Jihyo POV
Bunyi kereta di luar rumah mengejutkanku. Siapa pula yang datang tengah hari buta ni ? Aku berdiri dan melihat melalui tingkap. Aku lantas tersenyum nipis apabila melihat pemilik kereta tersebut. Kaki dengan cepat melangkah ke arah pintu.
Pintu ku buka...
"Jihyo !"
Tubuh ku ditarik ke dalam pelukan. Aku tertawa kecil.
"Nasib baik you ada kat rumah. I bosan sangat so, I chat boyfriend you tanya dia and then dia cakap you kat rumah and here I am."
"Saya pun bosan juga. Baguslah awak datang." Balas ku.
"Ok kejap. I ambil barang dalam kereta dulu. I ada beli pizza and snacks. Lepas ni kita bolehlah makan sambil tengok wayang." Kata Hara lantas dia berjalan semula ke kereta. Aku pula bergegas ke dapur untuk menyiapkan minuman.
SKIP
"So, you dengan Sehun macam mana ?"
Aku yang sedang asyik menguyah terus terhenti ketika mendengar soalan Hara. Fikiran ku kembali teringat tentang topik girlfriend hari tu.
"Macam biasa saja. Masih sama macam dulu" Jawab ku bersahaja. Hara melihat ku dengan teliti. Sepertinya dia dapat tahu aku menyembunyikan sesuatu.
"What happened ?"
"Erm ?"
"Apa jadi ? You nampak macam tak senang duduk bila I tanya fasal korang ?"
Aku terdiam. Aku berasa ragu-ragu sama ada hendak buka mulut atau tak. Tapi Hara takkan diam punya. Dia mesti nak tahu juga. Hara setia memandang ku menunggu aku membuka mulut.
"Actually.....he asked me to be his girlfriend."
"REALLY ?! Oh my god ! I memang tahu awal lagi"
"Tahu apa ?" Tanya ku kerana bingung.
"I tahulah yang Sehun ada hati dekat you. I boleh nampak dari cara dia cerita fasal you dekat I, cara dia pandang you...I tahu awal lagi. Cuma tunggu masa je dia nak luahkan and finally ! Tak sia-sia I sokong you berdua. Akhirnya korang together." kata Hara dengan intonasi suara dia yang teruja.
"Erk....Hara..."
"Yes ?"
"Kami tak-" aku tidak melanjutkan ayat dan hanya menggelengkan kepala.
Mata Hara membulat "WHAT ?! You got to be kidding me."
Aku mengeluh kecil. "Saya cakap dengan dia saya tak ready. Saya perlu masa. Semua ni terlalu tiba-tiba. And sejak hari tu dia macam anggap saya tak wujud."
"Maksud ?"
"Dia macam mengelak. Saya tanya pun sepatah dua je dia jawab. Mungkin dia ambil hati sebab saya tak terima dia." Memikirkan perkara itu saja membuat ku sedih. Aku tak suka macam tu. Entah kenapa. Tapi aku tak nak dia anggap aku macam tak wujud. Dah berhari-hari perkara ni mengganggu fikiran aku.
"Jihyo...kita takkan dapat faham lelaki sepenuhnya. Lelaki pun macam tu juga, takkan faham kita sepenuhnya. Lagipun you yang minta bagi masa. Maybe tu cara dia bagi you masa."
"Tu bukan bagi masa. Cara dia lebih kepada silent treatment."
"I rasa benda ni you berdua kena bincang baik-baik."
Aku sekadar mengangguk. Aku akan cuba bincang dengan dia malam ni. CUBA.
"Kalau macam tu I balik dulu. Dah petang dah ni. Tak terasa pula dah hampir nak 4jam I stay dekat sini."
Aku tersenyum dan mengangguk.
"Ingat pesan I tau. Bincang baik-baik. Tapi, I nak sangat you dengan dia. Dia baik tau. Dia takkan sia-siakan you. Trust me."
SKIP
Aku melangkah perlahan ke arah katil. I hate this. Sesiapa pun dapat rasa betapa awkward suasana sekarang ni. Sehun dengan telefon dia saja. Aku tak tahu macam mana nak mulakan perbincangan.
Waktu dia balik tadi aku cuba memulakan perbualan seperti biasa tetapi dia cuma memandangku sekilas. Aku senyum walaupun berkecil hati. Waktu makan malam pun macam tu. Aku ajak makan dia senyap je. Nasib baik dia nak juga makan.
Aku dah cuba. Tapi dia macam tak nak bercakap dengan aku langsung. Aku tak suka macam ni. Sangat menyedihkan. Air mata aku ingin mengalir keluar tetapi aku cuba tahan.
"Awak, saya ada benda nak bincang ni." Kata ku cuba untuk membawanya berbincang. Dan kali ni kalau dia buat perangai lagi, aku tak tahulah nak buat macam mana.
"Awak marahkan saya ? Saya minta maaf."
"Ok" kata Sehun seketika.
"Ok ?" Ok je ?! Aku serabut gila fikir fasal ni dan dia cuma cakap ok. Kepala aku rasa nak meletup. Sehun bangkit dari katil.
That's it !
"No ! I mean..awak stay sini. Biar saya yang keluar dari bilik ni." Dua hari lepas dia buat benda yang sama. Dia stay kat luar sampai aku tidur baru dia akan masuk bilik ni semula.
"Kau stay sini" balas Sehun. Aku tak menghiraukannya. Telefon aku capai lantas berjalan melewati Sehun. Dia memegang tangan ku.
"Stay sini."
"No. Ni bilik awak. Awak tuan rumah." balas ku sambil cuba melepaskan pegangannya.
"I said stay !" Suaranya berubah keras. Aku lantas memandang wajahnya. What is wrong with him ?!
Tangan ku rentap sekuat hati. Air mata mula bertakung. "I hate you" kata ku dengan perlahan. Aku melabuhkan duduk di atas katil membelakangi Sehun.
"I hate you." Air mata ku mengalir perlahan. Suara ku juga keluar dengan perlahan.
"I hate this. Benci dengan situation sekarang ni. I hate this so fucking much. Damn it."
"Watch your language Jihyo." Tegur Sehun. Mungkin terkejut dengan bahasa ku. Aku tak rasa aku pernah bercakap kasar depan dia.
Aku diam. Air mata setia mengalir. Entah apa yang aku sedihkan sangat. Aku baring dan berselubung dalam selimut. Aku dah cuba and ini yang aku dapat. Dia yang nak sangat macam ni kan. Aku pun boleh buat.
Aku terasa hati dengan dia sangat. Kalau silent treatment yang dia sukakan, aku pun boleh bagi.
Typo.
Votement.
YOU ARE READING
Someone Special
FanfictionBagi seorang perempuan remaja, dugaan hidup bukanlah sesuatu yang mudah ditempuh. Dia bukanlah sebatang kara. Cuma telah kehilangan ibu kandung. Muncul pula ibu dan kakak tiri menambahkan lagi derita dalam hidupnya. Tetapi, bertemu dengan seorang le...