2

1K 108 17
                                    

"Hana"panggil seorang wanita yang sudah berumur,tetapi masih lagi bergaya, yang duduk di hadapan ku.

Aku yang sedang sedap mengunyah terus memandang wanita di hadapan ini.

"Nae omma? Waeyo? "Tanya ku bersama muka tanda tanya.

Pelik juga aku,tak pernah pula omma nak ajak berbual apabila sedang makan.

"Omma dan yang lain tak ada ni,jaga diri nae,kunci rumah setiap masa,kalau ada apa-apa terjadi,cepat-cepat telefon kami,sekarang ni banyak kes pecah rumah" tutur omma lembut membuatkan aku hanya mengangguk kepala.

Masuk ini sudah ke-20 kali aku mendengar,mana taknya,omma sudah mengulang ayat ini dari petang semalam hingga ke harini.

Nampak sangat wajah tua itu risau akan keadaan ku.

Mungkin aku seorang sahaja anak perempuannya,disebabkan itulah lah dia mungkin sedikit risau.

"Nae omma ku sayang,omma dah bagitau dah pun semalam,hana ingat pesan omma,lagipun macam tak biasa,sebelum ni pun hana dah biasa duduk rumah sorang-sorang,apa susah kalau ada apa-apa terjadi hana call abang polis ya,mana tau tersangkut terus,boleh la jadi menantu omma"kata ku bernada sedikit bergurau.

Bukan apa,aku lihat wajah omma ku tersangat la risau.

Kenapa ni?.

Nak kata aku kena tinggal di rumah sorang-sorang.

Tu hal biasa.

Sebelum ini pun dah pernah berlaku.

Tu pun dua bulan omma dan appa pergi,akibat syarikat appa di Itali mengalami sedikit masalah.

Kali ni hendak ke Malaysia pula,tak lama mana pun,sebulan sahaja.

Sebulan pun.

Aku rasa macam setahun sahaja,nak aja aku ikut mereka,tetapi memandangkan hari ini sekolah.

Terpaksa la aku lepaskan mereka.

Kerana terpaksa ku relakan.

Nasib badan.

"Tak ada la..omma pesan ni sebab kamu kan asyik lupa"kata omma ku selamba membuatkan aku tersengih sahaja.

Bukan apa,aku tahu omma sengaja berkata begitu.

Mana taknya,riak wajahnya sahaja aku dapat mengagak yang omma ku risau akan keadaan ku.

Nak ubah topik lerr tuu.

"Nanti duduk rumah ni,jangan nak menggatal nak pergi dating,kalau oppa tahu siap la saeng"ugut oppa ku dan aku hanya menjelirkan lidah.

Wuuu takutnya.

Macam la aku ada namjachingu kat sekolah tu.

"Alaaa kalau tak dating,mereput la saeng"renggek ku sengaja.

Tak semena-menanya kepala ku diluku oleh oppa ku.

"Hidup jangan menggatal,belajar pun belum habis lagi" bebel oppa ku lagak seperti makcik-makcik bawang yang berada di pasar pagi.

🔫Me and the ZOMBIE🔫 [OG]Where stories live. Discover now