————✨————
"Nadin!" Ku panggil nama dia yang sentiasa berlegar2 di fikiran.
Dia yang dipanggil menoleh dan tersenyum kecil, "Hai," sapanya lembut.
"Saya ingat awak dah balik."
"Takkan lah saya nak balik tanpa jumpa awak."
Aku tersenyum kecil sebelum menarik badannya ke dalam dakapan ku dan memeluk lehernya erat. Dia membalas dengan melingkarkan tangan di pinggang ku. Kami berpelukan menghilang rasa sedih yang menerbit sebelum aku meleraikan pelukan.
"Kenapa tak reply text semua?"
"Saya nak surprise awak," balas Nadin sambil tergelak kecil.
"Macam mana kalau awak nak surprise tapi saya dah balik awal hah?"
"Then saya balas lah text awak," Nadin tersenyum sebelum mencubit pipi ku lembut.
Aku mencebik bibir sambil menaikkan mata ke atas sebelum menarik tangannya untuk duduk di kerusi batu kami. Kami termenung buat seketika memikirkan masa hadapan.
"Sekejap je kan dah habis sekolah, habis SPM. Rasa macam baru semalam saya bertentang mata dengan awak dekat kantin."
"Tu lah tu," balas Nadin sambil menyandarkan kepala dia ke bahu ku, "bila lagi kita dapat dekat macam ni?"
"Janganlah fikir. Sekarang kita enjoy moment ni je okay?"
Nadin menghela nafas panjang sebelum merapatkan lagi jarak antara kami.
"Kenapa?"
"Nanti rindu macam mana?"
"Kan boleh call."
"Hmmm."
"Hmm?"
"Awak nak masuk uni mana?"
"Bukan masatu dah cerita pasal ni ke?" Tanya aku sambil tersenyum kecil.
"Tapi, macam mana kalau kita jauh? Awak sanggup ke nak LDR?"
"Nadin Raiha." Aku panggil nama dia dengan nada tegas sambil menggenggam erat tangan dia. "Kalau kita jauh pun macam2 kita boleh buat, okay?"
"I'm not convinced."
"Kita cari jalan ya sayang."
Aku ketawa kecil melihat reaksi Nadin bila aku panggil dia sayang. Pipinya yang putih mula merona kemerahan dek malu dipanggil sayang. Dengan pantas tangan dia menolak bahuku membuatkan gelak tawaku lebih kuat. Aku menarik Nadin kedalam dakapanku lalu merehatkan kepalaku di bahu dia.
"Jauh macam mana pun kita, saya tetap sayang awak."
2 tahun kemudian.
"Hello?"
"Sayang? Dekat mana?"
YOU ARE READING
Dari Mata (COMPLETED)
RomanceKata orang dari mata turun ke hati. Pertama kali aku tatap mata dia, takkan jatuh terus ke hati? Tak mungkin ini jodoh kerana persamaan antara kami berdua terutama sekali menjadi halangan untuk kami di negara ini, dunia ini. Nama aku Farah, seseora...