FI • 71

644 83 0
                                    

Jom muhasabah! ❤️

Siapa dia? yang gigih menyebarkan Islam demi ummah walaupun nyawa diancam bahaya.

Siapa dia? yang meminta kepada Allah agar dikurangkan solat 50 waktu kepada 5 waktu.

Siapa dia? yang rindu akan kita walaupun tak pernah berjumpa.

Siapa dia? yang sangat sayangkan kita sehingga sebelum meninggal pun, ingat akan kita, risau akan kita.

Siapa dia? 😔

Nabi Muhammad SAW ✨

Nabi Muhammad SAW sangat sayangkan akan umatnya. Baginda risau jika kita tersesat, jika kita dihumban ke neraka.

Dan, apa pengorbanan kita terhadap baginda? Terhadap islam? Dimanakah sumbangan kita? 😭

Solat pun susah jaga, aurat pun tak nak tutup. Bangga pula melakukan maksiat. Dakwah? Jihad? Jauh. Sebelah mata pun berat nak pandang.

Jika baginda tahu, jika baginda lihat. Pasti baginda akan sedih. Sedih kerana umatnya berlumba lumba ingin ke neraka.

Baginda risaukan kita, baginda bimbang jika kita dihumban ke neraka 😢

Mengapa kita tak reti nak risaukan diri sendiri? Masih bangga melakukan dosa dan maksiat!

Begitu dalam cinta Rasulullah terhadap kita semua.

Tapi, kita?

Masih lalai dalam fitnah dunia. Perkara haram dan maksiat dianggap normal.

Dakwah dan jalan jihad dipandang serong 💔

Allah! Kembalilah ke pangkal jalan. Allah, rasulullah semuanya sayang kan kita.

Balaslah cinta Allah dan rasul.

Muhasabah sedalamnya,

Jika kita di dunia pun tak sanggup tersiksa, sanggupkah kita tersiksa dalam api neraka?

-Slot muhasabah 5

Fakta IslamWhere stories live. Discover now