihat beberapa orang kawan omma tirinya tertidur di ruang tamu dalam keadaan mabuk.
Dia berlalu ke dapur, peti sejuk dibuka lalu dia mengambil sebungkus roti dan sekotak air oren.
Selesai menjamah roti, Jihyo mendaki tangga semula untuk ke biliknya. Kakinya terhenti di hadapan bilik Krystal.
"Alaa sayang...janganlah macam ni. You mabuk.." kata seorang lelaki
"Hehehhe. Taklah. I masih sedar. You risau eh ? Takut tertangkap oleh bakal tunang you kan ?" Tanya Krystal.
Jihyo kaku.
'Tolonglah. Harap benda yang aku fikir ni tak betul. Tak mungkin lelaki tu Kai' bisik hati Jihyo
Pintu bilik Krystal ditolaknya sedikit. Matanya terbeliak.
Tak mungkin !
Dia ternampak Krystal dan Kai sedang berpelukan di atas tilam. Jihyo menekup mulutnya.
Sampai hati korang !!
Jihyo berlari ke biliknya dan menangis kecil. Hatinya amat terluka dengan kejadian yang dilihat tadi.
Orang sekelilingnya semua palsu.
Jengjengjeng
YOU ARE READING
Someone Special
ФанфикBagi seorang perempuan remaja, dugaan hidup bukanlah sesuatu yang mudah ditempuh. Dia bukanlah sebatang kara. Cuma telah kehilangan ibu kandung. Muncul pula ibu dan kakak tiri menambahkan lagi derita dalam hidupnya. Tetapi, bertemu dengan seorang le...