Patung Porcelain (Part 1)

36 0 0
                                    

Nana lekas-lekas memasukkan kunci ke tombol pintu rumahnya, selepas Nana masuk ke dalam rumah dia terus meletakkan beg tangannya ke atas sofa. "Fuuhh... " keluhan Nana selepas penat seharian berjalan-jalan dengan Kim. Nana berehat sebentar lalu mandi dan terus tidur..

Keesokkan harinya,  Nana bangun seperti biasa dan selepas selesai melakukan tugasan-tugasan rumah lalu dia memeriksa page onlinenya di Facebook sambil meniarap di atas katil. "Wow.. Banyaknya orang oder mekap Tarte ni" dengan nada yang excited. Selepas selesai menjawap dan mengurus segala urusan di pagenya itu,  dia pun membuka laman web Google dan mula melihat koleksi-koleksi patung porcelain yang dijual di Ebay. "Comelnya.." dengan nada yang riang dan excited, "Saya nak beli yang ni lah sebab unik dan murah" sambil scroll page tersebut ke bawah dan terus melihat apa lagi yang dia ingin beli. Tanpa Nana sedar jam sudah menunjukkan jam 12.00 tengah hari,  cepat-cepat Nana bangun dari katilnya dan terus ke kamar mandi. Nana menelefon Kim dengan niat mengajaknya keluar shopping. Berkali-kali Nana call tapi tak diangkat,  lalu Nana mengambil keputusan untuk teruskan shopping berseorangan.

Nana masuk ke Shopping mall Imago sambil melihat sekeliling jikalau ada jualan murah. "Wah.. Banyaknya orang.." keluhan Nana disebabkan terlalu sesak. Nana pusing dan pusing sambil melihat kelilingnya sebab ingin tahu kenapa ramai sangat orang, "patut lah ramai.. Sebab ada Sale durian runtuh kat kedai Gucci" Nana mengambil keputusan untuk keluar dari shopping mall tersebut kerana tidak tahan bersesak dengan orang ramai. "Aduh! Kaki da melecet ni.." dengan suara kesakitan. Nana sudah tidak tahan dan ingin kembali ke apartmentnya. Tiba-tiba Nana ternampak kelibat seorang budak perempuan, pakaiannya lusuh dan kotor, budak tersebut menunding jarinya ke arah Nana dan kelihatan riak muka budak itu tersenyum sinis.. Nana tercengang seketika lalu mengelengkan kepala sambil bercakap dalam hati "mustahil..mustahil.." Apabila Nana melihat ke arah tempat budak itu berdiri, kelibat budak itu sudah tiada di sana.

Lalu Nana balik ke rumah dalam keadaan bingung. Setelah malam tiba, Nana terbaring di katilnya sambil memikirkan apa yang dilihatnya tadi itu benar atau hanya khayalan. Nana lalu mengambil smartphonenya dan menelefon Kim. Nana menceritakan segala tentang apa yang dia nampak semasa dia keluar berjalan-jalan tadi. Kim menasihati Nana agar banyak berehat kerana Nana terlalu sibuk dengan bisnes onlinenya. "Thank you babe for hearing all my story" kata Nana kepada Kim.

Malam itu angin kencang dan hujan turun dengan lebatnya. Nana mengalami mimpi yang sangat buruk, dia bermimpi budak yang dia nampak tadi itu berbisik di telinganya akan tetapi Nana tidak faham apa yang ingin disampaikan budak itu. Tiba-tiba budak itu kelihatan seperti marah dan mula mencekik leher Nana.. Nana berlawan sekuat hati cuba melepaskan diri dari cengkaman budak itu.. Sejurus itu Nana terbangun dari tidur dan merasa lehernya sangat sakit....

Patung Porcelain Where stories live. Discover now