10

602 81 3
                                    

Jihyo POV

Dah sebulan aku kerja dekat kafe ni. Aku mengeluh kecil. Gaji aku tak berapa cukup untuk belanja dan sewa rumah aku.

Aku memandang hujan yang turun di luar kafe. Kafe agak lenggang hari ni sebab tak ramai pelanggan. Joseph datang dan duduk bersama dengan ku. Dia menghulurkan ku segelas minuman.

"Woah, latte. Thanks Jojo" ucapku. Joseph adalah seorang yang agak rapat dengan ku. Dia sahaja yang selalu bercerita dengan ku. Tak seperti rakan kerja yang lain.

"Welcome. Cuaca macam ni seronok kalau dapat minum minuman yang panas. Lagi pun customer tak ramai. Why not kita sembang sambil minum" balas Joseph.

"Nak sembang apa Jojo. Saya tak tahu gosip langsung"

"Eh you ni Jihyo. Tengok muka aku ni muka yang telan gosip je ? Ceritalah pasal kau. Macam mana kat tempat kau belajar ? Dah ok ?" Tanyanya. Dia tahu pasal aku sebab aku yang cerita. Sampaikan dia benci dengan Krystal tu.

"Macam tulah. Tak ada perubahan" balas ku perlahan. Joseph hanya mengangguk. Aku dan Joseph berbual panjang sehingga seorang rakan kerja menegurku.

"Jihyo"

Aku mengangkat memandangnya.

"Ada customer cari kau"

"Saya ? Siapa pula cari ni ?" Tanya ku hairan. Dia mengangkat bahu dan menunjuk ke arah meja customer yang dimaksudkan.

Aku berjalan ke meja itu. Seorang lelaki sedang duduk di meja itu. Macam kenal ?

"Excuse me sir" tegur ku.

Dia mengangkat wajah. "Hi baby"

Jantung ku berkerja pantas.

"Sehun" kata ku dan dia tersenyum sinis. Lama tak nampak dia. Terakhir nampak dia waktu dia hantar aku pergi kelas untuk kali kedua.

"Awak buat apa kat sini ?" Tanya ku.

"I kena cakap kat you untuk datang sini ke ? Orang selalu datang kafe. So, apa yang you hairankan sangat ?" Tanyanya.

Betul juga. Yang aku bodoh sangat tanya soalan macam tu kenapa. Haih..

"Kenapa awak cari saya ?" Betulkan dia cari aku ? Pekerja tu cakap tadi.

"I cari you ? Bila masa ? I tak tahu pun you kerja sini" balasnya.

"Tapi tadi-"

"Dia nak kenakan you kot"

"Oh. Sorry" kata ku sedikit kecewa dan berlalu pergi. Dah kenapa dengan aku nak kecewa bagai ni. Sedar dari alam mimpi kau Jihyo.

Sehun POV

Aku tak berniat nak kecewakan dia. Tapi memang aku cari dia tadi. Aku ternampak dia masa masuk kafe ni tadi.

Aku cuma tak nak digelar terdesak. Entah apa yang tak betul dengan aku ni. Aku asyik ingat pada dia. Walaupun aku tak kenal dia tapi daya tarikan yang ada pada dia buat aku tak betul.

Aku mengeluh dan bergerak mengangkat kaki meninggalkan kafe.

No one POV

Jihyo berjalan pantas. Dia tahu ada orang yang mengikutinya sejak dia keluar dari kafe tadi. Jihyo berharap agar tiada benda buruk berlaku.

Sedang dia melangkah pantas dia terlanggar dengan seseorang. Jihyo mengaduh sakit. Dia mengangkat wajah dan matanya terbeliak.

Jihyo menghadap belakang pula. Dia ternampak orang yang mengikutinya tadi berlalu pergi. Jihyo menghembuskan nafas lega.

Jihyo terasa pegangan pada tangannya. Dia menarik tangannya tetapi pegangan itu semakin ketat. Dia melihat wajah orang yang terlanggar dengannya tadi.

Rahang orang itu bergerak-gerak seperti menahan marah. Jihyo menjadi takut.

"A-awak.."

"I nak you berhenti kerja dekat kafe tu" katanya.

"Saya tak nak"

"I tak nak dengar bantahan Jihyo"

"Awak siapa nak larang saya Sehun ?!" Suara Jihyo tinggi sedikit. Muka Sehun berubah riak.

"Aku tak kisah. Yang aku tahu kau ikut cakap aku. Jalan dekat sini tak selamat untuk perempuan macam kau lalui. Faham ?!" Tengking Sehun. Jihyo tersentak dan air matanya gugur.

"You hurt me" kata Jihyo perlahan. Sehun tersedar dan melepaskan pegangannya. Dia meraup wajah.

Jihyo hanya berdiam diri dengan air mata yang masih mengalir.

"Stop crying" kata Sehun keras.

"I said stop crying !"

Jihyo tersentak lagi. Dia berundur setapak ke belakang. Takut dengan sisi Sehun yang baru dilihatnya.

"Oh fuck !" Sehun mengusutkan rambutnya. Dia maju dan menarik Jihyo masuk ke dalam keretanya

SKIP

Jihyo mengikut langkah Sehun masuk ke dalam rumah. Dia masih lagi berasa takut setelah ditengking tadi. Sehun melangkah naik ke bilik manakala Jihyo hanya berdiri di ruang tamu.

Jihyo termenung jauh sehingga tersedar ketika telefonnya berbunyi. Dia mendapat pesanan dari Aunty Lee

Jihyo aunty minta maaf. Tapi rumah sewa tu aunty dah beri pada orang lain. Barang kamu aunty masih simpan. Kamu boleh ambil nanti. Maafkan aunty. - Aunty Lee

Jihyo mengeluh. Telefon di simpan ke dalam beg tangan semula.

Sehun melangkah turun. Dia mendekati Jihyo. Jihyo melangkah setapak ke belakang. Masih takut akan Sehun. Sehun mengeluh kecil. Tangan Jihyo dicapainya dan dia menarik Jihyo ke arah dapur.

Jihyo mengunci mulut dan tidak bersuara. Dia duduk di atas kerusi. Pergerakan Sehun diperhatikannya. Sehun berdiri di sebelahnya dan menghulurkan segelas air kosong.

Jihyo mencapai dan meneguk sedikit sahaja. Lantas gelas itu diletakkan di atas meja. Sehun menjadi geram. Dia tak mahu gadis itu berasa takut pada dirinya.

Sehun bergerak ke belakang Jihyo lantas memeluk Jihyo dari belakang.

"I'm sorry ok. I tak bermaksud nak takutkan you" bisiknya ditelinga Jihyo. Jihyo terkejut.

Sehun menjatuhkan kepalanya pada bahu kanan Jihyo. Leher Jihyo dihidu dan diciumnya.

"Sorry" ucapnya lagi. Buat seumur hidup pertama kali di meminta maaf pada seorang perempuan.

Jihyo mengangguk sahaja.

Fans BTS kat mana ?? Congrats utk award di BBMA's. Saya pun army juga. Kekekekeke.

Typo.
Votement.
❤❤

Someone SpecialWhere stories live. Discover now