Dalam kereta..
"Kau buat apa salam makcik kat kedai tu buat malu aku je!" kata adam kepada anis..
"Saya hormat dia sebagai orang yang tua dari saya.. Umi kata kita kena hormat orang yang lebih tua dari kita.." Anis sentiasa mengingati pesan mak dan ayahnya. Adam tersenyum sinis dengan kata-kata gadis itu. Belagak naif!
"Suka hati kau! Lagisatu, Kau tak payah nak membebel pula. Aku tak suka!" Kata adam kasar. Anis terdiam.
"Awak ni kasar sangat lah dengan saya. Kenapa awak tak suka saya membebel? Saya membebel untuk kebaikan bukan kejahatan pun.." Katanya penuh yakin dan senyuman diwajah.
"Stop!!! Kau ni membebel je aku tampar
kang!!" Bentak adam kasar.Terdiam Anis kerana terkejut dengan kata-kata adam irfan. Dia tidak pernah melihat adam berkata dengannya sekasar ini.
'Kenapa awak sekasar dengan saya adam? tak boleh ke layan elok-elok' anis agak terkesan dengan kata-kata adam.
"Aku hantar kau kat rumah je. Aku sibuk kerja. Takde masa nak ajak kau jalan-jalan" Adam masih fokus memandu. Macam biasa takde senyuman.
"Maaf susahkan awak!" ujar anis cuba menutup sebak.
"memang kau menyusahkan!! " Suara adam tiba-tiba menjadi tinggi. Anis mengalihkan mata ke arah tingkap. Mahu sahaja dia menangis namun ditahan. dasar lelaki yanpa perasaan!
"Assalammualaikum umi! " Anis membagi salam lalu masuk biliknya. Hati terasa seperti disiat-siat mendengar kata-kata dari Adam tadi.
"Sampai hati awak .. Saya salam makcik tu pon awak cakap buat malu je.." Anis menangis lalu duduk bersila dan menyekat airmatanya..
"Hemmm! Aku tak bolehh nangis! Aku ada misi! Aku akan goda dia! " Katanya dengan tersenyum semula. Senyuman yang penuh makna.
Telefon bimbit dicapai dia membuka google dan menaip " Cara menggoda suami" Dia tersenyum penuh makna pelbagai maklumat yang dia dapat.
Malam pun menjelma. Tiba makan malam bersama umi dan abah. Anis sebok mengambil lauk dengan wajah tersenyum. Abah hanya menggeleng dengan Anis yang bertudung sarung dihadapan mereka.
"Anis tadi pagi dengan adam okey?.." Tanya Uminya ketika mereka didapur.
"Oke je tak de apa-apa masalahh lagi pun lima hari lagi Anis dah jadi isteri abang adam." kata lalu tersenyum bahagia.
Jikalau uminya tahu mengenai perangai sebenar bakal menantunya mungkin dia akan menghalang pernikahan ini. Namun perlu dilanjutkan supaya dia dapat menjalankan misinya.
"Bagus lahh.. Ibu nasihatkan klau jadi isteri kena patuh arahan suami nnt kamu akan tinggal dengan adam dekat KL.. Jaga diri kamu baik-baik, Jaga makan, minum, pakaian suami juga
tau??" Ujar Uminya.Anis tersenyum dan mengangguk. makanan risuap pelahan kedalam mulut. umi memang penyayang orang dan seorang yang suka memberinya nasihat sejak kecil.
Nasihat yang tak pernah hilang di ingatannya. Sang umi memang prihatin. Entah mengapa hatinya tiba-tiba berasa sebak. Kejap lagi dia akan berpisah dengan uminya.
"Lagi satu! Jangan sesekali tengking suami klau suami tertengking mungkin sebab penat okey? Solat pon kena jaga. Perempuan ada tiga benda yang insyaAllah terpilih masuk syurga iaitu solat kena jaga Aurat, Taat pada suami, Taat pada Allah faham?" sambung uminya lembut kerana risau Anis akan melupakan nasihatnya.
Anis amat menghargai setiap bait kata ibunya. makanan telah habis. Dia mencuci tangannya dan memluk umi dari belakang berserta abah. Dia memeluk tubuh uminya yang sudah hampir lanjut usia. Uminya tersenyum bahagia.
" Oke! Umi terima kasih bagi Anis nasihat yang cukup berguna kepada Anis." Katanya.
Dia menolong ibunya mencuci pinggan didapur. Uminya hanya memerhati gelagat anaknya itu. Jujur dia bahagia akhirnya anis dapat mengecapi kebahagiaan dengan pilihan darinya sendiri.
Dia merasa berat melepaskan gadis polos dan naif seperti Anis. entah mengapa kadang dia juga tidak berasa sedap hati melepaskan anak gadisnya itu.
'Lindungi anak hamba Ya Allah' Doa ibu anis didalam hati. Dia melihat senyuman anaknya itu seperti semakin malap. Adakah benar keputusannya?
Adakah takdir yang ditentukan oleh ilahi menjadikan Anis bahagia? Apa mungkin hanyalah sementara? Gadis tercinta dalam hidupnya dan suaminya bakal menjadi isteri dan ibu kepada bakal anak-anaknya itu nanti.
Guys tolong lahh vote❤❤
And komen apa yang salah okeyy😂😂-Bring your love, Princess -
YOU ARE READING
Kejamnya sebuah cinta [Complete ♡]
Romance[ Novel First Romance Princess™] Anis suraya - abang..."Panggilanya lembut. Anis menolak tubuh adam jatuh ke katil lalu menindih badan Adam. Lelaki itu tersenyum sinis dengan perbuatan 'isteri tak diiktiraf itu.' tengku adam irfan - kau fikir aku t...