FI • 56

730 96 1
                                    

Fatynn's Official:
Risau Tengok Perempuan Zaman Sekarang.

Risau.

Yang hijabers begitu, yang tudung labuh begini, yang berniqab/berpurdah pun sama..

Kadang terfikir, adakah kaum yang pernah ditindas sebelum datangnya Islam ini akan perlahan lahan merosakkan diri mereka? Berjalan menuju ke hujung jurang yang tinggi?

Bila ditegur, tidak mahu didengar. Masih kekal dengan pendirian dari akal yang berfikir tak panjang mana.

Bila dinasihat, tidak mahu didengar. Masih kekal dengan pendirian yang mereka sentiasa betul dalam semua perkara.

Hari demi hari, wujud lebih banyak Puak diantara wanita.

Jilboobers, Hipster Hijabers..

Semakin lama, yang patut ditutup itu semakin didedah. Ya, aurat. Tudung sekarang semakin banyak yang singkat. Labuh dibelakang, singkat didepan.

Terlalu taksub dalam mempamerkan buah dadanya. Seolah olah, itulah KEBANGGAAN seluruh kaum hawa yang harus dipertontonkan.

Bentuk peha ditunjuk, punggung pula dilentik. Satu set seluruh badan bertutup sebenarnya terlanjang. Berjalan didepan orang awam, sambil segalanya didedahkan.

Saat mata mata lelaki memerhati, kita mula susah hati. Tak suka dan benci. Padahal kita yang MENGUNDANG mata mata lelaki. Sebelum sempat lelaki mengganggu kita secara SEKSUAL, kita telahpun mengganggu mereka terlebih dahulu. Disangka kitalah mangsa, padahal kitalah sang pemangsa.

Termenung aku sebentar.. Mengenangkan perkara perkara ini..

Setiap hari, aku terlihat wanita senang senang menayangkan aurat di laman sosial. Nampak kaki. Nampak lengan. Ayah disayang, tetapi perbuatan mengatakan sebaliknya.

Yang berniqab pula, sering saja bergaya sakan dalam laman sosial. Gambarnya bersepah dimana mana. Instagram. Facebook. Mungkin telah hilang rasa "bersalah" mereka, kerana memakai pakaian yang fungsinya adalah takmahu dilihat.. Tetapi tetap mereka menayangkan diri mereka di laman sosial.

Cukup masa, benteng kaum wanita itu akan runtuh. Bukanlah kerana musuh yang menyerang. Tetapi mereka sendiri yang merobohkannya.

Tulisan ikhlas dariku, Akhi Qurta.

(AKHI QURTA)

ps : Terima dengan terbuka, jadikan peringatan sesama kita. Jangan menafikan kebenaran yang tersergam didepan mata, takut nanti butalah mata hati kita semua.

Cc; a man

Fakta IslamWhere stories live. Discover now