Bab 3

1.2K 34 1
                                    

————✨————

Lega.

Perasaan aku bila dah tamat peperiksaan PT3. Aku ingat lagi bila dapat keputusan, punyalah gembira ada banyak A dalam tangan. Tak sangka memandangkan aku memang jenis yang malas dan kurang baca buku.

Sekarang dah tingkatan 4, mula minggu orientasi untuk upper form. Ya Allah bahagianya bila mula sekolah, dapat jumpa kawan, jumpa dia. Hahaha. Takdelah sebulan mereput dekat rumah.

     "Saya panggil nama awak ikut kelas dan aliran yang awak akan ambil untuk form 4 dan form 5, terus bangun masuk barisan," kata cikgu yang uruskan orientasi haritu.

     "4 Bestari, Farah Izzati binti Naim."

Wait, what?

Apa ni?

Dengan terpinga-pinga aku melangkah masuk barisan kelas baru aku.

     "Kita punya subjek apa weh?"

     "Ada Seni, Sains Sukan, Sains, IT dengan subjek core."

     "Takde Physics, Bio semua ke?"

     "Takde, best gila weh."

Otak aku dah bercelaru. Aku dah target dapat aliran sains tulen dengan keputusan PT3 aku namun perasaan sedih, hampa sedaya upaya aku sorokkan daripada classmates baru.

Setengah jam kemudian cikgu lepaskan kami untuk pergi rehat. Aku tidak berganjak daripada tempat duduk mengenangkan aku tak dapat aliran sains tulen.

Nak taknak kena terima jugak kelas yang ditentukan.

     "Far tak rehat ke?" Tegur Dayah.

Aku hanya menggelengkan kepala, tersenyum sedikit.

     "Kau okay tak?"

Sebaik sahaja dia bertanyakan soalan tu air mata aku terus mengalir.

     "Weh Far kenapa? Kau okay tak?" Dayah mula mengusap belakang aku.

     "Aku okay."

     "Okay kau kata."

Sambil Dayah pujuk aku datang lagi berapa orang geng aku.

     "Kenapa, kenapa?"

     "Dia ni tiba2 menangis."

Bila dah reda sikit pilu di hati aku mula menceritakan sebab aku menangis kepada diorang.

     "Takpe weh, mungkin ada hikmah kenapa kau tak dapat."

     "Aku dah tekad dah nak study betul2, full attendance semua," tersedu-sedu aku menangis.

     "Takpe, nanti kau belajar betul2 tunjuk kat cikgu yg dia salah tak masukkan kau dekat teras lain."

     "Aku nak buat apa dengan seni semua tu?"

Tengah sedih2 tiba2 aku terdengar suara yang familiar di hati.

     "Korang buat apa?"

Allahu, jangan cakap kat dia aku menangis tadi.

     "Far ni ha, putus cinta," jawab Ani.

Biadap kau Ani, cinta pun aku tak dapat lagi.

     "Farah ada boyfriend?"

     "Dia ni boyfriend keliling pinggang."

     "Mana ada," balas aku sambil kesat air mata.

Kau suka hati je kan cakap aku ada boyfriend depan crush aku. Jelingan tajam aku beri kepada Dayah.

Dari Mata (COMPLETED)Where stories live. Discover now