BAB 8

1K 28 4
                                    

————✨————

Beberapa minggu sebelum SPM, aku dan Nadin duduk berduaan di meja batu yang dipenuhi buku latihan dan notes. Jam menunjukkan sudah pukul 5 petang dan aku melihat Nadin yang masih tekun menyelesaikan latihan Add Math. Niat nak minta dia ajar dah lama terkubur dek cair otak dengan nombor-nombor dan formula.

     "Tak nak study lagi ke?" Tanya Nadin tanpa memandang ke arahku.

     "Pening lah, kau tak pening ke?" Balas aku dengan muka monyok.

Nadin angkat muka seraya memandang aku, "alololo cian dia penat ya," pipi aku diusap lembut sebelum dicubit.

     "Penatlah," nada manja aku membuat Nadin tersenyum.

     "Kita stop sekarang okay," aku serta-merta menutup dan mengemas buku lepas Nadin cakap macam tu membuat dia tergelak, "amboii cakap nak stop terus bersemangat eh."

     "Eh, mestilah."

     "Cepat betul dah siap kemas."

     "Nadin, jom."

     "Pergi mana?"

     "Menari," balasku sambil mengeluarkan telefon bimbit dari beg dengan senyuman nakal.

     "Haaa kantoi bawak phone masuk sekolah eh."

Aku menarik tangan Nadin masuk ke kelas kosong yang berdekatan, "tak kantoi selagi tak kena tangkap."

Nadin hanya tersenyum melihat gelagat aku yang sibuk mencari lagu dari playlist untuk dimainkan. Aku memilih lagu YOUTH nyanyian Troye Sivan sebelum menguatkan lagu.

What if, what if we run away?
What if, what if we left today?
What if we said goodbye to safe and sound?

     "Jom," ajak aku sambil menghulur tangan ke Nadin.

     "Pergi mana?" Tanya Nadin sambil memberi tangannya pada aku.

     "Lari ke dunia kita," aku tersenyum lebar sebelum menarik Nadin rapat kepada aku.

 And what if, what if we're hard to find?
What if, what if we lost our minds?
What if we let them fall behind and they're never found?

     "Aku ada tengok video dance lagu ni."

     "Oh really?"

My youth, my youth is yours

     "Yes," balas aku sambil menarik tangan Nadin dan memusingkan badan dia tanpa melepaskan tangan kami.

     "Ni salah satu step ke? Nice."

     "My youth is yours," bisik aku sebelum menutup mata merapatkan muka aku ke Nadin dan aku kucup bibir dia.

Lembut. Hangat. Terasa bagaikan di rumah.

Bibir Nadin tersangatlah lembut. Aku rasa seperti mahu atau bila2 masa saja boleh terbang bila Nadin membalas ciuman jika tidak kerana tangan dia yang masih memegang tangan ku. Terasa hangat bila dia menarik lembut pinggang ku untuk merapatkan lagi badan kami.

Aku paut lengan ke leher Nadin. Nadin is a really good kisser, everyone. Aku lemah. Bagaikan role kami sudah berubah. Lutut aku terasa seperti jelly. Kucupan Nadin tersangatlah lembut hingga mampu membuat aku cair seperti ais yang diletakkan dibawah matahari.

Nadin menarik mukanya dan first kiss kami terhenti membuat aku tercari-cari bibirnya. Aku membuka mata dan melihat dia memandang aku dengan senyuman dan pandangan redupnya yang sekali lagi menambah rasa senang dalam dada. Aku merapatkan dahi kami.

Dari Mata (COMPLETED)Where stories live. Discover now