FI • 67

698 93 0
                                    

🌸 *W A N I T A  ITU* 🌸

Wanita
Kau dihantar untuk ujian dunia
Menjadi dambaan para pemuda

Dulu..
Masyitah si tukang sisir Puteri Firaun
Korbankan anak demi agama tercinta

Kini...
Hanya tinggal sejarah untuk dibaca
Ku lihat wanita kini jauh berbeza
Korbankan maruah seolah tidak punya harga

Wanita
Kami rindukan Ainul Mardhiah
Seharum kuntuman di taman syurga
Bukannya wanita yang menempah dirinya ke neraka
Auratmu begitu mudah kau buka
Tanpa kau pedulikan larangan agama
Bila ditegur kalian lantang bersuara

Wanita
Ingatkah kalian pada Sumayyah Binti Khabbat
Tombak Si Jahiliah menghantarnya ke Jannah
Bersama keluarga syahid di Bumi Allah
Jangan terlalu bangga dengan sejarah
Kerana kalian penyambung salasilah
Tapi kenapa Iman kalian tidak lagi gah
Untuk dipandang segalanya kau dedah

Wanita
Tidakkah kalian mahu contohi keikhlasan Rabiatul Adawiyah
Mengabdikan diri kepada Tuhan bukan kerana ganjaran
Juga bukan kerana takutkan hukuman

Kini..
Kalian membelakangkan Tuhan
Begitu mudah tergoda dek hasutan syaitan
Menjadi hamba pada nafsu sang jutawan

Wanita
Kenalkah kalian pada Zinnirah
Korbankan penglihatan kerana takutkan fitnah
Dijadikan impian syurga Allah yang indah
Kerana nafsu yang lemah matanya dijadikan hadiah

Kini..Segala-galanya kalian serah
Walaupun tanpa ada hubungan yang sah

Wanita
Jangan kau
Dikenali kerana maksiat yang dibuat terbuka
Seharusnya kau sedar seksa Allah amatlah dahsyat
Kembalilah sebelum terlambat
Sesungguhnya mati semakin dekat
Sedarlah Hawa generasi kalian sebenarnya hebat

Bangkitlah wahai Muslimat
Kerana kalian bidadari penyeri umat...

#sampaidarikuwalausatuayat

Fakta IslamWhere stories live. Discover now