KSC | bab 10

18.3K 423 15
                                    

"Adam pelahan-lahan makan nanti tercekik kang. Kesian menantu mama nanti awal-awal dah balu" Usik Puan Sri marina. Adam terus memperlahan kan caranya makan. Anis hanha tersenyum melihat sang suami.

Dia ketawa kecil dengan kelakuan anaknya itu.. Dia juga amat merindui Anaknya kerana amat jarang balik kerumahnya meluangkan masa bersama-sama.

Sibuk dengan kerja di office lah, Meeting dengan clien lah. Pelbagai jugak alasan yang sering dilontarkan.

"Sedap sangat lah mummy. Adam tambah lagi ye? Hehe.." Anis masih lagi memerhati adam. Baginya Adam kelihatan comel dengan makanan yang penuh dimulutnya.

"Anis pandai masak? "Tanya ibu mertuanya..

"Pandai." Jawab Anis sambil matanya memerhati perangai suaminya yang sebenarnya seperti kanak-kanak.

Dia juga baru tahu sisi comel adam ini. Jikalau lelaki ini melayannya sebegini kemungkinan hidupnya akan bahagia. Tapi apa salah dia? Mungkin Adam mempunyai sebab tersendiri. Dia hanya boleh redha dengan takdir hidupnya.

"Anis! Mummy kat depan kamu bukan kat tepi kamu.. sayang mummy oi." kata puan sri marina mengusik Anis yang asyik memerhati Anaknya iaitu Adam.

"Maaf mummy!! Comel sangat abang ni."kata Anis sengaja membuat adegan manja depan mummy dan daddy adam dengan mengelap bibir yang kelihatan comot..

Menggeledak ketawa mereka melihat Adam yang seperti beruang tetapi Adam sedikit terkejut dengan tindakan Anis.. Perbuatan itu membuat dia hilang selera serta merta. Dengan selamba gadis kotor itu menyentuhnya..

"Kau tengok nanti perempuan kotor! Kau sentuh muka aku kan?"Getus hatinya sinis.

Semuanya telah selesai menikmati makanan tengah hari yang dimasak oleh Mummy Adam. Walaupun banyak pembantu dirumah tetapi puan sri marina suka memasak dan membantu pembantu-pembantunya di dapur.

Anis dan adam diminta untuk bermalam dirumah mummynya. Pada mulanya adam menolak kerana dia ingin menyeksa perempuan ini secukupnya. Namun melihat raut wajah mummynya adam akhirnya setuju.

"Mummy Adam nak mandi dulu." Kata adam lalu bangun dari kerusi untuk kebiliknya. Dia berpaling semula kearah mummynya.

"By the way, masakan mummy memang
terbaik. "Adam mengenyitkan matanya kepada mummynya.

Anis hanya melihat suaminya berlalu pergi tanpa mengendahkannnya. Dia juga terasa tetapi perasaan itu segera disingkirkan agar tidak bersangka buruk pada suaminya. Adam memerhati wajah isterinya yang gembira.

"its okay, Kau happy-happy dulu Anis nanti kat rumah aku senyuman pada bibir kau akan hilang sebab aku akan buat kau menderita." Sinis kata-katanya itu.

Adam melanjutkan mendaki tangga lalu membuka tombol pintu biliknya. Dia menghirup wangian disitu. Lavendar!

Dia begitu merindui biliknya dulu dia sering tidur, baca buku dan bergurau bersama mummynya dibilik ini tetapi sekarang dia semakin dewasa dan telah bekerjaya dia tidak mempunyai masa kerumah mummynya ini.

Tiba-tiba iphone 7 nya berbunyi tanda ada seseorang menghantat mesej nya. Dia melihat mesej dari tasya, lisya, khaterine dan perempuan lain yang baginya hanya sebuah permainan

Dia mengeluh pelahan lalu membuang kesemua mesej itu tanpa dibalas. Dia tidak ada mood untuk melayan gadis-gadis atau 'Alat' melepaskan bosan itu.

Sementara didapaur Anis sibuk menolong makjah membasuh pinggan. Apron yang berwarna merah elok dipakai oleh Anis. Tudung shawl biru itu masih elok tersarung di kepala.

"Anis.. Tak payah kemas biar mak jah yang kemas nanti Adam marah nmpak Anis kemas-kemas ni.. Ini kerja mak jah. " Kata wanita yang berumur sekitar 70-an itu.

Dia adalah pembantu dirumah Adam yang telah bekerja selama 5 tahun disitu. Mak jah segan dengan Anis yang merupakan menantu kesayangan Puan Sri marina.

"Takpe lah mak jah. Tak penat pun sikit je ni lagipun Anis bosan tak buat apa-apa sekarang. masa dekat rumah, Anis selalu buat kerja ni jadi Anis dah terbiasa dengan semua ini oke?" Anis mengukir senyuman yang manis sehingga menampakkan lesung pipitnya.

Lega hati mak jah mendengar kata-kata gadis itu. Dia tidak perlu risau dengan makan, minum, pakaian Tuan muda nya itu.

"Beruntung Adam dapat kamu. Anis Rajin buat kemas rumah, Hormat orang tua dan pandai masak pulak tu! "mak jah memuji anis..

"Takde lah mak jah. Segan Anis mak kah puji lebih-lebih. lagipun ni sikit je." Anis hanya tersipu-sipu malu dengan mak jah walaupun mereka baru berjumpa tetapi mereka telah akrab.

Selesai menolong didapur, Anis duduk disofa dengan ibu mertuanya.  Mereka rancak berbincang tentang adam tanpa menyadari azan asar telah berkumandang.

Anis meminta diri kepada mummynya untuk naik keatas untuk mandi dan solat. Anis memulas tombol bilik adam pelahan-lahan. Dia melihat adam tidur tetapi belum mandi. Berkerut dahi Anis memandangnya.

"Tadi bagitahu mummy nak mandi lah bagai. Ni tak mandi lagi! Haih Encik suami aku ni. kalau macam tu biar aku mandi dulu lah." Anis mencapai tuala dan masik ke tandas untuk membersih kan badannya yang melekit.

Adam tersadar dari tidurannya apabila mendengari telefonnya berdering berkali-kali. Adam ingin menyambut didalam biliknya tetapi dia terdengar ada bunyi percikkan air.

Dia tahu isterinya sedang mandi. Dia tersenyum sinis tidak sabar ingin menyeksa perempuan itu lalu dikeluar sekejap menyambut telefon yang masih berdering itu.

Beberapa minit kemudian...

Anis keluar dengan bertuala paras peha dia lupa ingin mengambil bajunya. Tergesa-gesa sangat mendi tadi. Dia melihat suaminya tiada dikatil. Dia tersenyum sendiri. Line clear!

Dia terjongket-jongket seperti pencuri lalu mengambil beg bajunya didalam almari. Sedang dia memilih baju yang ingin dipakainya untuk menggoda Encik suami.

Adam masuk kedalam dan melihat Anis yang berkedaan begitu. Air liur ditelan. Jujur dia tergoda tapi dia egonya sehinggakan dia perlu menahan nafsunya. Dia melihat peha gebu anis.

Anis merasakan kali ini dia berjaya. Dia segera menghampiri adam lalu mengucup bibir adam. Adam ingin menolak tetapi dia tidak mampu bertahan dengan tangan Anis yang merayap dibahagian belakang badannya. Dia segera membalas ciuman Anis dengan rakus.

Adam hanyut dengan perbuatannya sendiri. Anis hampir tidak boleh bernafas segera melepaskan ciuman itu secara lembut. Dia membuka butang baju Adam dengan menggoda tetapi Adam menggenggam tangannya.

" Kau tak mampu goda aku! Perempuan murah!" Tangan anis direntap kasar oleh Adam. segera lelaki itu keluar dari bilik itu.

Dia meraup mukanya berapa kali-kali. Dia gagal mengawal nafsu dan terjebak dalam permainan gadis naif itu. Bercium sahaja tidak pandai lagikan hendak menggodanya. Semakin lebar senyuman Adam.

Anis terkejut dengan kata-kata Adam tetapi dia ikhlas kerana di merasakan suaminya belum bersedia walaupun kata-kata tadi itu pahit tetap jugak ditelan.






Tak jadi lahhh.. Hahahaah sabar tau korang part tu nanti Author buat special. Special sangat-sangat.
typo abaikan
Vote and komen😘
Update seterusnya 500+ Vote


- Bring your love, Princess -

Kejamnya sebuah cinta [Complete ♡] Where stories live. Discover now