Patung Porcelain (Part 2)

20 0 0
                                        

"Ring.....!!" kedengaran bunyi alarm lalu Nana terbangun dan memegang smartphonenya itu, dia terkejut apabila melihat jam yang sudah menunjukkan 12 tengah hari. Dalam handphonenya jga terdapat 10 panggilan missed call yang tidak terjawap dari Kim. Nana bangun lalu menuju ke kamar mandi, dalam keadaan basah tiba-tiba Nana teringat semula tentang mimpi semalam. Nana mengelengkan kepala sambil berkata dalam hati "ini semua hanyalah mainan tidur". Sesudah itu Nana mengenakan singlet putih dan dipadankan dengan seluar jeans yang pendek, rambutnya disanggul ke atas dan memakai sandal 'sparta'.

"Hon... Hon...!!" Kim menekan hon keretanya. Nana bergegas turun dari apartmentnya lalu masuk ke dalam kereta. Kim mengeluh kepada Nana tentang kerjanya yang sangat banyak dan memenatkan, akan tetapi Nana tidak mendengar semua itu malah Nana termenung jauh seperti sesuatu yang menganggu fikirannya itu.
"Hey.. What's wrong with you darl?" sambil Kim menepuk bahu Nana. Setelah itu Nana kembali ke dunia realiti dan menceritakan kepada Kim tentang mimpinya itu. Kim semakin risau melihat keadaan Nana lalu Kim cuba menenangkan Nana sambil berkata "Hey.. There's nothing to worry.. Semua tu hanya mainan tidur". Nana menganggukkan kepala tanda setuju lalu mereka pun meneruskan perjalanan.

Tidak lama kemudian, Kim memberhentikan keretanya di hadapan sebuah kedai yang kelihatan sangat tua dan kayu-kayu yang dijadikan tiang dinding itu kelihatan usang. "Surprise...!" kata Kim kepada Nana sambil tersenyum lebar. Nana terdiam seketika lalu bertanya kepada Kim "kita kat mana ni? Saya tak pernah pun tahu pasal kedai ni?". Kim pun menjelaskan kepada Nana bahawa dia ada seorang kawan yang suka mengumpul barang antik dan kawan Kim itu yang perkenalkan kedai tersebut.

Nana menolak pintu kedai itu dan masuk ke dalam bersama-sama Kim. "Welcome to Vintage and Old Shop" kata seorang jejaka yang menyambut mereka. Mereka pun terus berjalan sambil melihat barang-barang antik dalam kedai itu. Tidak lama kemudian, pekerja kedai tadi mendekati mereka lalu memperkenalkan diri "Hai, nama saya Ruben dan saya pekerja di kedai ini, saya akan perkenalkan kepada kamu setiap barang-barang yang ada di dalam kedai ini". Ruben pun membawa mereka ke setiap ruangan barang antik. Di situ kelihatan banyak barang-barang antik dan lama, Ruben menerangkan dengan teliti setiap barang antik itu. "Piano ini berusia 364 tahun, ia dibuat pada tahun 1653 dan menyimpan banyak sejarah" katanya, kayu-kayu kelihatan terlalu tua dan sedikit usang.

Seterusnya Ruben memperkenalkan jam yang sangat besar yang di beri nama 'Grandfather's clock', jam itu sangat cantik dan mempunyai permata menghiasi setiap nombor di jam itu. Sementara Ruben memperkenalkan barang-barang antik yang ada di dalam kedai tersebut, tiba-tiba Nana terdengar suara yang mendayu-dayu memanggil namanya "Nana...Nana....Nana...". Nana melihat sekeliling dan mencari dari mana kah suara itu? Puas Nana mencari namun tidak menjumpainya dan dalam kedai itu hanya ada Kim, Ruben dan dirinya sahaja. "Aduh.. Mesti sebab terlampau banyak fikir" Nana memujuk dirinya. "Okay sekarang saya akan membawa kamu berdua ke satu ruang yang menyimpan barang-barang antik yang baru saja sampai semalam" kata Ruben. Kim kelihatan tersipu-sipu sambil mengusap rambutnya melihat Ruben yang sedang menerangkan barang-barang antik itu, Nana tersenyum sendiri melihat gelagat Kim. Rupa paras Ruben yang kacak dan memiliki kulit yang mulus, mata berwarna coklat dan senyuman yang manis itu boleh mencairkan hati setiap wanita yang memandangnya.

Setiba sahaja di satu ruangan itu, Ruben menunjukkan kepada mereka sebuah kotak yang besar. Kotak itu di balut dengan kain merah yang di selaputi permata, Ruben membuka ikatan kain itu dan terdapat kotak yang kayunya di varnish dan kelihatan sedikit usang. Dengan perlahan-lahan Ruben membuka kotak itu, di dalam terdapat sebuah patung yang di perbuat daripada porcelain. Mukanya sangat comel persis muka manusia dan memiliki rambut berwarna perang serta memakai gaun berwarna coklat dihiasi dengan corak bunga ros.
"Patung porcelain ini sudah berusia 57 tahun dan dibuat di sebuah kilang di France, sebab itulah pakaian dan mukanya dibuat mengikut fesyen pada zaman itu" ulas Ruben. Nana terpegun dengan kecantikkan patung porcelain itu, lalu Nana bertanya pada Ruben "berapakah harganya?". Ruben pun memeriksa tag harga pada patung itu, "Rm3000 harganya cik" jawap Ruben. Kim terkejut beruk mendengar jumlah harga yang di sebut Ruben itu, "okay, saya nak beli patung porcelain ini" kata Nana. Kim menyiku tangan Nana lalu berkata "are you crazy? Mahal sangat tu!", Kim pun mencuba nasib untuk memujuk Ruben agar memberi Nana diskaun. "Encik Ruben yang handsome, boleh tak bagi kami harga yang special?" sambil bermain mata ke arah Ruben. Nana masih terdiam, lalu Ruben menjawap Kim "ahemm.. Maaf ya cik tapi kami disini memberi harga mengikut keadaan barang itu dan mengikut tahun yang dibuat". Kim terdiam kerana dia langsung tidak mengetahui apa-apa tentang barang antik ini, Nana yang tadi terdiam mula bersuara "encik Ruben, saya ingin membeli patung ini" sekali lagi Kim pusing melihat Nana dalam keadaan terkejut. "Adakah kedai ini menerima kad visa?" soal Nana lagi, lalu Ruben menjawap pertanyaan Nana dengan senyuman "iya cik, kami menerima kad visa".

Selepas Nana selesai membuat pembayaran di kaunter, maka keluarlah mereka berdua dari kedai itu. Ruben sempat menolong mereka membuka pintu sambil berkata, "terima kasih cik Nana, sila datang lagi" sambil tersenyum. "Jom... Kita minum petang kat Starbuck" kata Kim kepada Nana. Mereka berborak sambil tu Kim mengusik Nana "wow.. Nampaknya Ruben tu minat kat kamu la Nana" usik Kim. Nana seperti tidak mengendahkan usikan Kim itu lalu mereka pun berborak sampai tidak sedar masa berlalu macam tu saja. Sedar tidak sedar jam sudah menunjukkan 7.30 malam, mereka mengambil keputusan untuk balik ke rumah masing-masing.

Setibanya Kim di depan apartment Nana, Kim melihat Nana memeluk erat patung yang baru di belinya itu. Kim merasa pelik namun Kim seorang yang positif orangnya malah dia cukup kenal Nana yang sangat suka mengumpul patung antik ini, "bye babe.. See you" kata Kim dan Nana hanya melambaikan tangan dan terus masuk ke apartmentnya itu.
Setiba sahaja di dalam apartment, Nana meletakkan patung itu disebuah bilik yang di penuhi koleksi patungnya yang lain. Oleh kerana terlalu penat berjalan seharian, Nana tertidur di atas sofa.

Jam menunjukkan tepat jam 12 tengah malam, dalam keadaan tidur mata Nana perlahan-lahan terbuka sikit demi sedikit. "Nana....Nana.....Nana..." kedengaran suara yang mendayu-dayu memanggil nama Nana. Apabila Nana membuka matanya, dia melihat sosok tubuh yang kecil duduk betul-betul di hadapannya. Disebabkan masih dalam keadaan separuh sedar, penglihatan Nana hanya samar-samar. Nana cuba untuk mengerakkan tubuhnya namun tubuhnya itu ibarat lumpuh, sosok kecil itu kelihatan semakin menghampiri Nana.
"Too...toolooo....ngg" seolah-olah mulutnya ditutup rapi hingga bibirnya langsung tidak dapat bergerak. Nana berusaha melawan agar dia dapat mengerakkan tubuhnya itu namun tidak berdaya, tubuh Nana mula mengigil dan peluh mulai mengalir di seluruh tubuhnya. Nana melihat tangan yang kecil hendak menerkam Nana, semakin lama semakin dekat.... "Aaaaaaaaaaaaahhhh!!" Nana menjerit, bila dia terjaga dari tidur muka Nana menjadi pucat lesu dan badannya terasa sangat lemah. Cepat-cepat Nana bangun dari sofa dan terus membuka lampu di ruang tamu itu, Nana melihat ke arah tempat sosok kecil itu duduk namun Nana tidak melihat apa-apa pun di atas meja itu. Dalam keadaan bingung Nana bercakap sendiri dalam hatinya "What is this? Is it really just a dream?". Sambil itu Nana menarik nafasnya dan melepaskannya perlahan-lahan, Nana mengambil masa untuk menenangkan fikirannya yang sedang kusut itu. "Splash..!" kedengaran bunyi air yang membasahi muka Nana, "kenapa mimpi itu seperti benar-benar berlaku?" soalnya dalam hati. Selepas Nana merasa sedikit tenang, dia terus masuk ke kamar biliknya dan terus tidur.

"Ding...dong...!" lonceng apartmentnya berbunyi. "Siapakah yang datang begini awal?" soal Nana, dalam keadaan yang masih mengantuk Nana berjalan menuju ke arah pintu dan perlahan-lahan membuka pintu...

Patung Porcelain Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang