18

490 66 13
                                    

Long time no see~~
I miss u all.

*****

No one POV

"Saya masih boleh jalan sendiri."

"Diam boleh tak ?"

Jihyo mencebik. Bertengkar dengan Sehun takkan boleh menang punya. Puas dia melarang Sehun menghantarnya sampai ke kelas tetapi lelaki itu tetap berkeras. Macamlah sakit teruk sangat.

"Orang cakap boleh jalan sendiri. Awak tu yang bertegas nak hantar."

"Kaki tu masih sakit. I dah cakap ambil cuti  2 hari lagi tapi tak nak. Cepat tunjuk kelas kat mana."

"Kelas saya tak mula lagi. Saya nak pergi kafe."

"What ?!" Tanya Sehun dengan ekspresi wajah terkejut.

"Apa ? Awak yang nak sangat ikut." Jihyo tersenyum mengejek.

Mereka berjalan bersama ke kafeteria. Jihyo naik malu apabila ramai yang memerhatikan mereka berdua. Tangan Sehun dari tadi lagi memeluk pinggangnya. Nak bantu Jihyo supaya senang bergerak katanya.

Mereka duduk di salah sebuah meja. Sehun melabuhkan punggung di sebelah Jihyo.

"Nak apa-apa ? Makan or minum ?"

"Ermm...ice americano ??

"No coffee..."

"Alaa....nak coffee. Semalam tidur saya tak betul sebab kaki ni sakit. So, rasa mengantuk sikit tulah nak minum coffee."

Sehun mengeluh. Semenjak kes mereka bergaduh hari tu Sehun dah mula berubah. Dia tambah mengambil berat tentang Jihyo. Sampai makan minum Jihyo pun dia perhati. Ikutkan hati dia nak Jihyo tambah cuti lagi tapi Jihyo dah cuti 3 hari. Selama cuti tulah dia rajin jaga Jihyo dan perubahan dia nampak dengan jelas.

Sehun berdiri untuk membeli ice americano yang diminta Jihyo kemudian dia kembali semula duduk di sebelah Jihyo. Mereka nampak rapat sangat persis orang tengah bercinta.

Tapi Jihyo dan Sehun tak buka cerita tentang cinta lagi. Tak pernah pun sampai ke topik nak jadi pasangan kekasih. Tipulah kalau hati Jihyo tak terdetik. Dan tak mustahil dia terjatuh hati pada Sehun.

"Kenapa satu ? Awak tak minum ?"

"Kita share. Jangan minum coffee banyak sangat. Tak baik."

Jihyo hanya mencebik. Tapi dia suka. Suka Sehun yang baru. Tak macam sebelum ni. Dia nak lawan cakap pun takut. Ikut saja apa yang Sehun cakap. Tak berani nak bantah.

"Betul ni tak nak stay dekat rumah ?" Tanya Sehun. Jihyo mengeluh. Tak penat tanya soalan yang sama ?

"Saya dah ok. Kalau saya stay rumah, mesti awak pun tak dapat nak kerja. Saya tak naklah susahkan awak lagi."

"I tak rasa pun you susah-"

"I know. But- ergghh please...."

"Okay."

Jihyo menghirup airnya sambil melayan telefon. Sehun pula sekadar memerhatikan Jihyo.

"Tak terfikir nak balik rumah you ?"

Jihyo yang mendengar soalan itu lantas meletakkan air dan telefonnya di atas meja. Bibirnya kelu. Rasa sedih mula bertandang.

"A-awak nak hantar saya balik ?" Tanya Jihyo. Baru sahaja Sehun hendak membalas, Jihyo dengan cepat memeluk lengan Sehun.

"Saya susahkan awak ? Atau awak rasa saya beban ? Saya janji saya tak menyusahkan awak. Kalau sebelum ni saya susahkan awak saya minta maaf. Tapi jangan hantar saya balik. Saya tak nak." Jihyo bercakap dengan sedih. Matanya mula mengeluarkan air.

"Hey kenapa sampai nangis ni ? I tanya je." Panik Sehun dibuatnya.

"Jangan hantar saya, awak....bagi saya masa. Saya akan cari kerja and then saya akan cari rumah sewa sendiri. Saya keluar dari rumah awak secepat mungkin."

"Jihyo ! Kenapa masuk topik nak kerja, cari rumah sewa ni ?!" Suara Sehun naik sedikit. Jihyo terdiam. Hanya airmatanya yang mengalir secara perlahan. Orang sekeliling mula memandang pelik.

"A-awak....nak hantar saya balik....sa-saya tak nak." Suara Jihyo tersekat-sekat. Sehun lantas menarik Jihyo ke dalam pelukannya.

"I tanya je pun. Berhenti menangis. Orang nampaklah. Tak malu eh ?" Tanya Sehun. Jihyo mula mengelap air matanya.

"Yang emosi ni kenapa ? Period ?" Tanya Sehun lagi. Jihyo yang mendengar terus merah muka sebeb dia memang tengah datang bulan. Perempuan...

"Saya tak ready lagi nak balik. Tapi, saya faham. Takkan saya nak duduk rumah awak terus."

"I tak pernah suruh you keluar. I lagi suka ada you. Taklah sunyi rumah tu."

"Apa pula kata keluarga awak kalau mereka nampak saya kat rumah tu. Nak jawab apa kalau kena tanya ? Your wife ?" Tanya Jihyo dengan sedikit nada bergurau.

"Yes. My wife. Simple right."

"Awak gila." Terkejut Jihyo dibuatnya. Senang sungguh lelaki itu menjawab. Isu isteri bukannya boleh ambil remeh.

"Jangan risau. I tak ada family." Jihyo terpaku mendengar balasan sehun.

SKIP

Jihyo hanya termenung. Soalan Jessica pun hanya dijawab sepatah sahaja. Kepalanya penuh dengan kata-kata Sehun 4 jam yang lalu.

'I tak ada family.'

Jihyo nampak wajah lelaki itu sedikit berubah ketika family menjadi topik tadi. Jihyo terus meminta diri untuk ke kelas. Dia nampak perubahan wajah Sehun walaupun lelaki itu cuba mengawal ekspresi wajahnya.

"Jihyo !"

Jihyo terkejut sebaik sahaja Jessica memukul tangannya.

"Dari tadi I panggil. You fikir apa sampai tak dengar ?"

Jihyo tersengih sambil menggelengkan kepalanya.

"I tanya lelaki yang hantar you pagi tadi boyfriend eh ? Ramai yang kecoh tentang boy you tu. Kelas I tadi bising fasal dia je."

"Sehun ?"

"Sehun ? Nama dia ? Oh...jadi betullah boyfriend you. Kakak you jealous tau nmpak gambar korang dekat kafeteria."

"Gambar ? Gambar mana ?"

"You tak tau ? Ada orang ambil gambar korang tadi. I pun ada dapat." Kata Jessica sambil menunjukkan gambar Sehun dan Jihyo.

Jihyo menunjukkan muka blank. Dia langsung tak tahu tentang gambar tu. Suka hati saja orang tangkap gambar dia.

"Dah ramai yang share tau. Siap cakap boyfriend you handsome. Semua fasal boyfriend you. Ada yang cakap nasib you baik sebab dapat boyfriend macam Sehun tu."

"Sehun bukan boy-"

"Tak nak dengar. Tak percaya kalau bukan. Nampak rapat saja. Like husband and wife."

Husband and wife~

Husband and wife~

Terbeliak mata Jihyo. Rasa malu muncul apabila mendengar perkataan husband and wife.

Votement
Typo kot.


Someone SpecialWhere stories live. Discover now