11

566 66 9
                                    

"Kat mana kedai runcit eh?"gumam jimin sambil mencari bangunan yang seakan menjual makanan ringan.

"Bukan selalu ke kita datang sini? Apahal kedai tu tiba-tiba ghaib ni? Magic!" Sampuk jhope pula.

Kening yang tiba-tiba gatal,digaru dengan jari kelingking.

"Magic shop!! So show me! I show you!" Nyanyi jungkook sambil menari di tengah jalan yang kosong itu.

Mentang-mentang tiada zombie,ha mula la tu nak buat perangai.

"Dashi run run run!" Kini giliran jimin pula menari di tengah jalan,sambil itu diselak sedikit jaketnya menampakkan singlet hitam yang berada di sebalik jaket.

Jhope hanya tergelak mengekek di situ,entah apa yang merasuk dua ekor di hadapannya pun dia tak tahu.

Tiba-tiba sahaja menari dan menyanyi.

"Yak jhope? Giliran kau!" Ucap jimin sambil tergelak.

Kini giliran jhope pula beraksi.

"1! 2! 3!! WAITING FOR YOU ANPANMAN~ WAITING FOR YOU ANPANMANNNNNN~~" nyanyi jhope sambil membuat gaya seperti ingin terbang.

Yang lain sudah tergelak terhibur,mana taknya..

Semasa jhope ke sana dan ke sini,secara tak sengajanya kakinya terpijak batu yang ada di hadapannya.

Itu membuatkan jhope hampir terjatuh mencium jalan tar.

Kalau la jhope jatuh.

Perhh!! Jalan tar dapat ciuman dari jhope.

Percuma pula tu.

"Suga hyung! Palli join" ajak jungkook bersama sengihan di bibir.

Suga berfikir seketika.

"Aha!! YOU GOT THE BEST OF ME! TENG TENG TENG TENG TENG TENG" nyanyi suga membuatkan yang lain sudah tergelak terhibur.

Mana taknya suga yang sesuai menjadi raper tiba-tiba menjadi vokal.

Sudah la menjadi vokal,dia bagi highnote pula.

Haih~ nampaknya mereka tahu lagu kumpulan idol namja yang terkenal itu.

"Hyung!! Sana!" Kata jungkook menunjukkan ke arah satu kedai runcit yang sudah cacat kelihatan.

Dengan lampu tercabut,dinding kaca pecah,di dalam kedai?.

Usah dikata,berselerak.

"Wuuuuuhuuu ramyeon!! Wait for me! "Ucap jimin teruja,terus sahaja kakinya berlari menuju ke kedai.




°•○●♥°•○●♥°•○●•°



"Sunbae! Saya lapar la! Jom la pergi makan!" Kata ku mengajak taehyung mencari makan,tetapi taehyung hanya membuat tidak tahu.

"Sunbaeeeeeee~"renggekku pula sambil menghentak kaki.

Perutnya sudah berbunyi tanda minta diisi,tetapi taehyung aku lihat seakan tidak peduli.

Haih~~ sat gi ada yang jadi canibal.

Makan zombie ni kut.

"KALAU SUNBAE TAK NAK!! SAYA CARI SENDIRI LA!!! HISH!! SERUPA CAKAP DENGAN TIANG!! DAH LA PEKAK!! BADAK PULAK TU!! TAGUNA!!" Bentak ku kuat,di dalam kata-kata ku terdapat beberapa ayat mengata.

Taehyung yang mendengar,hanya mengelengkan kepala.

Mulut becok hana itu membuatkan dia terasa ingin membuat sesuatu.

🔫Me and the ZOMBIE🔫 [OG]Where stories live. Discover now