Bie[P.H]

30.3K 483 28
                                    

        Sejak adegan nakal Ainnur Melrose dan Qhuzair Iskandar tempoh hari, kedua-duanya kurang bertegur. Hanya pada waktu kuliah dan sewaktu bersama Farish, mereka bertegur.

Tetapi malam ini Ainnur Melrose kena mengeluarkan suara untuk mengajak suaminya ke rumah mak mentuanya, Datin Maya katanya hal mustahak yang mahu dibincangkan dengan mereka berdua.

       Ainnur Melrose menunngu kepulangan suaminya itu, mujur kuliahnya habis awal dari Qhuzair Iskandar kerana suaminya ada kuliah dengan pelajar course lain. Ditilik jam tangannya, jam menunjukkan pukul 5.30 petang.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi enjin kereta dimatikan. KLAKK pintu rumah terbuka dari luar, Ainnur Melrose menjenguk kepalanya sikit untuk melihat.

Qhuzair Iskandar yang perasan isterinya di ruang tamu hanya mengendahkannya, kasutnya diletakkan pada rak. Dia melangkah ingin memanjat tangga tetapi terbantutu apabila terdengar panggilan Ainnur Melrose.

" Is boleh I nak cakap sikit" ujar Ainnur Melrose perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Qhuzair Iskandar.Lelaki berpatah balik melangkah ke arah ruang tamu dan duduk di sofa bertentangan isterinya.

Tie pada kemejanya dilonggarkan, butang lengan dibuka dan disising nak ke siku sambil berkata "kau nak cakap apa" soal Qhuzair Iskandar tanpa memandang Ainnur Melrose.

Ainnur Melrose mendengus perlahan, " Kalau ya pun pandanglah muka I dulu, tahulah I cantik" gumam gadis itu tapi masih boleh didengari di telinga Qhuzair Iskandar.

"ye la kau nak cakap apa?" matanya memandang tepat pada wajah cantik isterinya itu, Qhuzair Iskandar berdehem untuk menghilangkan debaran.

" Petang tadi Mama datang rumah, mama ambil Farish then mama ajak dinner kat rumah dia, mama pesan habis dinner tidur sana, ada hal penting nak dibincangkan dengan kita" kata Ainnur Melrose sambil matanya fokus pada Qhuzair Iskandar.

Qhuzair Iskandar gelisah," Ha, ok, ookey kau pergilah packing apa yang patut, kau siap la, kejap lagi kita bertolak" dia bangun meninggalkan isterinya di situ termanggu. Parah kalau dia kalau lama-lama disitu, mata Ainnur Melrose begitu memukaunya.

30 MINIT pun berlalu, mereka sampai di hadapan rumah mewah yang berdiri gah, kereta BMW 5s elok terparkir. Mereka melangkah keluar dari kereta, Qhuzair Iskandar memegang tangan Ainnur Melrose.

" Berlakon macam kita bahagia" bisik Qhuzair Iskandar sambil melangkah ke arah pintu rumah, tanggannya yang memegang tangan Ainnur Melrose masih tidak dilepaskan.

Datin Maya yang mendukung Farish telah menunggu lebih awal di hadapan pintu rumah, Farish sudah mengekek ketawa bila melihat Mama dan Papanya melangkah kearahnya.

Tangan Ainnur Melrose dilepaskan, dia mengambil Farish dari pangkuan Datin Maya. Dahi anaknya dicium sayang. 

      Ainnur Melrose mengdepakan tangan untuk mendukung anak angkatnya itu, tapi Qhuzair Iskandar tetap mendukung dan bermain dengan Farish. Bibir diketap geram. Badan dikalih untuk  bersalaman dengan Datin Maya, dia mencium pipi mak mentuanya.

" Is sudah la tu, nanti letih anak kamu tu, masuk dulu, mari menantu kesayangan mama, kita masuk" ujar Datin Maya sambil menarik tangan Ainnur Melrose masuk ke dalam rumah. Qhuzair Iskandar membuntuti isterinya dari belakang dengan mendukung anaknya.

" papa mana?" soal Qhuzair Iskandar, matanya melilau sekeliling.

" papa kamu baru otw balik, kejap lagi sampai, kalau kamu nak rehat pergilah naik atas dulu" pelawa Datin Maya pada anak lelakinya itu.

Qhuzair Iskandar mengangguk. Dia menyerahkan Farish pada isterinya. Terus dia melangkah ke biliknya. Sayup- sayup dengar suara anaknya ketawa.

     Di bawah, Ainnur Melrose masih bermain dengan Farish sampai lupa tengok jam. Datin Maya datang menghampirinya dan berkata, " Mel, tolong panggil Is, lena agaknya suami kamu tu, makan malam dah siap" Ainnur Melrose hanya tersenyum dan menyerahkan anak angkatnya pada Datin Maya.

Ainnur Melrose melangkah masuk ke bilik tidur Qhuzair Iskandar, dilihat suaminya sungguh lena menggamati tidurnya. Dia tersenyum kecil. Inilah masa untuk mengusik suaminya lagi.

" youuu bangun, mama panggil turun, makan malam dah siap" tubuh suaminya digoncang-goncang, tapi Qhuzair Iskandar masih dengan tidurnya.

nak tidur sangat kan, kejap ye hubby, gumam Ainnur Melrose dengan senyuman sinis terukir.

     Bibirnya didekatkan pada telinga Qhuzair Iskandar, " Bieeee, bangunlah" rengek Ainnur Melrose ditelinga suaminya. Qhuzair Iskandar mengeliat kegelian apabila terasa nafas seseorang terhembus di telinganya.Seseorang?Biee? 

Matanya terus tercelik terjaga, figura manusia yang pertama dia nampak ialah Ainnur Melrose yang ligat mengusiknya untuk bangun. Memang tak serik!

" Huarghhh!" sengaja Qhuzair Iskandar menguap dan mengeliat badan untuk memberitahu yang dia sudah terjaga.

Ainnur Melrose menjarakkan diri dari Qhuzair Iskandar. Diberi senyuman manis untuk suaminya.

"Is, mama panggil turun, makan malam dah siap, I turun dulu" Ainnur Melrose ingin beredar dari situ tetapi ditegah oleh suaminya.

" I heard someone call me bie, aren't you?" Qhuzair Iskandar memandang isterinya dengan pandangan yang redup.

Ainnur Melrose menelan liur, oh noo dia dengarr pulak em, desis hatinya. Ainnur Melrose mula resah tak bertempat, jarinya runcing dikuis-kuis sendiri.

Qhuzair Iskandar yang geram melihat gadis itu diam, dia menangkap tangan mulus isterinya.

" jangan diam je, aku tanya ni, kau ke yang panggil aku bie masa tidur tadi?" tangan gadis itu tidak dilepaskan malah dia menarik isterinya rapat dengannya, seinci!

"Yeye I panggil you bie! puas? lepas tangan I, Is" Ainnur Melrose akhirnya mengaku dan cuba merentap tangannya yang dipegang Qhuzair Iskandar tapi tidak berjaya, apalah sangat kudratnya?

Qhuzair Iskandar tersenyum sinis, Ainnur Melrose terkaku melihat senyuman suaminya itu, em seksi hahaha.

" Do you want me to release your hand? With one condition, I want you call me bie again!." Qhuzair Iskandar menjongket kening pada isterinya yang sedang gelisah, malu mungkin?

Tak nakkkkkkkkkkkkkk, jerit Ainnur Melrose dalam hati. 

"Kalau I taknak? you nak buat apa" Ainnur Melrose menjongket kening kembali pada suaminya, untuk menutup kegelisahan dalam hatinya.

" I'll make sure you regret it" ugut Qhuzair Iskandar dan sekaligus memeluk pinggang Ainnur Melrose dengan erat. Nyaris bibir mereka bertemu.

" o...ok..okey I call you bie" sebaik mendengar kata isterinya dan wajah gelisah Ainnur Melrose, Qhuzair Iskandar menahan ketawa dari meletus.

"so? call me bie now! I wait wifey"  ujar Qhuzair Iskandar dengan senyuman sinis menghiasi bibir.

" Bieeee lepaskan I, please" rayu Ainnur Melrose pada Qhuzair Iskandar sambil mengerdip-ngerdip mata.

Qhuzair Iskandar tergamam sebentar. Ainnur Melrose mengambil kesempatan melarikan diri dari suaminya. Qhuzair Iskandar yang baru tersedar tersenyum kecil melihat karenah isterinya.

" Turun sekarang jangan dok mengada bie berbagai, uwekkk"  Ainnur Melrose menjelir lidah pada Qhuzair Iskandar dan berlari keluar dari bilik lelaki itu.

Qhuzair Iskandar masih tersenyum, terasa lapang di dada bila dia bersama Ainnur Melrose, cintakah dia pada isterinya?

---------------------------------------------------------------------------------------

#Amacam?OKkeKO? Sorry I tak check dah, abaikan kesalahan ye huhuhu!

#Enjoyouread!

#ReadVoteComment.

#PapaHot.

#SherinaRieyna.






Papa HotWhere stories live. Discover now