Patung Porcelain (Part 9)

13 0 0
                                        

Lampu pun tertutup dan Nana mula meraba raba sekeliling sambil mencari jalan untuk ke bilik Ruben. Semasa Nana berjalan dalam keadaan gelap, tiba-tiba Nana tersentuh sesuatu...Nana meraba dan merasa seakan-akan kepala seorang budak kecil, "Who is It?" soal Nana sambil menyentuh kepala itu.. "You......are.......my.......sun.....shine......my.......only........sun...shine" kepala itu tiba-tiba bernyanyi dengan nada yang mendayu-dayu.. Dengan perlahan-lahan Nana melepaskan tangannya dan mula melihat kearah budak itu, "Hi, I'm Molly...wanna play?" kata budak itu.. Tubuh Nana mula mengigil dan bulu romanya pun menegak.. Tidak lama kemudian budak itu pun hilang dari pandangan Nana, "where is she?" kata Nana dalam hati lalu perlahan-lahan mengundur ke belakang... "One...two...three!" kedengaran suara seorang wanita membisik ditelinga Nana lalu Nana terhidu bau busuk seperti bau mayat, sebaik saja Nana menoleh ke belakang... Nana melihat muka yang sangat menakutkan...mata yang sangat merah dan mukanya dipenuhi ulat-ulat yang sedang memakan isi kulit muka perempuan itu...giginya sangat tajam dan perempuan itu tersenyum sinis melihat Nana... Tubuh Nana tidak dapat bergerak dan mata Nana terbuka luas melihat kearah perempuan itu...dan tiba-tiba perempuan itu mengunakan cebisan kaca dan menghiris dari mulut hingga ke telinga lalu menjilat cebisan kaca itu dan berkata "One....two...three...!!".. Darah yang sangat banyak mengalir keluar dari luka itu dan ulat pun mula memenuhi muka perempuan itu.. "Hahahahahahahahaha..." perempuan itu ketawa mengilai-ngilai lalu melihat tajam kearah Nana, "are you a good girl?" soalnya.. Nana tidak dapat bersuara kerana seluruh tubuhnya tidak dapat bergerak... "Help.... Me....." Nana berusaha bersuara namun suaranya terputus-putus..  Perempuan itu mula menghampiri Nana lalu mengengam kuat muka Nana.. "I hate it when you disobey your mother!!" bisik perempuan itu dan terus menolak Nana jatuh ke lantai. Perempuan itu berada diatas tubuh Nana... "You must learn to obey your mother!!" jerit perempuan itu sambil memuntahkan darah serta ulat-ulat ke muka Nana.. "Aaaaaaaaaaahhhhhhh!!!" jerit perempuan itu.. Muka Nana dipenuhi ulat dan darah.. Perempuan itu pun mula menghiris-hiris muka Nana sambil ketawa mengilai-ngilai "Hahahahahahahaha"... Nana pun pengsan...

"Nana! Wake up!" jerit Ruben sambil memeluk tubuh Nana, setelah sedar Nana pun menyentuh mukanya lalu bangun dan terus masuk ke tandas. Nana melihat pada cermin dan menyentuh mukanya.. "Apa semua ni? Semalam saya hanya bermimpi ke?" kata Nana sambil kebingungan. Ruben pun masuk ke tandas kerana merasa hairan dengan tingkah laku Nana, "hey, are you okay?" soal Ruben. Nana masih melihat cermin dan menyentuh seluruh mukanya, "hey! What's wrong with you?" soal Ruben sambil menepuk bahu Nana.. "Last night..." Nana pun menceritakan kejadian semalam pada Ruben, riak muka Ruben mula berubah dan terus memeluk Nana, "I'm glad you're okay.." kata Ruben. Lalu mereka pun bersiap-siap dan bersarapan bersama...

<Hospital Queen> "Cik Kim, kamu boleh balik dah.. Kalau rasa sakit kat luka tu, kamu just datang kat hospital ye" kata doktor itu kepada Kim. Setelah itu Kim pun keluar dari bilik wad. Sedang kim menyalin pakaiannya dia mula terfikir tentang kejadian tempoh hari,"Hmmm..saya kena buat sesuatu tentang kes ni sebelum terjadinya sesuatu yang lebih dashyat" kata Kim. Semasa Kim hendak keluar dari hospital, Kim sempat masuk ke bilik wad di mana Jeremy berada. "Don't worry grumpy, I'm gonna end this!" kata Kim sambung memegang tangan Jeremy lalu beredar dari situ.

<Perpustakaan Suria> Jam menunjukkan 5.30 petang, Kim pun tiba di perpustakaan Suria. Kim duduk diatas kerusi lalu masuk ke laman web google, "saya kena cari jalan macam mana nak selesaikan semua ini" kata Kim dalam hati. Tidak lama kemudian, Kim pun menjumpai sebuah laman web yang mempunyai maklumat tentang patung porcelain. Kim pun masuk ke laman web tersebut dan membacanya "This porcelain doll is created in 1930, it is created with a human child ashes." Kim pun terus mencari lagi sehingga dia menjumpai satu laman web ini yang mengisahkan tentang seorang budak yang mati didera ibu kandungnya sendiri, terdapat sebuah gambar disertakan bersama artikel itu. Tiba-tiba riak muka Kim berubah... "Oh my god.." katanya, "this is Nana's doll!" jerit Kim lalu pekerja perpustakaan itu menegur Kim agar jangan kuatkan suara, Kim pun meminta maaf lalu terus membaca lagi.. "This doll is haunted and was believe that the spirit of her previous owner; Molly is trap inside the doll" Kim pun mula syak patung porcelain Nana. "The previous owner name was Molly Peterson, age 5, she was abuse by her own mother and in 13 October 1960, her body was found with her neck slice open, both of her eyes is gone and her tongue is rip off. Then Molly's mother ; Margaret Peterson, age 46, was found eating her own daughter's eyes and tongue. Margaret was locked in a asylum and hang herself at the age of 67" Kim membaca dengan teliti setiap artikel itu lalu terfikir akan kejadian-kejadian sebelum ini. "Saya harus menelefon Nana dan memberitahunya tentang hal ini" kata Kim lalu pergi ke sudut mesin cetak dan mencetak artikel tersebut. Setelah selesai, Kim pun membawa kertas-kertas itu dan keluar dari perpustakaan.

<Di dalam kereta> "Hello? Nana, saya dah discharge dari hospital ni.. Kamu kat mana?" kata Kim kepada Nana sambil memandu kereta. "I need to tell you something! It's about that porcelain doll of yours!" jelas Kim sambil memandu dengan laju. Setelah mengetahui alamat Ruben, Kim pun memandu lebih laju ke alamat itu. Kim berulang kali melihat kearah kertas yang dicetaknya itu, "I hope I can make it.." kata Kim sambil memecut keretanya. Tiba-tiba kelibat budak kecil berlari melintas dihadapan Kim, lalu Kim menekan brek kereta nya namun Kim hilang kawalan lalu keretanya itu terbabas dan melanggar tembok jalan. Dalam keadaan separuh sedar Kim perlahan-lahan berusaha untuk keluar dari keretanya, dahi Kim mengalir banyak berdarah dan bibirnya bengkak.. Ketika Kim ingin bangun untuk keluar dari kereta, dia dapati kedua kakinya sudah patah dan tulang kakinya terkeluar dari kulit.."Aaahhh!!" jerit Kim sambil menangis. Kim pun perlahan-lahan merangkak keluar dari kereta... Ketika Kim tengah merangkak tiba-tiba kelibat seorang budak perempuan berdiri dihadapannya, "hi I'm Molly, can we play?" kata budak itu. Dalam keadaan kepala yang berlumuran darah dan kakinya yang patah...perlahan-lahan Kim mendongak kepalanya... "Help...me little girl.." kata Kim sambil menghulur tangannya kearah budak itu dan nada yang sangat lemah. Tiba-tiba rupa budak yang comel itu berubah menjadi bengis, kedua matanya hilang dan lehernya koyak seperti kesan kelar. Budak itu pun melihat kearah Kim, "Let's play...hahahahahhaa" katanya sambil ketawa mengilai-ngilai... "Aaaaaaaaaaaaaaahhhh!" jerit Kim.

<Rumah Ruben> Jam sudah menunjukkan tepat jam 11 malam, "Mana Kim ni? Saya risau sebab dah beberapa jam tak sampai-sampai" kata Nana sambil berjalan ke hulu hilir sambil melihat luar tingkap. Tidak lama itu kedengaran bunyi siren polis yang menghampiri rumah Ruben, "ding...dong!!" lonceng rumah Ruben berbunyi. Nana pun bergegas kearah pintu dan membukanya, "Selamat malam, cik ni Nana Angela Christopher ke?" soal polis itu lalu Nana mengangguk kepalanya dan bertanya "apa hal tuan?" dengan hati yang mendebar-debar. "Maaf cik, sahabat cik Kimberly Joan Xander ditimpa kemalangan dan meninggal ditempat kejadian" jelas polis itu, suasana menjadi sunyi dan perlahan-lahan Nana menjatuhkan diri ke lantai... "Kim....Kimberly!! Nooo...!!!" jerit Nana sambil menangis sekuat hati, Ruben pun memeluk Nana dan cuba untuk menenangkan hati Nana. "Cik, kami minta kamu untuk datang ke balai untuk mengenal pasti mayat itu" kata polis itu lalu beredar dari rumah Ruben. "Aaaaaaahhhh!!" jerit Nana sambil menangis lalu pengsan. "Nana? Bangun Nana!" kata Ruben sambil mengoyangkan tubuh Nana lalu membawa Nana ke hospital.
Keesokan harinya, Nana pun mulai sedar..  "Kenapa saya kat hospital?" kata Nana lalu Ruben pun menjelaskan pada Nana, "Nana, you must strong..fuuhhh... I have to tell you this... Kim is dead..she's gone.." kata Ruben sambil menangis. Nana terdiam dan ternganga... Lalu air matanya mengalir dengan deras membasahi pipi.. Nana pun menangis sekuat hati, "Kim...!!! Why this has to happen!! Why?!!" kata Nana sambil menangis...  Ruben pun cuba menenangkan Nana namun Nana tidak mengendahkan Ruben, "Nana, I'm here..I know It's sad and she is your bestfriend but you have to be strong" pujuk Ruben. Nana tidak memperdulikan Ruben lalu berlari keluar dari bilik wad itu. Ruben cuba untuk mengejar Nana namun Nana menaiki teksi dan pergi dari situ, "Nana...!!" jerit Ruben namun Nana sudah jauh dari pandangannya...

<Balai polis Georgia> "Tuan, bedah siasat yang kami lakukan terhadap mayat cik Kimberly telah pun kami lakukan dan kami dapati bahawa matanya hilang, lidahnya seperti ditarik keluar dari mulutnya dan...lehernya ada kesan kelar" kata forensik kepada ketua polis siasatan. "Kita sudah buntu...kes ini semakin lama semakin pelik dan tiada penghujungnya" kata ketua polis itu, "bagaimana pula dengan cap jari? Adakah kamu menemui cap jari pemangsa?" soal ketua polis itu kepada forensik, "maaf tuan, kami tidak menjumpai sebarang cap jari pun di tubuh mangsa mahupun di kereta mangsa namun kami menjumpai cebisan kain pada tubuh mangsa" jawap forensik itu lalu memberikan plastik yang berisi cebisan kain yang dijumpai itu. "Okay terima kasih, sekarang kamu boleh balik ke bilik bedah" kata ketua polis itu. "Nampaknya besok saya nak melawat Jeremy, ini kes siasatan dia" kata ketua polis itu lalu beredar dari bilik mesyuarat.

<Hospital Queen> Jam 9 pagi, ketua polis pun tiba dan masuk ke dalam bilik wad dimana Jeremy ditahan. "Selamat pagi Jeremy" kata ketua polis itu lalu Jeremy menoleh, "selamat pagi tuan!" jawap Jeremy. Ketua polis pun memberitahu Jeremy tentang kemalangan Kim yang mati di tempat kejadian, riak muka Jeremy pun berubah...Jeremy pun menundukkan kepalanya dan mendiamkan diri..tanpa Jeremy sedari, air matanya mula mengalir keluar dan membasahi pipi.. "Jeremy? Kamu okay tak?" soal ketua polis itu lalu Jeremy pun mengusap air matanya dan menarik nafas perlahan-lahan. "Saya okay tuan.. Cuma.." Jeremy pun terdiam seketika lalu berkata "tuan, hari ni saya dah boleh discharge, jadi izinkan saya menyambung siasatan ini" dengan muka yang serius melihat ketua polis itu. "Jeremy, kamu yakin keadaan kamu dah okay?" soal ketua polis itu sambil menepuk bahu Jeremy, "ya tuan saya yakin, saya nak siasat kes ni dan selesaikannya dengan segera!" jawap Jeremy lalu ketua polis pun mengangguk kepalanya dan beredar dari situ. Selepas itu, Jeremy pun menukar pakaiannya lalu keluar dari bilik wad tersebut.

Patung Porcelain Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang