6

807 91 11
                                    

Aku memandang si dia yang masih lagi leka ke hulur dan ke hilir.

Peluang ini ku harus ambil dengan sebaik-baiknya.

Mata ku dari tadi lagi memerhati si dia,apabila sudah mendapat peluang.

Pantas sahaja aku berlari dari situ dalam keadaan diam-diam.

Sambil aku berlari,sambil aku menoleh ke belakang.

Cantik!! Dia sudah tiada!.

Hatiku mula melonjak gembira,tetapi sesaat kemudian,muka ku kembali pucat.

Wa..wait a minute!!

Mana zombie tu!!???

Belum sempat aku berfikir ke mana zombie itu berada,dahi ku sudah terhantuk tiang di hadapan.

"Aduhhh!! Mak ko hijo!! Sakit la!" Runggut ku kasar,sambil mengosok dahi.

Dan aku tersedar sesuatu,ni bukan tiang,tapi ini.

Dada bidang manusia ni.

Gulp!!.

Air liur yang ditelan,bagaikan terasa pasir yang mengalir.

Sangat susah untuk turun ke tekuk.

Perlahan-lahan aku mendonggak kepala melihat muka.

Dan tak ku sangka,zombie di hadapan ku ini,adalah zombie tadi.

Maigadd!! Laju benor dia lari.

Tup tup depan mata dah.

Dia merenung muka ku dengan tajam sekali,seakan ingin membaham diriku.

Aku mula cuak melihat dirinya,kaki ku undur perlahan ke belakang,namun belum sempat aku bertindak lebih.

Tangan ku sudah ditarik ke arahnya dengan kasar.

Sakit di pergelangan tangan, tak ku hiraukan,badanku mula meronta sekuat hati.

Namun tidak memberi kesan kepadanya.

Ya Tuhan.

Makan apa ni?.

Besi kut.

Walaupun aku masih meronta minta dilepaskan,dia merenung mataku seakan memberi amaran supaya aku berkelakuan baik.

Namun aku abaikan sahaja amaran itu,lantas meronta dengan lebih kuat.

Mukanya mula berurat berwarna ungu membuatkan rontaan ku berhenti.

Pantas badan ku diangkat lalu diletakkan di atas bahunya,seperti orang mengangkat guni di atas bahu.

Aku mula terkejut,hendak meronta aku takut.

Kerana wajahnya sudah berubah merah.

Aku ingatkan tadi,dia nak baling aku ke dinding,rupanya salah.

Dia mendukung ku secara begini.

Terdetik di hatiku,dia ni.

Zombie yang baik ka?.

Tak mungkin.

Sebab dia,aku melihat di hadapan mata ku sendiri,dia meratah daging ajushi.

Di depan badan ku sendiri,aku melihat dia mematah-patahkan tulang ajushi.

Tak kan la dia nak biar manusia seperti aku hidup bebas?.

Memang menjadi makanan dia la kan.

Tiba-tiba..

Hati aku mula dilanda rasa takut.









°•○●♥°•○●♥°•○●°







🔫Me and the ZOMBIE🔫 [OG]Where stories live. Discover now