Hari pernikahan.
Tengku adam irfan dah bersedia?? "Adam mengangguk lalu apabila ditanya olehh tok kadi..
Adam irfan bin tan sri khalif, aku nikahkan dikau dengan Anis suraya binti muhammad jaafar dengan mas kahwin tiga ribu ringgit tunai...
Aku terima nikahnya, Anis suraya binti muhammad jaafar dengan mas kahwin tiga ribu ringgit tunai..
"Sah? Sah! Sah! Alhamdulillah." Tok kadi membaca doa dan semua tetamu mengaminkannya.
Anis mengalirkan airmata kegembiraan
dia tidak menyangka harini dia sah bergelar isteri kepada Tengku Adam Irfan.. Anis segera memeluk ibunya."Umi, halalkan makan minum Anis selama Anis menjadi Anak ibu." kata Anis penuh sebak..
"Umi dah lama halalkan sayang.. Ingat pesan Umi..jangan melawan cakap suami.." Jawab puan kastura. Airmatanya tak mampu ditahan mengalir.
Lalu Anis memeluk ibu mertuanya "Anis mama happy Kamu dah jadi menantu mama.. Mama harap kamu dapat jaga adam dengan baik.
Okey?" Anis mengangguk sekali lagi mengalirkan airmatanya. Hatinya sebak melihat umi dan abahnya.Adam menghampiri Anis dan menyarung kan cincin berlian kepada Anis lalu mencium dahi Anis secara terpaksa. Anis menyalam tangan suaminya itu dengan lembut. Adam sudah menyampah.
"Jangan terlampau gembira anis. Kau tak rasa kehidupan dengan aku. Aku bukan yang macam kau sangkakan" Bisiknya, sempat menghadiahkan senyuman sinis.
Anis tidak mengendahkan kata-kata adam. Dia perlu menghormati adam kerana adam merupakan suaminya sekarang.
Anis kelihatan anggun dimalam persandingan mereka. Mengenakan baju songket. ramai tetamu yang memujinya. Adam hanya bisukan mata kerana tidak suka mendengar pujian pada gadis kampung itu.
Adam membetulkan jam tanganya. Dia begitu segak dan kacak di malam persandingan mereka.
Hatinya meronta ingin melarikan diri tapi demi menjaga aib keluarganya dia menerima dengan terpaksa dan harta warisan yang bakal menjadi miliknya niatnya terbatal.
"Adam? " adam ditegur oleh daddynya.
"Ye,daddy?.. " jawabnya.
"Daddy nak pesan ni.. Adam jaga lah Anis baik-baik.. Papa tak suka Anak papa perlakukan isterinya sesuka hati. Daddy harap Adam hargai Anis okey?." Tutur daddynya pelahan dan menyentuh bahu anak bujangnya.
Dia tahu Adam juga tidak setuju dengan pernikahan ini namun ini adalah niat terakhir arwah datuk adam yang berkenan dengan anak tok jaafar iaitu Anis.
Adam mengangguk tetapi sebenarnya dia amat membenci wanita yang bernama Anis kerana Anak orang miskin berbanding dengan dirinya yang kaya-raya.
"Let's play this game Anis suraya" Getus hatinya sinis.
"Sayang.. Buat apa dekat sini?" Adam sengaja mahu berlakon dohadapan mummynya.
"Saya tengah borak dengan umi dan Auntie. Awak taknak join?" Anis menyambung lakonan Adam. Lelaki itu tersenyum nakal.
"Takpelah nak borak nanti kat bilik dengan sayang. Tak sabar" Ujar Adam sambil mengelus pipi Anis.
"Amboi anak mummy tak sabar dah. Anis mummy dah cakap tadi panggil mummy bukan auntie! Haih!" Anis tersenyum malu dengan teguran itu.
Tetamu ramai yang datangan dan mengucapkan tahniah kepada Anis dan Adam. Majlis kecil-kecilan dan agak sederhana ini masih banyak yang hadir. Hampir berpuluh-puluh.
Anis sedang berborak dengan rakan sekolah rendahnya yang juga hadir memeriahkan majlis. semuanya gembira melihat Anis.
"Aku fikir kau akan kahwin ngan Adrian. Korang kan selalu gaduh dulu. Haish!" Ujar mira mengusik.
"Haah weh!" Jamilah pulak setuju.
Mereka bertiga masih rancak berborak. Adam yang duduk tadi menghampiri anis dan merangkul pinggang isterinya yang baru sah tadi. Mira yang melihat teruja. Anis terkejut.
"Apa awak n..nak?" Tanya Anis pelahan.
"Aku nak kau.." Bisiknya dengan suara serak basah. Anis menelan Air liurnya.
"Eh.. Korang berdua tak makan? " Adam pura-pura ceria. Anis menenangkan diri nya terpukau dengan kata-kata Adam.
"Kami nak makanlah ni. Bye!" Mira menarik lengan jamilah dan berlalu ke meja makan.
"Kau jangan bahagia sangat Anis suraya. Hidup kau untuk aku.. Jadi kau kena ikut semua aku cakap. Faham?!" Keras ugutan Adam. Anis hanya mengangguk menurut kerana dia isteri. Anis juga tahu adam tidak menyukainya.
Okey baca lahh bab seterusnya
Vote and komen guys😻🤣🤣🤣
Typo abaikan.
-Bring your love, Princess-
YOU ARE READING
Kejamnya sebuah cinta [Complete ♡]
Romance[ Novel First Romance Princess™] Anis suraya - abang..."Panggilanya lembut. Anis menolak tubuh adam jatuh ke katil lalu menindih badan Adam. Lelaki itu tersenyum sinis dengan perbuatan 'isteri tak diiktiraf itu.' tengku adam irfan - kau fikir aku t...