————✨————Aku dalam perjalanan pergi ke bilik bahasa Jepun memandangkan untuk Form 4 kelab dan persatuan bagi kokurikulum dirombak semula.
Teruja sangat!
Lima minit kemudian, aku hanya mampu duduk tercegat, rasa sedikit menyesal. Sepatah haram aku tak faham.
"Sila perkenalkan diri awak semua dengan apa yang saya tulis di whiteboard," kata sensei.
Masalahnya yang di whiteboard tu tulisannya katakana bukan romanization.
Seorang demi seorang perkenalkan diri menggunakan bahasa Jepun. Yang aku faham diorang memberi nama dan umur yang lain ke laut.
Dengan terpaksa aku duduk berseorangan sebab memang tak kenal junior dekat kelab ni, makin terasa cuaknya bila dah nak tiba giliran aku.
Tok tok tok.
"Sensei, sorry kitorang lambat tadi jumpa cikgu."
Rasa macam nak menangis kegembiraan bila nampak muka yang aku kenal, kawan-kawan satu batch. Perhatian aku tertumpu kepada mereka yang disuruh mengenalkan diri sebaik sahaja sampai.
Ayla yang perasan aku sedang memandang melambai tangan menyuruh aku duduk dengan diorang.
"Weh, nasib baik korang ada seh, aku malu gila tadi aku sorang je form 4."
"Kau baru masuk ke? Dah cakap kat sensei?"
"Aah, ada cikgu ni baik hati masukkan aku kat sini."
"Sini best lah, dah lah ada Miss Sakana sekarang," kata Ayla merujuk kepada warganegara Jepun yang baru diterbangkan ke sini sebagai cikgu praktikal.
Tengah seronok berbual tiba-tiba sensei bersuara, membuatkan gemuruh aku datang kembali.
"Awak form berapa? Tadi dah perkenalkan diri belum?"
Dia pandang aku lah.
"Saya form 4," jawab aku sambil tersengih.
"Eh macam mana awak boleh masuk? Patutnya sampai form 3 je unless awak nak amik subjek Japanese dalam SPM."
Ah sudah. Patut la cuma berapa ketul je form 4 yang ada.
"Dekat name list kelas nama saya masuk kelab ni, saya pun pergi sini."
"Takpe-takpe lepas habis ni awak tunggu kejap saya bagi surat tukar kelab, sebab kita memang tak ambil yang tiada basic."
Amboi menghalau terus. Baru first day dah kena halau, sedih betul hidup aku.
"Okay sensei," aku membalas dengan senyuman.
_____
"Korang tengok ni."
"Apa?"
"Ni ha," aku layangkan kertas penukaran kelab, "pecah rekod first day masuk terus kena halau."
"Padan muka kau." Kuasam gelakkan aku.
"Biadap masing-masing," aku jeling sebelum melabuhkan punggung bersebelahan Azz.
"Kau buat apa sampai kena halau ha?"
"Mana ada buat apa, sensei kata kelab dia memang tak amik form 4."
"Alolo sian dia, habis kau nak tukar kelab apa sekarang?"
"Aku pun tak tau. Kau kelab apa Azz?"
YOU ARE READING
Dari Mata (COMPLETED)
RomanceKata orang dari mata turun ke hati. Pertama kali aku tatap mata dia, takkan jatuh terus ke hati? Tak mungkin ini jodoh kerana persamaan antara kami berdua terutama sekali menjadi halangan untuk kami di negara ini, dunia ini. Nama aku Farah, seseora...