Mary pun memanjat badan Jeremy lalu berdiri di atas tubuhnya, Mary pun bernyanyi "you are my sunshine..my only sunshine..." dengan suara yang mendayu-dayu sambil memegang cebisan kaca dan Mary pun mula menghiris belakang badan Jeremy... "Hahahahahaha...!!" Mary mengilai-ngilai.. Tidak lama itu Mary pun hilang dari pandangan.. Beberapa minit kemudian Jeremy pun sedar, "aduh! Sakitnya kepala!" sambil menyentuh kepalanya.. Jeremy terkejut melihat darah yang teramat banyak mengalir dari kepalanya lalu dia pun perlahan-lahan berjalan kearah telefon bimbitnya dan terus menelefon ambulan..
Beberapa minit kemudian ambulan pun tiba, Jeremy diusung masuk kedalam ambulan.. Kepalanya dibalut.. Apabila paramedik mengunting pakaian Jeremy untuk memeriksa kecerderaan lain, "Oh my goodness..." kata paramedik itu dengan riak muka terkejut, "belakang kamu ni...ada..kesan hiris dari benda tajam..." kata paramedik itu lagi lalu menyentuh luka itu, "ouch!" jerit Jeremy kesakitan.. Paramedik pun membalut luka di belakang Jeremy...
Setibanya ambulan di hospital Jeremy diusung masuk ke bilik kecemasan... "Nampaknya luka ni sangat parah, kita kena cepat kerana pesakit ini kehilangan banyak darah" kata doktor-doktor dalam bilik kecemasan itu. Doktor membuka cebisan-cebisan kaca yang masih melekat pada kulit belakang Jeremy, setelah itu doktor pun menjahit luka-luka itu.. Selepas beberapa jam kemudian, keadaan Jeremy mula stabil dan Jeremy ditempatkan di bilik wad.
"Cik, boleh tak sya tau di mana bilik wad Jeremy Miller?" tanya Kim kepada jururawat berdekatan. Setelah mengetahui wad tempat Jeremy ditahan lalu Kim pun masuk kedalam. Dengan berpakaian pesakit...tangan dibalut...perlahan-lahan Kim menghampiri katil Jeremy.. "I told you grumpy..but you didn't believe me...see what the doll did to you" kata Kim sambil menangis. Kim pun duduk disebelah katil Jeremy dan mula berfikir hendak menyiasat kes ini sendirian.. Selepas beberapa minit kemudian Kim pun ingin kembali ke bilik wadnya, "don't you dare die grumpy!" kata Kim kepada Jeremy yang masih tak sedarkan diri itu lalu beredar dari bilik tersebut.
<Bilik wad tempat Nana ditempatkan> Nana pun mulai sedar dan dijaga oleh Ruben, "where am I?" soal Nana lalu Ruben menceritakan semua itu kepada Nana.. "I want to see Kim!" kata Nana lagi.. "You must rest Nana, don't worry Kim is fine" pujuk Ruben lalu memberi Nana minum air. Nana pun mendiamkan diri seketika lalu berkata pada Ruben "Why are you here?" sambil menundukkan kepalanya... Ruben pun teringat semula peristiwa ketika dia mencium Sakura, "Nana, I know you hate me and I don't blame you for that..but please let me explain it" kata Ruben dan Nana hanya mendiamkan diri.. "I know I was wrong, If you don't want to forgive me it's okay but at least hear me out" kata Ruben lagi, "who is that girl you kiss that day?" soal Nana dan belum sempat Ruben menjawap soalan itu Nana pun menyoal lagi "why do you kiss me?" soal Nana lagi.. Ruben terdiam seketika lalu menjawap soalan-soalan Nana itu, "Sakura used to be my girlfriend and I really love her..I met her while I was traveling to Thailand, we have our love at first sight and then we promised to stay together...but.." Ruben terberhenti seketika melihat Nana yang sedang menangis lalu meneruskan kata-katanya itu, "But..when she got the job as a model, she began to change..I still love her then but one day I caught her sleeping with her manager and I just had enough..we broke up and I go back to Sabah and work as a manager in that vintage shop" jelas Ruben.. "I kissed her that day.. I know I was wrong but I regret it, but I kissed you because I love you.." Kata Ruben sambil melihat kearah Nana.. "I try to hate you but I can't! I love you Ruben.." kata Nana sambil menangis lalu Ruben memeluknya dan mereka pun mula bercium...
Keesokkan harinya Nana pun dibenarkan balik kerumah, lalu Ruben membawa Nana masuk ke dalam keretanya dan balik ke rumahnya... Setibanya mereka didepan rumah, kelihatan seorang perempuan yang berdiri di depan pagar rumah Ruben. Perempuan itu pun menoleh ke belakang dan melihat Ruben dan Nana, "Ruben! Where have you been?" kata Sakura sambil meluru kearah Ruben dan mula memeluk Ruben, "stop it Sakura! We can't never be together again!" kata Ruben sambil menghalang Sakura dari memeluknya. Nana hanya mampu mendiamkan diri melihat situasi itu... "Why you choose this woman? What so special about her?!" jerit Sakura sambil menangis, Ruben hanya mendiamkan diri lalu menarik Nana masuk kedalam rumahnya. Sakura mengejar mereka namun Ruben menutup pintu rumahnya itu..."Nana, from now on let's stay together.." kata Ruben sambil tersenyum manis, Nana pun menganggukkan kepala tanda setuju. Mereka pun duduk bersama di atas sofa sambil berehat bersama..
Malam telah tiba, Nana dan Ruben sedang tidur lena dibilik.. Nana mula bermimpi... Dalam mimpi itu Nana melihat seorang budak perempuan sedang bermain bersama patungnya, rambutnya berwarna keperang perangan dan memakai gaun berwarna coklat dihiasi dengan corak bunga ros..umur budak itu sekitar 5 tahun.. "Mary, let's play doctor today?" kata budak perempuan itu.. Budak tu pun bermain sambil ketawa riang bersama patungnya.. Tiba-tiba, "Molly! Molly!" kedengaran suara menyebut nama Molly, akan tetapi budak perempuan itu masih bermain bersama patungnya.. "Bumm!!" bunyi pintu bilik budak itu ditendang lalu terbuka.. "Molly! I called your name but why you didn't hear me?" kata perempuan itu yang memakai baju merah gelap, rambutnya berwarna perang sambil disanggul ke atas dan mukanya kelihatan sangat marah.. Budak tadi itu terkejut dan mula meminta maaf kepada perempuan itu, "sorry mother, I didn't hear you" kata budak itu.. Perempuan itu pun menghampiri budak itu lalu menarik telinganya dan berkata "Do you want me to cut this ear of yours? Just like I cut the other one too?" bisik perempuan itu ditelinga Molly. "No mother please..I'm so sorry.." kata Molly sambil menangis.. Rupanya perempuan itu adalah ibu kepada Molly... Perempuan itu pun melepaskan telinga yg ditarik itu lalu menyuruh Molly pergi ke ruang tamu kerana mereka mempunyai tetamu yang datang melawat Molly. Setiba Molly disitu terdapat banyak jenis patung dan ibunya itu menyuruh Molly mengambil patung-patung itu, namun Molly mengeleng kepalanya dan berkata "no mother, I only want Mary as my bestfriend because I promise her that we will always be together" sambil senyum kearah ibunya. Tetamu itu hairan dengan perangai Molly lalu mereka pun mengambil keputusan untuk membawa patung-patung tersebut lalu beredar dari situ.. Rupanya tetamu itu ingin menjadi rakan bisnes kepada ibu Molly iaitu membuat patung namun setelah melihat Molly kurang berminat dengan patung ciptaan mereka itu lalu mereka pun membatalkan kontrak bisnes dengan ibu Molly.. Disebabkan hal itu ibu Molly menjadi sangat marah lalu menarik tangan Molly masuk ke bilik tempat Molly bermain dengan Mary patungnya itu dan mula mendera Molly.. "No mother!! Stop it! It hurts! Please..!!" kata Molly sambil meronta-ronta kesakitan, namun ibunya tidak peduli akan Molly dan terus menderanya.. Ibu Molly mengambil cawan lalu membuangnya ke lantai.. Selepas gelas itu pecah berkecai, ibu Molly pun mengambil cebisan kaca itu lalu mula menghiris belakang Molly... Sambil menghiris belakang Molly itu ibunya menyanyi lagu You are my sunshine.."Aaaaaaaahhhhh!! It hurts!! Mother please stop!!!" jerit Molly sambil menangis dan meronta-ronta.. Selepas ibu Molly puas dan melihat Molly yang sudah pengsan itu maka ibu Molly pun berhenti menghiris belakang Molly.. "If you don't get up now.. You will die! I count one two three.. If you don't wake up I'll kill you!!" kata ibu Molly, "one..... Two.... Thre... " belum sempat ibu Molly habis mengira, Molly pun mula mengerakkan tubuhnya lalu perlahan-lahan bangun.. "Now go wash yourself!" kata ibu Molly lalu beredar dari bilik itu.. Molly perlahan-lahan berjalan ke bilik mandi lalu membersihkan seluruh tubuhnya.. Setelah selesai, Molly pun baring di atas katilnya lalu tidur sambil memeluk Mary, patung porcelainnya itu..
Nana terbangun dari tidur dan menangis.. "Kenapa seorang ibu sanggup buat anaknya macam tu?" air mata Nana mengalir tak henti-henti lalu Nana pun berfikir sejenak dan dia teringat semula tentang kertas yang dilekat pada patung porcelain itu... "Jangan-jangan patung porcelain yang saya beli kat kedai Vintage and Old tu milik Molly?" katanya dalam hati.. Nana pun bangun dari katil itu dan perlahan-lahan keluar dari bilik.. Nana membuka laptop milik Ruben dan terus masuk ke web Google. Nana mencari nama molly yang tinggal pada tahun 1960 itu, Nana mencari dan terus mencari...
Jam menunjukkan tepat jam 3 pagi, Nana masih mencari maklumat tentang budak yang bernama Molly itu.. Tidak lama kemudian Nana menjumpai satu laman web yang menceritakan tentang kes pembunuhan kanak-kanak pada tahun 1960. Nana terbaca tentang seorang budak yang bernama Molly Peterson berumur 5 tahun, Molly meninggal akibat kecederaan teruk pada organ dalaman. Bedah siasat dapati Molly didera sepanjang hidupnya oleh seorang wanita yang bernama Margaret Peterson, yang merupakan ibu kandung kepada Molly. Semasa Nana membaca lebih banyak tentang kisah Molly, tiba-tiba... Laptop yang digunakannya itu mensiarkan muka patung yang bernama Mary itu, rupa Mary kelihatan sangat bengis dan mukanya dipenuhi darah.. Lekas-lekas Nana menutup laptop itu akan tetapi kedengaran suara ketawa mengilai-ngilai yang keluar dari laptop tersebut... Apabila Nana berlari menuju ke bilik di mana Ruben berada... Tiba-tiba pisau dihumban kearah Nana dan hampir terkena pada Nana... Tidak lama kemudian lampu terpadam...
ANDA SEDANG MEMBACA
Patung Porcelain
HorrorCerita ini bermula apabila seorang wanita yang bernama Nana membeli patung Porcelain dari sebuah kedai antik.. Sejak Nana membawa patung itu balik ke rumah, banyak hal-hal yang pelik berlaku.. Adakah Nana akan membuang patung porcelain itu atau....??
