Jihyo POV
Aku membuka mata. Suasana gelap menyapa pandangan mata ku. Telefon di atas meja kecil sebelah katil dicapai. Skrin telefon dinyalakan.
Baru pukul 2:30 am. Awal lagi rupanya. Dia kembali meletakkan telefonnya. Fikiran ku melayang jauh mengenangkan lelaki tua yang bergelar ayah.
Appa betul-betul tak cari aku langsung. Mesti Krystal dan omma dia burukkan aku depan appa. Aku ada juga terfikir nak balik jumpa appa hari tu tapi niat itu aku kubur bila teringat kata-kata Krystal hari tu.
Mesti appa anggap aku anak yang tak guna. Aku tahu appa mesti marah. Dan aku tak nak appa tambah marah bila aku muncul depan dia nanti. Appa mana yang tak marah bila dengar anak lari ikut jantan.
Aku hanya mampu berserah dengan takdir hidup aku ni. Kalau omma ada mesti hidup aku tak macam ni. Kenapa omma tinggalkan Jihyo ? Jihyo perlukan omma saat macam ni. Omma sumber kekuatan Jihyo.
Rindunya dekat omma....
Airmata ku menitis perlahan. Hanya airmata yang memainkan peranan. Tiada langsung esakan yang keluar. Bila terasa ada pergerakan di belakangku, lantas airmata aku seka.
Badan aku keraskan bila sebelah tangannya memeluk tubuhku. Kepala ku seperti dikucup dari belakang.
"Kenapa tak tidur ?" Tanya dengan datar dan suara serak. Ingatkan dia tak terjaga. Rupanya sangkaan aku meleset.
"Terbangun" jawab ku sepatah.
"Nightmare ?" Tanya lelaki itu. Aku tersenyum kecil. Aku pun berharap hidup yang aku jalani sekarang ni hanyalah nightmare.
Aku menggeleng untuk membalas soalannya tadi. Dia menarik badanku rapat ke arahnya. Entah kenapa cepat sahaja aku berasa selesa dengan lelaki ini. Sebelum ni memang aku tak bagi lelaki sentuh aku kecuali appa aku.
Boleh dikatakan aku ni anti lelaki. Tapi dengan lelaki ni lain pula jadinya. Dia suka hati sahaja untuk...
Pegang tangan aku.
Peluk aku.
Kiss aku.
Tapi setakat itu sahaja. Bukan maksudnya aku mengharapkan lebih daripada si dia. Bagi aku perbuatan dia tu dah lebih. Aku tak salahkan dan marahkan dia sebab aku tak pernah tolak bila dia buat semua tu.
Susahlah nak explain benda ni. Senang cerita, aku rasa sedikit tunduk terhadap lelaki ini. Seperti terpukau sehingga tak sedar perbuatannya.
"Dah tidur ? Panggil dari tadi tak sahut" tegurnya. Aku lantas menutup mata berpura-pura tidur sehinggalah aku betul-betul tidur semula.
SKIP
Aku terjaga dari tidur bila terdengar suara seseorang. Mata ku buka dan ternampak Sehun sedang berbual melalui telefon di balkoni. Dia hanya memakai ripped jean.
"Aku tahulah apa nak buat" kata Sehun. Dia berdiam seketika. Mungkin mendengar balasan dari rakan bualannya.
"You jerk ! I know what I do. Mind your own bussines bastard !" Suaranya sedikit tinggi.
"Fuck you !" Katanya lantas menamatkan panggilan. Dia meninggalkan balkoni dan kembali naik atas katil. Matanya bertembung dengan mata ku.
"I ganggu tidur you ?" Tanyanya dengan suara datar dan dingin.
Aku menggeleng. "Pukul berapa ?" Tanya ku perlahan.
"Pukul 7 tepat. You ada kelas pagi ni ?"
Kelas aku pukul 9. Tapi, aku rasa macam tak nak turun kelas untuk sementara waktu ni. Marah ke kalau aku cakap kat dia. Cuba sajalah Jihyo.
"Ermm...sa-saya tak nak turun kelas un-untuk sementara. Bo-boleh ?" Tanya ku dengan gagap sambil memandang matanya.
"Suit yourself" katanya sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik air. Aku hembuskan nafas lega. Nasib dia tak tengking.
Aku bukan suka-suka tak pergi kelas. Cuma aku nak elak dari dengar gosip pasal aku tu. Sebelum ni aku masih boleh pekakkan telinga tapi tak selamanya aku boleh buat macam tu. Aku pun ada perasaan.
SKIP
Dah seminggu aku tak turun kelas. Dan dah seminggu juga aku menetap dalam rumah ni. Aku ada menyuarakan pendapat ku kepada Sehun untuk mencari kerja dan rumah sewa yang baru dan akibatnya dia tidak menegur ku langsung selama dua hari.
Makanan yang aku masak turut tidak dia sentuh. Ya aku masak. Kadang-kadang aku berkemas dan bersihkan rumah ni. Takkan aku nak duduk saja macam puan besar.
Selama seminggu ni juga aku dapat tangkap sedikit sikap Sehun. Dia dingin dan jarang senyum. Senyum pun hanya sinis. Dan dia agak panas baran. Tak suka juga bila orang bantah dan hiraukan dia. Setakat tu yang aku tahu.
Aku tak tahu Sehun tu siapa. Nama full dia pun aku tak tahu. Hanya Sehun. Kerja dia pun aku tak tahu.
Dipendekkan cerita...
Aku......
Langsung tak tahu pasal dia.
xxxxxxxxx
Votement.
Typo.
Check out my another new ff, 'Ma Boy'
YOU ARE READING
Someone Special
FanfictionBagi seorang perempuan remaja, dugaan hidup bukanlah sesuatu yang mudah ditempuh. Dia bukanlah sebatang kara. Cuma telah kehilangan ibu kandung. Muncul pula ibu dan kakak tiri menambahkan lagi derita dalam hidupnya. Tetapi, bertemu dengan seorang le...