18

429 41 5
                                    

JIMIN POV

Aku bercakung sambil menutup muka dengan kedua tangan ku.

Menahan air mata dari mengalir keluar.

Manakala telinga mendengar jeritan dari sang zombie.

Ketakutan yang aku alami sangat teruk,membuatkan kaki ku mengeletar tidak mampu bergerak.

Belum sempat aku relakan diri dari di makan.

Kini aku merasa badan ku seperti didukung.

Eh??.

"Tae?" Panggil ku dengan nada teruja bercampur resah.

Teruja di mana Taehyung masih menolong ku,walaupun ingatannya tentang aku tiada.

Resah pula ialah di belakang kami,zombie semakin hampir.

Berjaya ka Taehyung nak lepaskan diri dari semua zombie ni?.

Ouh yaa Taehyung mendukung ku dengan gaya Bridal style.

Manakala aku memeluk lehernya agar tidak terjatuh.

Kuat juga.

Selalunya Jungkook yang angkat macam ni,sekarang ni Taehyung pula.

"WARGHHHH TAE!!!! BELAKANG KITA!!" Aku sudah menjerit kuat,apabila melihat semakin banyak yang mengejar kami.

Gila laju.

Makan siput turbo tu ke?.

Tak sedar yang Taehyung sudah berlari selaju yang mungkin.

Dan kini kami berdua bersama dengan yang lain.

Di mana,masing-masing sudah terbaring kepenatan.

Blur kejap aku.

Rasanya tadi aku tengok ada zombie kan?.

Dah selamat ka?.

"K-korang?" Ucapku dengan nada tak percaya.

Ha! Memang aku tak percaya.

Aku?.

Hidup lagi?.

*****

"Korang?" Panggil Jimin membuatkan aku menoleh memandang ke arah Jimin yang kelihatan separuh takut dan lega.

Aku menarik nafas lega.

Tak sangka yang Taehyung sunbae,mampu lari sepantas itu.

Terkedu aku tengok,apabila Taehyung sunbae sudah ada dikalangan kami.

"Sunbae ok?" Tanya ku bersama nafas yang tidak teratur.

Hampir gugur jantung apabila dikejar oleh zombie secara beramai-ramai.

Aku ingat dah tamat riwayat dah.

Nasib la Yoongi Sunbae jumpa tempat hendak menyorok.

Jadi kami terlepas dari pandangan zombie.

"Y-ya ok...Taehyung yang selamatkan"jawab Jimin dengan muka separuh lega.

"Gomawo~chingu!"badan Taehyung dipeluk erat oleh Jimin.

Manakala Taehyung menayangkan wajah dinginya.

Aduh!.

Muka,cuba la sengih sikit.

Dingin benor.

"Sekarang nak buat apa?" Soal Jungkook dan yang lain hanya mendiamkan diri.

"Cari tempat perlindungan sampai dapat?" Jawab Jimin dan yang lain mendiamkan diri.

Tak tahu nak jawab apa,setelah baru bertarung nyawa di luar,hampir-hampir menjadi makanan yang lazat di hadapan mata zombie.

"Aku rasa kawasan ni ada pusat beli belah,kita berehat di sana la,sini bahaya" kata Yoongi dan kami hanya mengangguk setuju.

Ada benarnya juga kami ke sana.

Kerana di sana,terdapat bekalan makanan.

Berbanding dengan tempat yang kami menyorok sekarang.

******

Sepanjang perjalanan,peluh di dahi mengalir dengan laju,mana tidak nya.

Pertama,takut akan kemunculan zombie.

Yang kedua,penat dengan perjalanan yang memakan masa hampir lima jam.

Dan sekarang waktu malam..

Fuh! Agak-agak...

Lemak berkurang tak?.

"Hyung~~~ kook lapar" merenggek renggek Jungkook di sebelah Yoongi.

"Kejap lagi la Jungkook,kita kat kedai kereta kan? Mana ada makanan dekat sini" ucap Yoongi dengan muka selambanya.

"Lambat lagi keee" kini Jimin pula bersuara.

Manakala Jhope hanya mengelengkan kepala.

"Memang la lambat,guna kaki kan" kata Jhope dengan mata yang dibuat menyampah.

Aku ketawa dalam diam,haihh macam budak budak.

"Dah sampai!!" tiba tiba sahaja Yoongi menjerit,membuatkan kami semua hampir meloncat ketakutan.

Haih! Boleh tak kalau nak jerit,bagi isyarat dulu?.

Sakit cik jantung.

"Hyung ni!!! Agak agak la nak jerit!! Takut tahu tak!" Jhope bersuara dengan muka pucat.

Manakala Jungkook dan Jimin berdiri keras di tempat mereka.

Taehyung hanya diam berdiri di sebelah ku.

Kadangkala aku terfikir jugak,agaknya Taehyung ni kuat juga ya,sebab mampu kawal nafsu dia dari gigit kepala kami berlima.

"Ermm...ermm...kenapa dia ada kat sini...kenapa" suara orang mengumam menarik perhatian ku.

Ku lihat Jungkook menunduk sambil mengumam sesuatu yang aku tidak faham.

Siapa yang Jungkook maksudkan?.

Kepala ku toleh memandang sekeliling,dan kini mata ku melihat sesuatu yang bergerak.

Dan benda bergerak itu,menuju ke arah kami berenam dalam keadaan merangkak.

"Ya tuhan! Apa ni!" Hampir mencarut aku dibuatnya.

Tanpa sengaja aku terpeluk tubuh Taehyung dengan erat sekali.

"Apa benda yang bergerak tu?" kini Yoongi pula bersuara dengan mata yang disepetkan.

Keadaan yang gelap,menyukarkan dia untuk melihat dengan jelas.

"K...korang....apa lagi yang datang" mengigil-gigil tubuh Jhope apabila terpandang benda itu.

Jimin pula usah dikata.

Pucat sudah wajahnya.

Tunggu nak pengsan ja.

"Grrr....uqarhhhhh grrrr" bunyi yang semakin dekat membuatkan kepala aku berpusing melihat sekeliling.

Ouh tidak..





BERSAMBUNG...

Sorry sngt ii sebb dh lama x update..

Typo abaikan...

🔫Me and the ZOMBIE🔫 [OG]Where stories live. Discover now