————✨————Harini pelajar tingkatan 4 sibuk dengan persiapan untuk hari kokurikulum sekolah atau lebih dikenali dengan nama hari kantin. Aku berjalan kehulur-kehilir di dalam dewan mencari Azz yang sedang menyiapkan booth untuk kelab Seni Visual.
"Far! Yang kau ni merayap je kerja, ponteng kelas eh?" Panggil Azz dari luar dewan.
"Sukahati akulah, kau tu, kata nak orang tolong."
"Ha, yelah tolong aku angkat kotak ni."
Perintah Azz aku turuti sebab tak nak mak cik yang sorang ni membebel.
"Beratlah, kau masukkan apa dalam ni?"
"Dosa kau dalam tu."
"Eh aku campak benda ni dalam longkang kang baru tau berat dosa ke berat barang."
"Ah kau, kalau bukan sebab aku takdenya kau dapat masuk kelab ni semata nak tengok si Nadin tu."
Langkah ku terhenti sambil aku memberi pandangan pura-pura terkejut kepada Azz.
"Mana ada aku masuk sebab dia, aku minat seni lah."
Azz memutarkan bebola mata ke atas melihat aku yang sedaya upaya nak sorok rasa berbunga-bunga bila teringat dia.
"Teman aku jaga booth, nanti lepas Pn Han dah lawat kau boleh pergi."
"Tak ada orang lain ke?" Tanyaku sambil memandang Azz dengan muka berkerut.
"Kejap je lah, aku bagi siku kang baru tau."
"Kau ni memang macam ni kan, suka memaksa."
"Kawan jugak kau dengan aku."
-----
Aku kesat peluh di dahi dengan lengan baju, penat. Dah hampir satu jam setengah berdiri sambil menerangkan tentang projek seni yang dipamerkan sambil beramah mesra dengan junior yang singgah di booth. Mana Azz? Hilang entah ke mana, kata nak pergi tandas tapi nampak gayanya dia tengah bina tandas.
Lamunan aku terhenti seketika pabila satu suara menyapa lembut dari belakang.
"Termenung apa tu?"
"Eh, Nadin! Buat apa dekat sini?"
"Azz suruh ganti, dia sakit perut." Jawab Nadin sebelum berdiri di sebelah aku.
"Oh, okay." Ya tak ya je si Azz ni sakit perut. Ni mesti dia dah plan dah.
"Cikgu Han masih tak pergi sini lagi ke?"
"Belum lagi, tu dia tengah dekat sana, kejap lagi la tu."
"Oh, okay. Kau tu, penat tak?"
"Aku? Aku mana penat, aku kan kuat." Balas ku sambil menayang otot lengan yang tidak seberapa. Nadin hanya tergelak.
"Ada-ada je lah kau ni Farah."
YOU ARE READING
Dari Mata (COMPLETED)
RomanceKata orang dari mata turun ke hati. Pertama kali aku tatap mata dia, takkan jatuh terus ke hati? Tak mungkin ini jodoh kerana persamaan antara kami berdua terutama sekali menjadi halangan untuk kami di negara ini, dunia ini. Nama aku Farah, seseora...