30

258 29 7
                                    

"Jangan la datang! Jangan la datang" aku dan Rapmon masing-masing berdoa agar Jin tidak datang ke sini.

Namun doa kami tidak dimakbul kan dimana...bunyi bising tersebut kembali kedengaran.

Namun kalini sedikit kuat berbanding tadi..

Menyebabkan kaki Jin melangkah ke arah kami dengan wajah ingin tahu.

"Apa benda tu? Dari tadi bunyi, masa hyung dalam tandas" berkerut dahi Jin apabila dia terdengar bunyi tersebut.

Belum sempat dia menghampiri pintu,kini kakinya terhenti di hadapan Rapmon.

Berkerut dahinya apabila melihat Rapmon yang sedang bertinggung di atas lantai,dari gaya nya seolah sedang mengutip sesuatu.

Rapmon yang masih bertinggung mengutip kaca,tersengih melihat ke arah Jin.

"Ha? Joon? Pahal kau? Bagi pecah cawan lagi?" tanya Jin sambil mengeleng kepalanya.

"Ya...ya" jawab Rapmon gugup.

"Apa la kamu ni,nasib bukan cawan hyu... jamkkanman... Tu bukan... "Kata Jin terhenti apabila dia melihat serpihan kaca yang berwarna pink.

"Macam ku kenal...tapi di mana ya?" soal Jin dengan wajah ingin tahu,kepalanya disengetkan sambil cuba mengingati sesuatu.

Aku dan Rapmon sudah menelan air liur dengan kasar sekali.

Air liur yang licin pun,boleh jadi kesat di kerongkong.

Berdebar punya pasal.

"Cawan pink... YAK!!! KIM NAMJ..." belum sempat Jin membuat highnote.

Pintu di hadapan kami dirempuh sesuatu.

"Aigooo!! Penat betul angkat dia ni!! Ni zombie atau saka!!" jerit Jhope sambil mengurut belakang badannya.

Naik lenguh badannya mengangkat zombie ini.

"Tu la!! Sudah la tak duduk diam!!" kini Jungkook pula merungut,dilepaskan zombie itu dengan perasaan geram.

Menyebabkan yang lain turut serta melepaskan zombie itu dengan wajah masam..

Buat kali kedua nya....

Badan zombie tersebut terhempas ke atas lantai macam nangka busuk.

"Ajwjsjsjsk warghhh" meronta zombie yang mereka ikat dan tutup matanya.

Mungkin terasa rimas diikat dan ditutup penglihatannya.

"Memenatkan" ucap Yoongi bersama wajah yang berkerut.

Bahu yang terasa sengal,ditumbuk perlahan.

"Tu la...dah berapa kali kita terlanggar sesuatu,puncanya sebab dia la! Dari tadi meronta"keluh Jimin sambil mengesat peluh di dahi.

Manakala kami berempat hanya melihat mereka berempat mengomel tidak puas hati.

Masing-masing sudah menunjukkan muka masam.

Mana tidak nya,zombie ini tidak reti duduk diam.

Tengok la sekarang.

Walaupun masih diikat dan disarungkan guni di kepala,zombie ini masih meronta minta dilepaskan.

Aku memandang zombie itu dengan pandangan ngeri.

Lupa sudah aku dengan kejadian cawan yang dipecahkan oleh Rapmon.

"Ha balik pun...ada yang cedera?" soal Jin sambil memandang satu persatu wajah mereka berempat.

"Tak ada hyung!" jawab Jungkook bersama senyuman kecil.

"Baguslah...risau hyung bila korang tak balik-balik" jawab Jin bersama senyuman kecil.

"Aku nak lena.."

Krak..

Bunyi yang dipijak oleh Yoongi membuatkan wajahnya berkerut seribu.

"Apa benda pula ni? Kaca?" ngomel Yoongi dengan wajah tidak berpuas hati.

Diangkat kakinya dan terlihat la kaca-kaca kecil yang melekat pada kasutnya.

Jhope,Jimin dan Jungkook sudah blur,masing-masing memandang sesama sendiri.

Rapmon pula sudah pucat lesi wajahnya,diketap bibirnya menandakan dia telah bersedia untuk dibebel,manakala aku sudah menepuk dahi.

Ku jeling ke arah wajah Jin yang sudah memerah... Tunggu masa ja nak meletup.

"KIM NAMJOON!!!!!" Jeritan Jin yang nyaring membuatkan kami semua menutup telinga dengan tangan.

Habislah!!... Gunung berapi sudah meletup.

"Oh ooo" ucap Taehyung perlahan bersama wajah polosnya.

Dia bagaikan mengerti,apa yang akan jadi selepas ini...







Tbc..

Jgn jadi mcm namjoon degil,orang kata jangan sentuh...dia sentuh juga,kan dh pecah haihh..

🔫Me and the ZOMBIE🔫 [OG]Where stories live. Discover now