Hukum berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram adalah haram menurut ijmak ulama. Perbuatan ini juga haram kepada mereka yang sudah bertunang kerana hadis Rasulullah yang direkodkan Bukhari bermaksud :
_“Jangan berdua duaan perempuan dengan lelaki melainkan ditemani oleh mahramnya.”_
Dalam hadis direkodkan Muslim :
_“Tiada harus masuk seorang lelaki ke tempat perempuan melainkan ada serta perempuan itu mahramnya.”_
Imam Nawawi menjelaskan,
Daripada hadis ini diharamkan berduaan dengan wanita bukan mahram sama ada di rumah wanita itu ataupun di mana mana tempat dan sama ada ketika sembahyang ataupun lainnya .
Jelas daripada dalil dalil ini, berpasangan tanpa nikah itu adalah haram dalam Islam. _Couple_ adalah budaya Yahudi dan Nasrani, mula diterima oleh orang Islam yang jahil dengan hukum hukum agama.
Zina mata bermaksud melihat perkara perkara yang haram di sisi syarak seperti melihat lelaki akan perempuan yang bukan mahramnya seperti pasangan-pasangan yang sedang bercinta sekarang ini .
_(Rujukan Kitab Syarah Asqollani ‘ala al - Bukhori, Syarah Muslim)_
YOU ARE READING
Fakta Islam
Random🌸Islam Itu Indah🌸 🌸Islam Itu Cantik🌸 🌸Islam Itu Sempurna🌸 Fakta fakta yang memberi peringatan pada kita semua 🌸 Baca Buku Ini & anda akan tahu INDAHnya Islam💛 . Yang baik-baik itu semuanya daripada Allah , dan yang buruk itu datang daripad...