Bab 7

992 35 2
                                    

————✨————

"Farah!"

Aku memalingkan muka bila terdengar namaku di panggil. Senyuman terus menghiasi muka bila melihat si pemanggil.

"Nadin," jawabku sambil tersenyum lebar, "kenapa?"

"Jom study sama-sama?" Nadin memaut lenganku sambil berjalan beriringan di sebelah.

"Kalau dah kena tarik macam ni boleh tolak ke?"

"Tak." Balas Nadin dengan senyuman manis dia.

"Tolong jangan senyum macam tu," aku menjuihkan bibir.

"Kenapa?"

Aku merapatkan mulut dengan telinga dia sebelum membisik, "Buat aku rasa macam nak kiss kau."

Nadin melepaskan pautan lengan dan dengan serta-merta satu pukulan hinggap di bahu aku.

"Gatal eh!"

Aku tergelak sambil menggosok bahu yang menjadi mangsa keganasan Nadin sebelum memegang tangannya.

"Tak boleh ke?"

"Tak."

"Tak?"

"T.A.K. Tak."

"Tak nak?" Tanya aku sambil mendekatkan muka ke Nadin.

"Ish gelilah!" Balas Nadin sambil menolak muka aku.

"Eleh nak tapi buat2 malu."

"Whatever. Awak dah makan?"

"Dah, tadi Azz belanja mee tomyam."

"Bagus."

Nadin menarik aku ke dalam bilik air. Pintu ditutup dan badannya dirapatkan ke aku. Merah pipi tak dapat disorokkan. Muka kitorang rapat gila!

Dia ni nak buat apa pulak ni. Getusku dalam hati.

Lirik mata Nadin turun daripada menatap mata aku kepada bibir. Nadin membasahkan bibir dia dan semakin merapatkan muka dia ke aku.

"Tunggu kejap eh, nak betulkan tudung."

What.

The.

Dia tersenyum sinis melihat aku berdiri terpaku.

Two can play this game Nadin.

"Dah lawa dah tu, awak nak betulkan apa lagi?"

"Tudung senget lah."

"Meh sini, tengok."

"Sengetkan?"

"Senget apa nya..." Dia ni, tudung senget pun lawa. "Saya tunggu dekat luar eh?"

"Kejaplah awak."

"Kenapa? Takut?"

"Aah," Nadin menjuihkan bibir dia.

"Kalau kita berdua macam ni yang awak patut takutkan," balas aku dengan nada nakal.

"Jangan macam2 eh."

"Awak yang start dulu Cik Nadin," aku tersenyum sambil memegang lengannya.

Perlahan2 aku tolak Nadin hingga belakang dia bertemu dinding.

"Awak nak buat apa ni."

"Tak buat apa2," aku beri senyuman paling charming kepada Nadin. Jarak diantara kami semakin rapat.

"Ya ke tak buat apa2?" Nadin menaikkan kening. Aku dapat rasa dia menarik badan aku sehingga bibir aku hanya beberapa centimetre sahaja dari bibirnya.

"Nak buat apa?"

Dari Mata (COMPLETED)Where stories live. Discover now