5

761 93 12
                                    

"WARGHHHHHHHHH"

"ARGHHHHH!!!!" Jerit si adik apabila dirinya digigit oleh zombie.

"YUNJUNG!!!!" Jerit si kakak cuba menyelamatkan adiknya.

Namun malang sekali apabila dirinya turut digigit oleh zombie yang lain.

Yang lain sudah mula berlari dari situ,menyelamatkan diri,termasuk aeron.

Aku yang ingin menolong kembar itu ditahan oleh sungjae.

"Lari hana!"kata sungjae lalu menarik aku supaya beredar dari situ.

Semasa berlari sempat aku menoleh ke belakang,aku melihat kembar itu sudah bertukar menjadi zombie dan mula mengejar langkah kami berdua.

Peluh dingin mula mengalir,fikiran ku sekarang lebih tertumpu ke arah keluarga ku.

Adakah mereka sudah bertolak ke Malaysia? Dari jangkaan ku keluarga ku sudah selamat menuju ke Malaysia.

Aku berharap sangat yang mereka tidak diserang seperti mana aku diserang sekarang.

PAP!!

Kini baru aku tersedar,aku keseorangan.

Tiada aeron,tiada sungjae.

Dan tiada orang lain.

Melainkan aku sendiri.

Aku mula panik,dan mula berlari mencari yang lain.

"Hah sudah!! Mana ni?!" Aku mula gelisah,air mata hampir gugur di tubir mata.

Perasaan takut yang tadinya tidak hilang,makin mencengkam di lubuk hati ku.

Kalau la aku tidak berangan tadi,mungkin perkara ini tidak akan berlaku.

Sedang aku berpusing-pusing mencari yang lain.

Badan aku ditolak kasar sehingga tubuh kecilku menghempap dinding.

Kesakitan mula terasa apabila secara mengejut aku ditolak ke dinding.

Belakang badan yang terasa pedih membuatkan aku menitik air mata.

Aku bangun dari baring perlahan-lahan lalu mengesot ke dinding.

Mata mula tertarah ke arah orang di hadapan ku.

"Ajushi.."panggilku sayu apabila ternampak ajushi di hadapan ku kini sudah bertukar menjadi zombie.

Mukanya yang pucat tidak berdarah,dan urat-urat penuh di wajahnya,matanya putih semua membuatkan ajushi itu nampak seperti orang lain.

Ajushi di hadapan mata ku ini adalah seorang tukang kebun sekolah,sangat rapat dengan ku sehinggakan aku dianggap anak ketiganya.

Dia mempunyai dua orang anak,semuanya sudah berjaya dan sibuk mencari rezeki.

Kini tinggal lah dia berdua bersama sang isteri.

"A-ajushi...ni hana...hana ajushi"kata ku sayu.

Namun tiada kesan ke atas ajushi itu,dirinya seakan tidak sedar dan semakin lama semakin menghampiri ku.

Belakang badan yang terasa perit membataskan lagi pergerakan ku.

Air mata mula mengalir,andai kata waktu ini adalah kematian ku.

Aku redha.

"Ajushi...ajushi dengar tak? Ini ha-" belum sempat aku menghabiskan kata-kata.

Leherku dicekik dengan sangat kuat membuatkan aku hilang udara.

Tubuhku mula terangkat sehingga tidak menjejak tanah.

"A-ajushiii...s-sedarlah!" Ucapku bersama nafas yang kian hilang,tangannya ku tampar laju.

🔫Me and the ZOMBIE🔫 [OG]Where stories live. Discover now