37

398 30 27
                                    

"Dah bersedia?" tanya Rapmon dengan nada tegas,lagak komander memberi arahan.

"Sudah!!" jawab yang lain dengan nada semangat,masing-masing sudah memegang pistol air yang berisi penawar yang sudah di isi dalam bekas pistol air tersebut.

"Korang yakin ke cara ni berkesan?" pucat lesi wajah Tao apabila menanyakan soalan itu.

Ditenung pistol air di tangannya dengan air liur diteguk laju,jantungnya pula sudah berdegup kencang.

Ya Tuhann.. Sesungguhnya jantungnya seakan ingin membunuh diri,tetapi kesannya tubuh badannya tersakiti.

"Bertenang.. Semuanya akan baik-baik" balas Jhope dengan mulut yang pucat,diukir senyuman pahit bagi menenangkan Tao.

Walaupun hatinya kini menjerit ketakutan.

"Nampaknya kita ada ahli baru... Ahli penakut" keluh Yoongi sambil mengeleng kepalanya.

Ingatkan Jhope sahaja yang penakut,rupanya Tao pun sama,mana tidaknya.

Jumpa lipas pun,keduanya menjerit macam test vokal,nasib la kediaman mereka tak diserang oleh zombie.

Kalau tidak,mungkin nyawa mereka sudah melayang.

"Jadi semua dah ada pistol masing-masing?" soal Jin dengan kening diangkat sebelah,di dahinya pula sudah diikat dengan kain hitam.

"Pahal hyung ikat tali hitam kat dahi?" berkerut dahi Jungkook melihat tingkah laku hyungnya.

"Ah! Ni?? Baru nampak macam rambo versi korea sikit,alaa kook kau jangan tanya la sebab apa" ucap Jin mengkibas-kibas tangannya menyuruh Jungkook diam.

Dan Jungkook mengulingkan matanya ke atas.

"Nak bertolak dah ka?" Jimin yang dari tadi berdiam diri,kini bersuara perlahan.

Dipandang pistol air di tangannya,mengikut rancangan asal,mereka ingin menyuntik zombie yang lain,namun bila memikirkan jumlah zombie terlalu banyak.

Maka dengan bernasnya Yoongi menyuruh mereka menggunakan pistol air.

Cara gunanya ialah tembak sahaja cecair tersebut ke dalam mulut zombie.

Entah menjadi entah tidak idea hyungnya itu.

"Ya! Kita bergerak sekarang" balas Jin bersemangat,disisinya pula sudah ada pistol air tambahan.

Senang kalau habis,tak payah kalut mengisi balik.

"Kajja!" jerit yang lain mengikuti langkah Jin yang sudah ke hadapan.

Aku yang baru ingin melangkah terhenti apabila tangan Taehyung melingkar di pinggang ku.

"Kenapa?" soalku dengan kening berkerut.

"Tak ada apa,rindu"balas Taehyung dengan suara yang berat membuatkan wajah ku berona merah.

"Yah!!"jeritku kecil menutup malu,wajah yang sudah membahang ku abaikan sahaja.

Taehyung ketawa kecil,bawah daguku dicuit perlahan.

"Malu ya? Hurm?"soalnya dengan wajah mengusik,diukir senyuman manis membuatkan hatiku terasa berdebar.

Ya Tuhan.. Kenapa kacak sangat ni?.

"Tengok tu.. Ada ulat bulu naik daunn" ucap Jimin perlahan,bahu Jungkook ditolak perlahan mengunakan bahunya.

"Romantiknyaa arghh!! I ship!!" terjerit kecil Tao dibuatnya,bahu Jhope ditampar perlahan bersama muka yang memerah.

Malu!.

"Apa yang romantik?" sampuk Yoongi dengan muka tak ada perasaan,diselit kepalanya diantara Jhope dan Tao membuatkan dua manusia itu terkejut sebentar.

"Aishh!! Lemah jantung aku macam ni"gumam Jhope perlahan,dadanya yang terasa berdebar-debar digosok perlahan.

"Mak kau Gula putih!"terhinjut bahu Tao ke atas dengan kehadiran mengejut Yoongi.

Siapa ja yang tak terkejut bila pandang ke kiri ada kepala yang muncul,dah macam hantu dah.

Nasib la dia tak tekan pistol air ni,kalau tidak Jungkook dan Jimin sudah mandi air penawar.

"Yah!! Korang buat apa lagi kat situ? Kim Taehyung!! Sudah-sudah Laaa! Buat aksi kencing manis! Kami semua ni single lagi tahu!" bebel Jin apabila melihat aksi Taehyung mengusik Hana.

"Perlihara la kesucian ku"bisik hati Jin apabila Taehyung sengaja mencium bibir Hana di depan Jin.

"Gwenchana Hyung.. Joon kan ada"sampuk Rapmon membuatkan Jin menoleh dengan kening berkerut.

"Apa maksud kau Joon?" ucap Jin perlahan,adakah dia salah dengar atau otaknya yang salah tafsir ayat?.

"Kalau hyung tak kisah.. Kita berdua bolehh ermm... Hiii ehek!" ucap Rapmon dengan nada gedik,kedua jari terlunjuknya berlaga antara satu sama lain (👉🏻👈🏻).

Manakala mukanya sudah memerah akibat malu.

Jin yang melihat sudah terkedu,tak tahu nak berkata apa apabila..

Perasaannya dibalas!!!.

"Arghhhhhh adakah ini kebahagian yang aku cari? OMO OMO OMO!! ARHHHH TERUJANYAA!!!" Bisik hati Jin dengan nada girang.

Walaupun mukanya hanya kelihatan tenang,namun tidak hatinya.

"Cimbake! Punya anak! Jangan kau nak bergay depan aku ok"sampuk Yoongi dengan muka kosong.

Kepala Rapmon diketuk dengan pistol air di tangannya,meremang dia melihat tayangan 18 ke atas ini.

"Entah hyung ni,Kook bawah umur tau" ucap Jungkook dengan nada menyampah.

Ditekan picu pistol air ke arah Jin dan Rapmon dengan selamba.

Terkapai-kapai Jin dan Rapmon mengelak serangan Jungkook.

"Yah! Aish!! Jangan bazir!"jerit Jin apabila mukanya ditembak dengan pistol air.

"Aku bergurau je la! Yah! Jungkook!" Rapmon pula sudah berlari ke arah Yoongi yang sudah jauh ke hadapan.

"Lawan pedang is not my stylee~"ucap Jhope dengan muka jijik,dipandang Jin atas bawah.

"Wae? Wae? Hyung bergurau ok" kata Jin dengan muka geram,rambut yang basah di flip dengan gaya diva.

"Yeah! Lawan pedang tak best!" ucap Jimin pula.

"Tapi korang! Aku ada pedang betul!" sampuk Tao membuat kan yang lain menoleh ke arahnya.

"Kau jangan macam-macam Tao"keluh Jhope dengan muka berkerut risau.

"Pedang?" Taehyung yang dari tadi memerhati kini menyampuk.

"Haah.. Ni pedang" ucap Tao menunjukkan ke satu arah membuatkan yang lain berdebar apabila arah yang ditunjukkan ialah bawah perut Tao.

"YAH!!!!" serentak mereka menjerit apabila Tao memegang seluar miliknya.












Tbc..

🔫Me and the ZOMBIE🔫 [OG]Where stories live. Discover now