Jihyo POV
"Sorry eh about my boyfriend tadi. Baekhyun tu cakap memang tak hiraukan orang. Benci juga dengan perangai dia" katanya lagi.
Baekhyun boyfriend dia rupanya.
"Takpa. Saya tak ambil hati" balas ku.
"I happy tau dapat jumpa you. You baik. Dari hari tu lagi I nak jumpa you tapi jantan tu tak pernah bawa you lepak sekali. I ni makin terujalah nak jumpa you bila dia tak henti-henti cakap pasal you" kali ini dia tertawa kecil.
Aku senyum sahaja. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Setelah siap mengatur, Hara memanggil Sehun dan Baekhyun untuk makan bersama.
xxxxxxxxxx
Kami berempat duduk bersama di sofa setelah mengisi perut. Aku yang diajak bersama berasa kekok. Mulanya aku menolak dengan alasan takut mengganggu perbualan mereka. Tapi, Hara menarik ku.
"So...you masih belajar and you tinggal dengan buaya ni ?" Tanya Hara. Baekhyun yang mendengar soalan kekasihnya tertawa kecil.
"Saya masih belajar dan tinggal dengan Sehun untuk sementara sahaja" perlahan suaraku membalas soalan Hara.
"Sementara ?"
Aku mengangguk ragu-ragu. Aku mencuri pandang wajah Sehun sekilas dan berasa takut bila wajahnya kelihatan tegang.
"Yah Oh Sehun ! Dia nampak innocent" kata Baekhyun.
Oh Sehun. Dapat juga tau nama sebenar dia.
"Jihyo !" Teriak Hara buat aku tersentak.
"You ok ? Dari tadi I panggil" tanyanya.
"Ok. Cuma mengantuk" balas ku.
"Oklah. Sehun, bawalah Jihyo tidur. Kesian kat dia" kata Hara
Sehun mengangguk dan bertanya "kau berdua balik atau tidur sini ?"
"Tidur sinilah. Buatlah berapa round pun kami takkan kacau punya" balasan Hara membuat ku terbeliak.
xxxxxxxxxxx
Sampai sahaja di bilik Sehun terus menolak ku di atas katil. Leher ku di sambarnya dengan rakus.
"Se-sehun..." suara ku tersekat-sekat. Aku cuba menolak dia. Dia mengangkat wajahnya dari leher ku. Pandangan matanya membuat aku bergetar.
Dia hanya memandang ku dengan dingin. Dia mencium sekitar leher ku lagi. Tangannya masuk merayap dalam baju ku. Terasa bagai terkena renjatan elektrik.
Tangannya aku tahan. "Kenapa ni ?" Tanya ku. Sehun menghentikan perbuatannya. Baju ku yang terangkat tadi di tariknya turun semula.
"Boleh tak jangan cakap hal sementara ni macam tadi tu ?"
God ! Dia ingat rupanya. Itulah kau Jihyo. Tak serik lagi bila dia tak tegur kau dua hari sebab topik yang sama. Saja cari nahas untuk diri sendiri.
"Sorry"
Dia tidak membalas.
"Sa-saya tak selesa bila kawan awak tanya tadi. Takkan saya nak jawab saya tinggal sini selamanya" aku mencuba memujuknya.
Sehun mengeluh kecil.
"Next time jangan layan budak dua tu"
Aku mengangguk. Dia mengucup bibir ku membuat aku kaku. Kucupannya lembut membuat aku terbuai.
"Tidur dulu nanti I tidur" katanya selepas memutuskan ciuman. Dia bangkit lalu mematikan lampu. Aku hanya memerhatikannya keluar dari bilik.
Typo.
Votement.(Actually, ada seorang reader ni cadangkan sy utk buat group whatsapp dgn readers yg lain tapi nak fikir dulu sbb silap haribulan krik2 group tuu. Sy ni bukan jenis yg bising hari2😅).
YOU ARE READING
Someone Special
FanfictionBagi seorang perempuan remaja, dugaan hidup bukanlah sesuatu yang mudah ditempuh. Dia bukanlah sebatang kara. Cuma telah kehilangan ibu kandung. Muncul pula ibu dan kakak tiri menambahkan lagi derita dalam hidupnya. Tetapi, bertemu dengan seorang le...