28

264 30 6
                                    

"Korang yakin ke misi ni berjaya?" soal Jhope dengan dahi yang sudah berpeluh.

Basah dahinya kerana peluh yang tidak henti mengalir.

Dah macam air hujan dah rasa.

"Shhhhh!! Jangan bising...nanti dia dengar"bisik Jimin dengan wajah yang berkerut.

Dari tadi dia perhati,Jhope tak berhenti bertanya soalan yang sama.

Nak saja dia salotep mulut Jhope ni.

"Tu la hyung...kook kata jangan ikut,hyung nak ikut juga" bebel Jungkook perlahan.

Kepala digeleng melihat sikap hyung nya yang satu ini.

Dalam takut,nak juga ikut.

Haihh..

"Mesti la hyung nak ikut,nama hyung Jhope... Hope maksudnya harapan...hyung la harapan dunia" ucap Jhope bersama wajah yang yakin.

Tak lama lepastu,mukanya kembali resah apabila terdengar bunyi tin bagaikan disepak.

Hah!! Apa tu!!.

"Korangg...korang...dia datang" kata Jhope terketar-ketar membuatkan Jungkook dan Jimin menepuk perlahan dahi mereka.

Yoongi yang melihat hanya mengelengkan kepala.

Ada-ada saja Jhope ni.

"Sekarang apa?" balas Yoongi sambil memerhati satu susuk tubuh zombie di hadapan nya.

Kalau diperhati betul-betul,zombie tersebut seakan mencari makanan.

"Dia sorang je kan?" soal Jungkook sambil menoleh kiri dan kanan.

Memerhati jikalau ada yang lain.

Namun kosong,hanya ada zombie itu seorang diri.

Ini lah peluangnya.

"Kook yakin ke nak culik dia? Tengok gaya macam kuat semacam je" ucap Jimin dengan muka berkerut.

"Yakin mesti boleh!" ucap Jungkook bersemangat.

Korang mesti pelik kan,apa yang diorang tengah buat.

Yoongi,Jungkook,Jimin dan Jhope ditugaskan untuk menculik seorang zombie untuk diberikan penawar yang telah diciptakan oleh Jin dan Rapmon.

Jadi misi mereka ialah memberi penawar tu kepada zombie yang sudah kritikal.

Manakala yang lain yang tidak terlibat,hanya duduk di dalam makmal.

Tidak perlu keluar semua,takut akan timbul masalah.

"Sedia?" ucap Yoongi dan yang lain mengangguk dengan yakin.

"Serang!!" jerit Jungkook lalu mereka berlari ke arah zombie itu dengan kelajuan pantas.

"Arghh!! ambik kau!!" sambil menjerit ketakutan,Jhope berlari lalu menekup muka zombie itu dengan gudi yang dipegangnya.

Tugas Jungkook pula ialah menumbuk zombie itu,manakala Jimin pula sibuk mengikat zombie itu dengan besi yang dibawa dari tadi.

Sedar atau tidak...

Hanya Yoongi yang ketinggalan di belakang.

"Korang..tunggu" ucap Yoongi sambil berlari dengan gaya slow motion,tangan kanan diangkat seakan cuba mencapai kelibat kawannya.

Alahaii.. Lari macam ni,sampai esok tidak sampai.

"Dah selesai" ucap Jimin bangga.

"Grrr jsjskskkss grrr!!!" mengelupur zombie itu cuba melepaskan diri.

Jhope yang melihat sudah terundur ke belakang,disorok tubuhnya di belakang Yoongi yang baru sampai.

"Ganas gila zombie ni"ucap Jhope perlahan.

"Dah hyung...palli angkat dia... Sebelum yang lain muncul" kata Jungkook dan yang lain hanya menurut saja.

Tidak mahu mereka berlama di luar macam ni.

Buatnya zombie yang lain muncul,satu masalah pula nanti.

Lebih baik mereka cepat sebelum bahaya menghampiri.

Bukan boleh zombie-zombie tak guna ni.

Pantang dengar bunyi bising,mula la telinga tu macam tajam semacam.

Haihh... Pakai telinga jenama apa pun tak tahu.

Hebat betul.

Bila la keadaan nak kembali normal,penat betul hadap situasi macam ni.

Harap-harap...keadaan akan pulih tidak lama lagi.

Tidak sanggup hendak menghadapi situasi ini secara berterusan.

Silap hari.

Nyawa bakal melayang.





Tbc..

Ha! Baca baca juga,jngn nk merayap keluar rumah,sempena corona ni..

Kang jadi zombie author tak tahu..

🔫Me and the ZOMBIE🔫 [OG]Where stories live. Discover now