KSC | bab 9

17K 395 8
                                    

Anis bangun dari tidurannya.. Dia melihat jam sudah menunjukkan jam 3 pagi. Dia mengambil wuduk dan menyarungkan telekungnya.

Anis menyembah tuhan yang maha esa dengan khusyuk.. Usai solat anis memohon keampunan dari Allah dan berdoa. Segala kesedihannya diluah kan pada Allah.

"Ya Allah. Ampunilah dosaku,dosa suamiku, dosa ibuku dan ayah serta dosa ibu mertua ku dan ayah mertuaku. panjangkan lah umur ibubapa hamba dan suami hamba." Sesak dadanya dengan kesedihan yang sudah sepanjang malam tadi ditahan.

"Berkatilah perkahwinan hamba Ya Allah. Hamba mohon kau lembutkan lahh hati suami hamba untuk menerima hamba. Jangan lah Engkau sesatkan suami hamba." Sambungnya air mata tak mampu ditahan. Teresak-esak dia menangis.

AMINYARABBAL ALAMIN.

Tanpa disedari airmata mengalir dengan lebatnya. Anis sedih bila teringat kejadian semalam. Benarkah umi dan abahnya menikahkanya kerana harta? Dia menggeleng pelahan mengusir fikiran negatifnya.

Pagi bermula seperti biasanya Anis memakai tudung dan menyediakan baju untuk adam. Lelaki itu keluar dengan bertuala dan memakai baju yang disediakan Anis.

"Pengantin baru dah nak bertolak!?" tegur kak Aira setelah melihat Anis dan Adam yang membawa beg untuk bertolak ke KL.

Adam mengukir senyuman paksa namun hati melonjak gembira.  Dia akan keluar dari kampung yang busuk dan panas ini. Anis hanya berdiam tanpa kata-kata hanltinya berat untuk meninggalkan Umi dan Abah

"Akak. Anis pergi dulu"Anis menyalam tangan kakak sepupunya itu. Aira tersenyum dan belaga pipi dengannya.

"Anis jangan lupa misi Anis.."sempat dia berbisik di ditelinga Anis. Anis mengukir senyuman manis kepada kakak sepupunya dan mengangguk.

"Anis. Abang tunggu dekat pondok. Sayang cepat sikit."Kata adam manja sedangkan dia ingin muntah dengan kata-katanya. Aira tersenyum mendengar kata-kata Adam.

"Okey abang! Love you! "Anis mengambil kesempatan mengusik suaminya..

"Akak umi mana!?"tanya nya kerana tidak melihat kelibat ibunya dari tadi.

"Anis.. Tangan kenapa?" Tanya Aira.  Anis segara menyembunyikannya. Tangannya lebam akibat cengkaman adam semalam.

"Err.. Semalam jatuh! Kat tandas. Abang adam pun tegur. Dia membebel sebab anis cuai" Anis menahan air matanya dari gugur. Dia telah menipu kakak sepupunya.

"Ohh. tapi macam.." Tak sempat menghabiskan ayat anis mencela.

"Jatuh kak jangan risau sikit je. Umi mana?" Anis memintas kata-kata Aira.

"Hemm oke.. Umi kat pondok tu! Akak naik dulu nanti anak akak nangis!" Aira berlalu keatas. Hatinya tiba-tiba berasa pelik dengan lebam ditangan anis.

Anis menjenguk ke tingkap kelihatan ibunya duduk dipondok melihat ayahnya dan adam rancak berbual sementara menunggunya. Anis segera turun dan menyapa Uminya. Lebam ditangan sempat ditutup.

"Umi. "Sayu suaranya memanggil uminya.

"Anis.. Jaga diri baik-baik sayang, Umi dah tak boleh jaga kamu. Kamu dah jadi milik Adam."kata Uminya sambil memegang tangan anaknya. Anis meletakkan tangan kirinya kesebelah belakang bagi mengelak dari uminya.

"Anis minta umi maafkan dosa anis selama Anis tinggal kat sini." Katanya sayu mencium telapak tangan uminya.

Anis mengalir kan airmata kesedihan kerana dia tidak pernah berjauhan dengan uminya sebelum berkahwin dengan Adam adapun semasa Anis mengikuti lawatan secara percuma waktu sekolah rendah dahulu. Anis menangis dan merindui ibunya.

Kejamnya sebuah cinta [Complete ♡] Where stories live. Discover now