Patung Porcelain (Part 4)

17 0 0
                                        

Selimut Nana ditarik perlahan-lahan..... Nana pun melihat kebawah untuk melihat apakah itu? Tiba-tiba badan Nana tidak dapat bergerak....kelihatan seperti ada tangan kecil mula merangkak kearah Nana, semakin lama semakin dekat.... kali ini lembaga itu betul-betul berada dihadapan Nana, matanya kemerah merahan akan tetapi mukanya tidak begitu jelas disebabkan keadaan bilik Nana yang gelap.

"Please help me....help me!!" Lembaga kecil itu berkata kepada Nana dengan nada yang sedih, Nana dalam keadaan bingung dan keliru adakah Nana sedang bermimpi atau sebaliknya? Nana pun memberanikan dirinya untuk mendekati lembaga itu, setelah Nana menghampiri lembaga itu dan ingin menyentuhnya..."Aaaaaaahh!!" Lembaga itu berteriak lalu hilang dari pandangan Nana. Cepat cepat Nana memasang lampu biliknya dan melihat kearah katilnya itu namun Nana tidak melihat apa apa pun "saya bermimpi lagi ke?, Tapi ia seperti benar-benar berlaku..." kata Nana dalam hati. Nana pun melihat jam pada smartphonenya, jam menunjukkan 3:15 pagi dan Nana pun menenangkan hatinya seketika kemudian tidur.

"Ding...dong...!!" Loceng rumah Nana berbunyi. Nana pun perlahan lahan bangun dari katilnya namun kepala Nana terasa sedikit pening kerana masih memikirkan tentang kejadian semalam. Perlahan lahan Nana berjalan kearah pintu lalu membukanya, "hello...good  morning cik Nana" Ruben memberi salam sambil tersenyum manis. Dalam keadaan rambut yang masih serabai dan masih berpakaian baju tidur berwarna putih, Nana kelihatan terkejut melihat Ruben yang berada dihadapan pintu rumahnya. "Good morning...", jawap Nana yang masih dalam keadaan bingung melihat Ruben, lalu Ruben pun bertanya kepada Nana, "hai cik Nana, how are you?, tujuan saya datang kerumah cik Nana ni, because i am worry about you" sambil tersenyum. Tiba-tiba kepala Nana terasa sangat pening lalu Nana pun pitam dan terus pengsan.

Tidak lama kemudian Nana pun sedar dan terkejut apabila mendapati dirinya terbaring di atas sofa. "Kenapa saya terbaring kat sini?" kata Nana sambil kebingungan, Ruben pun menerangkan kepada Nana bahawa semasa Nana membuka pintu apartmentnya tiba-tiba Nana pengsan. "Are you okay now miss Nana?" tanya Ruben sambil menghulurkan segelas air, Nana pun meminum air tersebut lalu berkata " Thanks Ruben"... Ruben semakin bimbang dengan keadaan Nana dan berkata " Cik Nana, kalau cik rasa dah okay sedikit nak tak kita pergi melawat cik Kim?". Nana pun setuju dengan cadangan Ruben lalu Nana pun bersiap-siap, mereka pun menaiki kereta milik Ruben dan terus jalan.

Setibanya mereka di hospital dimana Kim ditahan, Nana dan Ruben pun mencari wad dimana Kim ditempatkan. Setelah menjumpai wad tersebut mereka pun masuk ke dalam, kelihatan Kim sedang duduk atas katil sambil makan. "Kim! I was so worried about you.." kata Nana kepada Kim dan tanpa disedari air mata mula mengalir keluar. Nana pun memeluk Kim... Ruben hanya tersenyum melihat mereka berdua, "I'm okay so don't worry" jawap Kim. Tiba-tiba hati Ruben tergerak untuk menanya apa yang terjadi kepada Kim tempoh hari sehingga Kim boleh pengsan? "Tempoh hari apa yang terjadi pada cik Kim?" soal Ruben, riak muka Kim mula berubah....yang tadinya tersenyum melihat Nana kini menjadi muram, Perlahan-lahan air mata mengalir membasahi pipi Kim... "So sorry cik Kim kalau soalan saya ni buat cik tak selesa" kata Ruben, Nana pun menepuk bahu Kim dan berkata "If you're not ready to tell us about it, you don't have to okay" sambil senyum kearah Kim. Sejam sudah berlalu dan masa melawat pun telah tamat, "see you again Kim" kata Nana lalu beredar dari wad tersebut bersama-sama Ruben.

Ruben melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan tepat jam 12 tengah hari, "kalau cik Nana tak kisah boleh kita makan tengah hari bersama?" ajak Ruben. Nana pun bersetuju lalu mereka pun pergi kesebuah Cafe untuk makan tengah hari bersama. Ketika mereka sedang makan tiba-tiba Ruben perasan ada kesan cakaran pada paha kiri Nana...."Cik Nana maaf ye, paha kiri cik ada kesan cakar" sambil menuding jarinya kearah paha kiri Nana. "Aduh! Pedihnya..." kata Nana sambilmenyentuh pahanya... tiba-tiba Nana teringat semula kejadian semalam... "Ruben, semalam saya ingat saya tengah bermimpi tapi rupa-rupanya Ia adalah benar" kata Nana kepada Ruben sambil meminum air Latte kegemarannya. "Apa yang berlaku pada cik Nana semalam?" tanya Ruben, Nana pun menceritakan semua tentang kejadian semalam kepada Ruben.... "So after cik Nana beli dan bawa balik patung porcelain itu, banyak kejadian pelik yang berlaku kepada cik?" ulas Ruben dan Nana hanya menganggukkan kepalanya, setelah menceritakan semua hal itu mereka pun mengambil keputusan untuk balik ke rumah masing-masing. "Cik Nana, biar saya hantar cik balik sebab cuaca macam nak hujan lebat ni" ajak Ruben. Lalu mereka pun masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan.

Patung Porcelain Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang